• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 5 Unit Pertama MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro Siap Dipasang Pasca Covid-19

5 Unit Pertama MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro Siap Dipasang Pasca Covid-19

May 6, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MV AGUSTA semalam menerusi laman Facebook memuat naik foto lima unit Superveloce 800 Serie Oro yang sudah siap dibina selepas operasi di kilang tergendala akibat krisis Covid-19.

Pengeluar motosikal Itali itu menghentikan operasi pengeluaran di kilang Schiranna pada 26 Mac lalu berikutan arahan kuarantin dilaksanakan Kerajaan. Namun, kini kembali beroperasi secara berperingkat bermula 22 April lalu.

Dokumen pengumuman menyatakan;

Sebelum penutupan operasi sepenuhnya dibuat, pengurusan MV Agusta sudah mengambil langkah-langkah meningkatkan budaya kerja baharu, menyusun semula prosedur dalaman dan terus menjalankan pengeluaran serta urusan pejabat pada tahap keselamatan (kesihatan) tertinggi."

MV Agusta turut berkongsi foto lima unit pertama Superveloce 800 Serie Oro dengan kapsyen:

'Lima sebab utama untuk kami mulakan semula pengeluaran hari ini. Ini lima unit pertama Superveloce 800 Serie Oro.'

BACA >>> 300 Unit MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro Edisi Terhad Habis Dijual!
BACA >>> Tempahan MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro Dibuka, Cuma 300 Unit Dikeluarkan

Sebelum ini pada 30 April lalu, MV Agusta pernah membuat perkongsian yang mengesahkan model tersebut sudah mula dipasang dengan kapsyen: 'Superveloce 800 Serie Oro secara rasmi sudah memasuki barisan pengeluaran'.

Mula ditayangkan di Pameran Motor Milan (EICMA) 2018, superbike gaya retro Serie Oro itu dipacu enjin 3-silinder F3 800 berkapasiti 798cc yang ditala semula untuk mendapatkan had kuasa 148hp @ 13,250rpm dan tork 88Nm @ 10,600rpm. Selain menyambung semula operasi kilang, MV Agusta turut mengumumkan lanjutan jaminan selama tiga bulan untuk semua motosikal yang didaftarkan sebelum 30 April 2020.

Superveloce Serie Oro yang bakal dilancarkan tahun ini,dijual pada harga €27,990 (RM131,300) seunit. Superbike ini dibina berasaskan model F3 800 dengan sentuhan klasik  jentera Grand Prix (GP).

SUMBER: MCN | MVAgusta.com | Facebook

Related

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, MV Agusta, MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro

Comments

  1. Jan says

    May 9, 2020 at 11:19 AM

    wahh idaman ni, superbike dgn gaya retro.

    sayangnya dia diambil dari model F3 yg dah agak lapuk. tapi masih lagi cukup berkuasa untuk penggunaan jalan raya mahupun track.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my