SUZUKI GSX-S300 (juga dipanggil Haojue DR300) kali pertama debut pada pameran Chingqing Mobo Fair 2018, dan kini sedang disiapkan untuk dilancarkan di China.
Di China, Haojue Motorcycles ialah rakan niaga Suzuki menerusi syarikat Changzhou Haojue Suzuki Motorcycle Co Ltd yang memasarkan motosikal bersesaran kecil. GSX-S300 ialah streetfighter sporty yang tampil menarik dengan lampu depan LED penuh dan lampu siang (DRL) LED.
Panel kepala yang menutup lampu depan memiliki rekabentuk unik dan dipadankan visor angin kecil jenama Haojue. Imej streetfighter itu diserlahkan menerusi fork terbalik (USD) KYB warna emas dan monoshock prabeban boleh laras 7-tahap. Kapasiti tangki 16 liter cukup ideal untuk tunggangan urban atau melengkapkan rutin pergi-balik kerja.
Haojue turut menambah kowl enjin untuk imej sporty, manakala ciri pelana terpisah dan tinggi menjungkit ke belakang memberikan penampilan agresif . Ciri lain GSX-S300 ialah kluster instrumen digital penuh yang memaparkan pelbagai informasi seperti spidometer, takometer, odometer, jarak perbatuan, indikator gear dan minyak serta lain-lain.
BACA >>> Suzuki Vietnam Mula Jual Satria 150 (2020) CBU dari Indonesia, Harga RM9.6k
GSX-S300 dijana enjin dwi-silinder 298cc penyejukan cecair berkuasa 29.2hp @ 8,500rpm dan 27.8Nm @ 6,500rpm, manakala hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear klac manual 6-kelajuan.
Sistem brek menggunakan unit kaliper dwi piston 298mm di depan dan kaliper tunggal di belakang, serta dibantu Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran Bosch. Haojue dijangka melancarkan GSX-S300 di China dalam masa terdekat pada harga sekitar 33,000-35,000 yuan (RM20,200-RM21,420).
BACA >>> Imej Paten Enjin Suzuki 250cc Didedahkan, Adakah GSX-R250?
GALERI
SUMBER: IndianaAutosBlog
Leave a Reply