'VAPOR Lock' atau 'Sekat Wap' (atau enjin tiba-tiba jem) adalah masalah yang biasa menimpa enjin kereta lama. Masalah ini berlaku apabila enjin mengalami *panas lampau disebabkan proses *pecutan dan *nyahpecutan yang berterusan.
Dalam cuaca panas, enjin kereta perlu bekerja lebih keras daripada biasa. Enjin juga lebih panas ketika memandu dalam situasi trafik henti-gerak.
Cuaca panas boleh mengewapkan *bahan api dalam karburetor dan *pam minyak. Ini menghalang bahan api masuk ke *salur minyak dan akhirnya menyebabkan enjin terhenti. Anda mungkin tertanya, bagaimanakah hendak mengatasi masalah vapor lock?
* ISTILAH:
- Bahan api: Fuel @ petrol
- Pam minyak: Fuel pump
- Panas lampau: Overheating
- Pecutan: Acceleration
- Nyahpecutan: Deceleration
- Salur minyak: Fuel lines
Istilah bahan api akan disebut sebagai petrol selepas ini. Tetapi, fuel tidak semestinya petrol, cuma digunakan untuk memudahkan pemahaman. Harap maklum.
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Nozel Pam Minyak Boleh Berhenti Sendiri?
BACA >>> #ApaNakBuat: Aduh, Aku Tersalah Isi Minyak Kereta!
APAKAH VAPOR LOCK?
Karburetor menyuapkan enjin dengan jumlah petrol yang bersesuaiam. Vapor lock boleh menyebabkan enjin terhenti kerana petrol jadi panas lampau. Ia juga ada kaitan dengan lokasi karburetor dalam sistem enjin. Masalah ini lebih berisiko untuk enjin dengan karburetor yang terletak bersebelahan keseluruhan sistem petrol.
Pam minyak dan salur minyak akan jadi sangat panas ketika cuaca panas dan inilah punca berlaku vapor lock pada kereta lama. Petrol boleh mengewap akibat panas lampau dalam sistem enjin, dan kemudian tidak dapat masuk ke pam minyak, sekali gus menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan. Kereta mungkin berbunyi kasar atau berhenti tiba-tiba apabila tiada lagi petrol yang sampai ke kebuk pembakaran.
Anda mungkin fikir kipas penyejuk (cooling fan) dapat menyejukkan enjin dalam situasi trafik henti-gerak. Namun, kipas penyejuk kurang berkesan dalam pecutan dan nyah pecutan nalar yang membuatkan komponen itu tidak mampu menyejukkan enjin dengan baik. Inilah sebab kenapa vapor lock boleh berlaku.
Bagaimanapun, sistem elektrik kereta moden mampu mengawal sedutan bahan api dan suhu yang secara automatik mengesan suhu dan menyejukkan enjin apabila mengalami panas lampau.
LANGKAH PENCEGAHAN VAPOR LOCK?
Berikut beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelak masalah vapor lock.
1. KIPAS ELEKTRIK MODEN
Pasang kipas elektrik berteknologi terkini. Kipas penyejuk ini akan berfungsi automatik apabila enjin mengalami panas lampau. Ini dapat mencegah masalah vapor lock dan menghalang enjin terhenti.
2. PAM MINYAK ELEKTRIK TEKANAN RENDAH
Tambah pam minyak elektrik tekanan rendah pada kompartmen enjin. Ini membantu menggerakkan enjin apabila pam minyak asal bertukar panas. Jadi kereta akan sentiasa bergerak hingga kompartmen enjin sejuk. Ia mudah dihidupkan apabila pam asal rosak.
3. PERISAI PANAS (HEAT SHIELD)
Perisai panas mudah didapati di pasaran. Ia berfungsi mencegah kepanasan daripada kebuk pembakaran. Memasang perisai panas dapat membantu mencegah masalah vapor lock.
4. SALUR MINYAK TAMBAHAN
Salur minyak (fuel lines) boleh tersumbat akibat panas lampau dalam kebuk pembakaran. Salur minyak tambahan dapat membantu mengatasi masalah tersebut. Salur minyak juga dapat dilindungi dengan memasang penebat.
5. SALUR MINYAK KARBURATOR-KE-KARBURATOR
Salur minyak karburator-ke-karburator adalah satu lagi langkah yang boleh diambil. Salur minyak panjang akan mengambil masa untuk panas. Ini dapat mencegah petrol daripada mengewap dan menyekat pam minyak. Salur minyak tambahan dapat mengelak masalah enjin terhenti dan membolehkan kereta beroperasi lebih lama.
CARA ATASI VAPOR LOCK?
Berikut langkah ringkas dan mudah yang boleh dilakuam untuk menangani masalah Vapor Lock:
1. SEJUKKAN PAM MINYAK
Jirus air sejuk pada pam minyak untuk menyejukkan komponen itu. Pastikan suis pencucuh OFF ketika melakukannya. Air sejuk akan mencairkan wap dengan cepat, termasuk menyingkirkan penyumbatan wap dalam salur dan pam minyak. Biarkan kereta seketika sebelum pulas kunci pencucuh pada ON.
Jangan terlalu lama jirus air sejuk kerana boleh menyebabkan masalah berkaitan enjin.
2. PULAS ENJIN PADA ON
Anda boleh hidupkan kereta apabila wap kembali dalam bentuk cecair. Pijak pedal minyak perlahan ketika memulaskan kunci pada suis ON. Perlahan-lahan melepaskan pedal minyak akan membebaskan jumlah petrol yang bertepatan ke kebuk pembakaran.
Jangan tekan tekan pedal minyak ke bawah. Ini akan membebaskan banyak petrol ke kebuk pembakaran yang mungkin tidak bagus untuk enjin. Pijak pedal minyak hingga enjin bergerak lancar. Enjin mungkin mengeluarkan bunyi pelik buat seketika kerana petrol akan cuba menyahkan sisa wap dari salur minyak.
BACA>>>#TahukahAnda: 5 Mitos Jimat Minyak yang Boleh Diikut, Tapi Jangan Percaya Sangat
BACA>>>14 Supercar yang Perlukan Kebenaran Khas Pengeluar untuk Dimiliki
SUMBER: Suzuki.Co.Id| CarFromJapan
Leave a Reply