• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusingan Pertama MotoGP 2020 Mungkin Mula Julai Ini di Jerez?

Pusingan Pertama MotoGP 2020 Mungkin Mula Julai Ini di Jerez?

May 14, 2020 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


KEJUARAAN Dunia MotoGP 2020 dijangka bermula pada Julai ini di Jerez yang mana Dorna dan kerajaan Andalusia kini sedang dalam usaha mencapai persetujuan untuk memulakan aksi pertama perlumbaan tersebut.

Walaupun buat masa ini kalendar MotoGP menunjukkan tiada sebarang acara akan berlangsung hingga Ogos akan datang berikutan penularan wabak Covid-19, rundingan sebenarnya masih berjalan dan memang ada kemungkinan jadual perlumbaan dirombak semula.

Jerez adalah antara pusingan perlumbaan yang berada dalam jadual MotoGP awal  Julai nanti. Kedua-dua pihak membabitkan kerajaan wilayah Andalusia Diario de Jerez dan Datuk Bandar Jerez masing-masing menyokong usaha ke arah penganjuran pusingan perlumbaan tersebut.

BACA >>> Poncharal: Razlan Risau Kehilangan Quartararo Jika MotoGP 2020 Batal
BACA >>> GP Jerman, Belanda dan Finland Dibatalkan, MotoGP 2020 Dijangka Mula Ogos Ini

Sementara itu, Dorna pula mencari kelebihan seandainya aksi di Jerez dapat dijalankan secara berturutan dalam bulan sama, iaitu pada 19 Julai dan 26 Julai. Dengan sebahagian besar pasukan berkampung di Sepanyol, termasuk kakitangan Dorna, Jerez adalah lokasi paling munasabah untuk memulakan musim MotoGP yang lama tertangguh.

Selepas Jerez, pusingan berikut akan berlangsung di Austria untuk dua lagi acara di Litar Red Bull Ring sebelum ke Brno. Bagaimanapun, aksi di Brno masih bergantung kepada kebenaran Kerajaan Czech yang mengenakan sekatan ketat berikutan wabak Covid-19.

Acara-acara MotoGP akan berlangsung secara tertutup tanpa kehadiran audien. Dorna juga sedang bekerja keras dengan pasukan-pasukan MotoGP bagi memastikan keselamatan persekitaran supaya bebas ancaman Covid-19. Malah pengendali MotoGP itu juga percaya ketiga-tiga kelas MotoGP, Moto2 dan Moto3 daapt dianjurkan dengan jumlah keseluruhan 1,000 orang.

BACA >>> Mekanik MotoGP dari Malaysia Ini Kongsi 3 Tip Penting Persediaan Motosikal

SUMBER: VisorDown

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dorna, GP Jerez, GP Sepanyol, Jerez, Kejuaraan Dunia MotoGP, MotoGP, MotoGP 2020, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my