SIAPA sangka di belakang stereng McLaren 720S Spider itu merupakan seorang lelaki berusia 78 tahun. Walaupun usia menghampiri 80-tahun, Henry Harrfeldt masih gemarkan kereta sport atau sebuah supecar.
Atuk berasal dari Norway itu mendapat perhatian komuniti warga maya selepas video dirinya memandu McLaren 720S penuh skil dimuatnaik di Internet.
Henry Hardfeldt membeli model 720S Spider penghujung tahun lalu sejak itu boleh dikatakan atok Henry memandu supercar itu setiap hari. Katanya McLaren barubya itu baru mencecah perbatuan 4,000km. Apabila disoal tentang minatnya dalam 720S Spider itu , satu kata kelajuan!.
Respons kereta itu juga faktor penting dan agak responsif namun secara keseluruhan atuk Henry lebih berminat dengan pecutan supercar berkenaan.
"Ini adalah kereta jalanan sejati," katanya.
BACA>>>14 Supercar yang Perlukan Kebenaran Khas Pengeluar untuk Dimiliki
Video berkenaan satu perkara luar biasa untuk seorang lelaki tua yang hampir 80 tahun tetapi Henry bukanlah orang biasa-boasa kerana dia merupakan pelumba tahun 1960 yang menghabiskan kebanyakan masanya dalam sukan automotif tersebut. Dan..pada usia 78 tahun skil dan minatnya pada kereta sport belum pudar.
Dalam temubual yang lain dia berkata pilihannya sentiasa Ford GT. Tetapi sejak pengenalan Ford GT baharu dia mula mengubah minatnya dan beralih kepada McLaren dari British. Henry bukan ada satu kereta sport namun memiliki beberapa koleksi antaranya AC Cobra berusia 40-tahun dan Ford GT40 yang sudah 35 tahun.
Jelasnya dia memang suka "kereta lumba yang sah atas jalan raya."
BACA>>>McLaren 720S Spider - Supercar 341kmj dengan Bumbung Buka-Tutup Terpantas Dunia
BACA>>>Saintis Roket Jelaskan Kenapa McLaren 720S Boleh Jadi Sangat Laju!
GALERI
SUMBER: ZingNews.vn
Leave a Reply