MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan SYM VF3i LE (Limited Edition) sebagai model edisi terhad yang cuma dikeluarkan 5,000 unit sahaja untuk pasaran Malaysia.
VF3i kali pertama diperkenalkan pada 2018 dengan mendapat status moped pertama dunia dikuasakan enjin 185cc. Kehadiran model itu secara tidak langsung merancakkan segmen supermoped di Malaysia yang sekian lama dimonopoli Yamaha menerusi Y15ZR aka YSuku, Honda (RS150R) dan Benelli (RFS150i).
Namun, entah kenapa masih ramai memilih YSuku yang mahal. Sepanjang dua tahun dipasarkan, VF3i sudah terjual sebanyak 50,000 unit!
BACA >>> Kapcai Benelli: Bukan Enjin 200cc, Tapi Suku Liter!
BACA >>> #Videotomotif: Kawasaki Perdengar Deruman Ekzos Yoshimura Ninja ZX-25R yang Padu!
VF3i LE menampilkan beberapa penaiktarafan mekanikal dan menariknya model ini sudahpun berada di pusat jualan bermula hari ini pada harga RM9,338.
Tiada perubahan dimensi, tetapi VF3i LE dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), sekali gus menjadikan model edisi terhad ini sebagai kapcai pertama Malaysia yang ada ciri keselamatan tersebut. Malah, brek cakera depan dan belakang daripada jenis petal.
Panel LCD dikemas kini dengan kombinasi analog dan spidometer warna terkini. Visor aero dikekalkan, tetapi diberikan percuma untuk model LE. Bahagian tuil brek mendapat kemasan aloi. Dari segi rupa luaran, perbezaan ketara antara model LE dan biasa adalah warna badan kelabu dengan dekal hijau epal, termasuk rim sport.
BACA >>> #BikinMotor: Kapcai SYM Symba dari Taiwan yang Diubah Suai Jadi Chopper
Enjin juga ditala semula untuk meningkatkan rev enjin daripada 8,500rpm kepada 9,000rpm untuk kuasa kuda (hp). Ini membolehkan VF3i LE yang dijana enjin 185cc SOHC penyejukan cecair meledakkan kuasa baharu setinggi 19.7hp (meningkat 2hp, kuasa lama 17.7hp) dan tork 17.46hp @ 7,500rpm. Sistem transmisi kekal jenis klac manual 6-kelajuan.
Menerusi SYM, tambahan kuasa 12.8 peratus itu diperoleh menerusi lapan penambahbaikan yang terdiri daripada:
- Kepala silinder
- Aci sesondol (camshaft) dibesarkan
- Rocker arm
- Injap
- Spring injap
- Seimbangkan syaf
- Badan terotel (throttle body)
- Bahagian dalam mufler
BACA >>> SYM VF3i 185 V2 Lancar dengan Warna, Grafik Lebih Trendy, Harga Bermula RM8.3k!
Tengku Suehighme says
Terbaek la SYM Malaysia !!
Wan says
Sym 110 tak da kualiti. 15000 km sudah kena buka injin
Kuda Emas says
Ini baru betul limited edition..HP up,Facelift baru & Tuning semula..bukan sesetengah pesaing di luar sana tu ,hanya upgrade lampu dan coverset sahaja dan harga pon meningkat sama sekali..
Kman says
Betul ka, mforce nk tambah pengeluaran Symvf3i LEdi pasaran dari 5k ke 10k.. Kalau betul Mforce adalah sebuah syarikat yg menipu pengguna..
Abang GYL says
Betul.
Taib says
Top speed berapa Km J ?