• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Semua Kereta Volvo Cuma Boleh Pecut Maksimum 180kmj Sahaja!

Semua Kereta Volvo Cuma Boleh Pecut Maksimum 180kmj Sahaja!

May 21, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

384
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Mac 2019, Volvo Cars memaklumkan mahu mengehadkan kelajuan kereta setakat 180kmj sahaja. Kini, pengeluar dari Sweden itu benar-benar menunaikan janji tersebut untuk semua model Volvo.

Had laju bukan sesuatu yang baharu dan memang sudah ada pengeluar melakukannya menerusi tetapan kawalan elektronik, misalnya setakat 230kmj. Namun, apa dilakukan Volvo adalah merendahkan lagi standard kelajuan tersebut.

Bagi sesebuah kereta moden dan canggih, kelajuan 180kmj boleh dicapai dengan mudah. Sebaliknya, Volvo memandang perkara tersebut dari sudut berbeza. Ini kerana pengeluar Skandinavia itu berhasrat mencapai misi sifar maut dan kecederaan parah akibat nahas jalan raya.

BACA >>> Volvo Perkenal Care Key, Alat Kawalan Pintar yang Mampu Hadkan Halaju Pemandu
BACA >>> 7 Fakta Pantas: Volvo S60 T8 R-Design (CKD) Kini di Malaysia, Harga RM295k

volvo-care-key-1
volvo-care-key-2

Selain had laju, setiap kereta Volvo juga dilengkapi kunci pintar Care Key yang membolehkan pemandu menetapkan sendiri had laju maksimum untuk kenderaan mereka. Ini sebagai langkah keselamatan sebelum kereta dipinjamkan kepada ahli keluarga atau rakan, terutama mereka yang masih muda dan kurang berpengalaman.

Pengenalan had laju 180kmj dan Care Key adalah komitmen Volvo kepada dunia mengenai risiko bahaya memandu laju. Ini termasuk menguatkan reputasi pengeluar itu sebagai peneraju keselamatan kenderaan dalam industri automotif dengan mengambil tanggungjawab mencapai misi sifar maut akibat nahas jalan raya.

Ini kerana fakta membuktikan sebagus mana pun teknologi keselamatan dan rekabentuk infrastruktur, itu semua tidak mampu mengelak risiko maut dan cedera parah akibat kemalangan jika memandu terlampau laju.

Malah, ini juga alasan kuat kenapa jalan raya ada had laju sedangkan kenderaan boleh memecut lebih laju daripada itu. Had laju 180kmj ditetapkan Volvo itu boleh dianggap sebagai kompromi tinggi kerana ia boleh saja diturunkan lebih rendah.

pemandu-minum-arak-mabuk
driver-main-telefon

Selain memandu laju, mabuk dan gangguan memandu adalah dua isu utama keselamatan jalan raya yang dititikberatkan dalam usaha mencapai misi sifar kematian dan cedera parah. Volvo kini bekerja keras membangunkan teknologi keselamatan berasaskan tiga elemen perangai tersebut.

BACA >>> Volvo Gesa Kerajaan Dunia Kuat Kuasa Undang-Undang Tali Keledar Depan, Belakang

Related

384
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Had Laju, Had Laju Kereta Volvo 180kmj, Keselamatan, teknologi, Volvo, Volvo Care Key, Volvo Cars

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev