• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lamborghini Huracan EVO RWD Spyder Versi Konvertibel Lancar Secara AR

Lamborghini Huracan EVO RWD Spyder Versi Konvertibel Lancar Secara AR

May 13, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


NORMA baharu, Automobili Lamborghini pada 7 Mei lalu memperkenalkan Huracan EVO RWD Spyder secara maya menggunakan teknologi imej janaan komputer, realiti terimbuh (AR) yang membolehkan pengguna melihat rekabentuk model baharu pacuan roda belakang itu seperti dunia sebenar (imbas kod bar di bawah).

Pelancaran secara AR itu adalah kali pertama diperkenalkan dalam dunia automotif. Tetapi bukankah Lamborghini sudah memperkenalkan Huracan EVO RWD awal tahun ini?

BACA >>> Lamborghini Miura SV (1974) Keluarga Diraja Arab Saudi Kini di UK, Bernilai RM13.8 Juta

lamborghini-logo
AR-lamborghini-huracan-evo-rwd-spyder-4

Asasnya Lamborghini mempunyai dua gaya badan dan terbaharu ini adalah varian konvertibel, iaitu bumbung terbuka. Dari segi rekabentuk, gaya badan sama saja seperti model coupé kecuali beberapa perbezaan seperti penutup enjin lut sinar digantikan bonet berliang yang memuatkan bumbung retrak jenis lembut (soft top).

Bumbung retrak itu boleh disimpan masuk ke belakang dalam masa 17 saat ketika memandu dalam halaju hingga 50kmj. Selain itu, cermin belakang boleh dibuka secara elektronik yang berfungsi sebagai pengadang angin (windshield) apabila dibuka dan apabila ditutup menawarkan bunyi deruman enjin V10.

Huracan EVO RWD Spyder dipacu enjin 5.2L V10 membekalkan kuasa 610hp dan tork 560Nm, sama seperti versi coupé biasa, dan dipadankan transmisi dual-klac (DCT) LDF 7-kelajuan. Kuasa pecutan 0-100kmj hanya memerlukan 3.5 saat, manakala kelajuan maksimum mencapai angka 324kmj, sedikit perlahan berbanding 325kmj untuk model coupé (1kmj saja).

Selain pecutan memukau, super car ini memiliki daya membrek pendek, iaitu 100-0kmj pada jarak 32.2 meter. Bagi pemanduan, butang ANIMA pada stereng menawarkan opsyen mod seperti STRADA untuk kestabilan dan keselamatan dengan mengurangkan gelinciran roda belakang.

Mod SPORT memberikan keseronokan drift yang membolehkan roda belakang menggelungsur dan meluncur ketika memecut. Mod CORSA pula mengoptimumkan cengkaman dan kelincahan kereta apabila keluar dari selekoh dalam pemanduan prestasi.

Menambahkan lagi keseronokan pemanduan adalah sistem kawalan P-TCS yang ditala khas untuk hantaran tork secara konsisten dengan memastikan cengkaman kereta dibetulkan apabila memecut keluar dari selekoh tajam atau beraksi drift.

BACA >>> Ferrari 1488 Spider Concept - Superbike yang Cuma Ada Satu Unit di Dunia Mahu Dijual

Badan Huracan EVO RWD Spyder dibuat daripada aluminium dan resin termoplastik atas casis ringan campuran (hibrid) aluminium dan gentian karbon. Berat kering kereta hanya 1,509kg, manakala nisbah kuasa (hp) kepada berat (kg) ialah 1hp:2.47kg. Nisbah pembahagian berat pula pada kadar 40:60.

Berat kereta, 120kg, bertambah daripada versi coupé disebabkan kehadiran bumbung retrak. Standard untuk setiap pembelian ialah rim 19 inci Kari dengan tayar khas Pirelli P Zero. Pelanggan juga boleh memilih rim 20 inci dan brek gentian seramik.

Penghantaran pertama Huracan EVO RWD Spyder akan dibuat dalam masa beberapa bulan lagi yang mana harga di beberapa pasaran utama sudah pun diumumkan. Harga tanpa cukai ialah €175,838 (RM826,600) di Eropah, ¥26,539,635 (RM1,078,910) di Jepun dan AS$229,428 (RM994,320) di Amerika Syarikat.

BACA >>> Lamborghini Sián - Supercar Hibrid Superkapasitor Pertama Dunia Inspirasi Countach

GALERI
AR-lamborghini-huracan-evo-rwd-spyder-3
AR-lamborghini-huracan-evo-rwd-spyder-1
AR-lamborghini-huracan-evo-rwd-spyder-2
Lamborghini Huracán EVO RWD Spyder.01
Lamborghini Huracán EVO RWD Spyder.02
Lamborghini Huracán EVO RWD Spyder.03
Lamborghini Huracán EVO RWD Spyder.04
Lamborghini Huracán EVO RWD Spyder.05
Lamborghini Huracán EVO RWD Spyder.06
Lamborghini Huracán EVO RWD Spyder.07
Lamborghini Huracán EVO RWD Spyder.08
Lamborghini Huracán EVO RWD Spyder.09
Lamborghini Huracán EVO RWD Spyder.10
Lamborghini Huracán EVO RWD Spyder.11
Lamborghini Huracán EVO RWD Spyder.12

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Augmented Reality (AR), Automobili Lamborghini, Lamborghini, Lamborghini Huracan, Lamborghini Huracan Evo, Lamborghini Huracán EVO RWD, Lamborghini Huracán EVO RWD Spyder, Realiti Terimbuh (AR), Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev