• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Vietnam Mula Jual Satria 150 (2020) CBU dari Indonesia, Harga RM9.6k

Suzuki Vietnam Mula Jual Satria 150 (2020) CBU dari Indonesia, Harga RM9.6k

March 25, 2020 By Brader Shawn 5 Comments

7.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Vietnam melancarkan super moped Satria F150 (2020) untuk pasaran tempatan pada harga kira-kira 52 juta dong (RM9,660).

Super moped itu ialah model import penuh (CBU) dari Indonesia, yang dikenali sebagai Raider 150 di Vietnam dan Belang di Malaysia. Berbanding spesifikasi negara asal, Satria F150 yang diimport Vietnam dipasangkan lampu signal belok seperti Raider R150.

BACA >>> Suzuki Satria F150 (2019) Perkenal Warna, Grafik Baharu

Sebenarnya ini bukan model baharu di Vietnam kerana Suzuki Vietnam memang ada menjual Raider R150 versi pemasangan tempatan (CKD). Uniknya, wakil pengedar itu turut menjual model import (Satria F150) dari Indonesia

Satria F150 dijana enjin silinder tunggal 147.3cc berkuasa 18.2hp @ 10,000rpm dan tork 13.8Nm @ 8,500rpm, manakala sistem transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.

Sebagai permulaan, Suzuki Vietnam cuma menawarkan dua pilihan warna, biru kusam dan hitam kusam. Perbezaan harga pula lebih mahal daripada Raider 150, hampir 2 juta dong (RM350).

BACA >>> #BikinMotor: 'Suzuki Satria F150 Minor Fighter' - dari Kapcai ke Sportbike Jadian!

Pada akhir tahun lalu, imej pertama Satria F150 tersebar di Vietnam dalam Mesyuarat Tahunan Pengedar Suzuki Vietnam. Antara pembaharuan paling ketara Satria F150 dan Raider 150 ialah model baharu ini dipasangkan lampu LED dan meter digital LCD penuh.

Super moped ini menggunakan sepasang rim 17 inci yang dibalut tayar 70/90 di depan dan 80/90 bersama brek cakera pada kedua-dua roda. Tinggi pelana ialah 764mm, manakala kapasiti tangki mampu mengisi 4 liter petrol. Sistem suspensi belakang pula jenis monoshock jenama Showa dari Jepun.

Setiap pembelian diberikan pakej waranti tiga tahun atau jarak perbatuan 30,000km berserta tujuh kali servis percuma.

BACA >>> #BikinMotor: Modifikasi Enjin KTM 390 Duke untuk Suzuki Raider 150 Fi

GALERI
suzuki satria
suzuki satria 7
suzuki satria 4
suzuki satria 8
suzuki satria 9
suzuki satria 10
suzuki satria 5
suzuki satria 3
suzuki satria 6
satria 5
satria 6
satria 1
satria 3
satria 4
suzuki satria 2

SUMBER: Zing | Motosaigon

7.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kapcai, roda2, super moped, Suzuki Belang R150, Suzuki Raider 150, Suzuki Satria F150, Suzuki Vietnam, Vietnam

Comments

  1. Belang Tarung says

    March 26, 2020 at 10:51 PM

    aduhai.. takde ke dealer motor di malaysia nk bawa masuk? ramai jer minat suzuki

    Reply
  2. Rizan says

    March 27, 2020 at 12:36 AM

    Please bring this satria f150 come to malaysia this year 2020.hope suzuki bring this powerful model 150cc 4 stroke

    Reply
  3. Jan says

    March 27, 2020 at 9:34 AM

    kann, saya pun teringin nak pakai Satria ni haha

    Reply
  4. Namkin says

    March 27, 2020 at 11:35 AM

    Benarkan aje la grey importer bwk masuk model ni ke malaysia..

    Lantik 1 company uruskan alat gnti utk pasaran tempatan..

    Reply
  5. Hasman says

    September 13, 2020 at 11:31 PM

    Plz..masukkan motor belang 18.2bhp ni ke malaysia..🙏🙏

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my