• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Cipta Dron Hibrid Guna Enjin Ninja ZX-10R, Mampu Terbangkan Objek 200kg!

Kawasaki Cipta Dron Hibrid Guna Enjin Ninja ZX-10R, Mampu Terbangkan Objek 200kg!

May 27, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Heavy Industries Ltd (KHI) mengumumkan kejayaan melakukan percubaan pertama ujian mengapungkan dron hibrid gergasi yang mampu menerbangkan trak ringan.

Dron itu, yang berukuran panjang hampir 7 meter, lebar 5 meter dan tinggi 2 meter, boleh mengangkut kargo seberat 200kg dan meluncur sejauh sekurang-kurangnya 100km. Menarik tentang dron ciptaan KHI itu adalah spesifikasi trenkuasa yang dijana tiga unit enjin superbike Ninja ZX-10R untuk menggerakkan lapan kipas motor pesawat tersebut.

Kuasa dihasilkan menunjukkan yang dron itu bukan hanya menggunakan bateri sebagai satu-satunya sumber tenaga, tetapi juga enjin konvensional, sekali gus memberikan kelebihan untuk pesawat itu terapung dan mengekalkan kuasa lebih lama.

BACA >>> Ford Guna Dron untuk Buat Pemeriksaan Keselamatan, Pantau Pekerja di Kilang

kawasaki drone 1
kawasaki drone 2

Dron berkenaan dikatakan akan mengisi vakum antara helikopter dan dron kecil bagi tujuan pengangkutan barangan bersaiz sederhana-besar. Kehadiran dron itu secara tidak langsung mampu mengurangkan caj penghantaran berbanding kiriman menggunakan helikopter.

Dron fasa ujian yang menumpukan kepada sistem hibrid itu dihasilkan menerusi kerjasama KHI dan Aerospace System Company. Trenkuasa dipacu enjin 4-silinder sebaris 998cc dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menjana kuasa 201hp @ 13,500rpm dengan tork 114Nm @ 11,200rpm.

BACA >>> Covid-19: ATM Akan Guna Dron, UAV untuk Pantau Pelaksanaan PKP

SUMBER: KHI | YoungMachine

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aerospace System Company, Auto Terkini, Dron, Kawasaki Heavy Industries (KHI), KHI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev