YAMAHA GTS1000 Italian Resilience tahun 1993 ini dibangunkan Lorenzo Frugaroli daripada bengkel FMW Motorcycles yang kini bukan lagi model sport tourer seperti dahulu, tetapi dibikin jadi streetfighter.
Rekabentuk swingarm depan dikekalkan yang menampakkan keunikan jentera tersebut. Ini juga sebahagian ciri yang mempopularkan sport tourer Jepun tersebut. Kerana karakteristik dimiliki, Frugaroli menggunakan idea sama untuk projek Italian Resilience.
BACA >>> #BikinMotor: Pelik Tapi Benar, Modifikasi Vespa Terbalik yang Lain Daripada Lain
Rekabentuk suspensi pelik itu menyumbang kepada kestabilan lebih baik ketika membrek dengan fungsi antijunam (anti-dive). Frugaroli turut menambah baik swingarm depan itu dengan menggantikan absorber dan spring daripada Yamaha YZF-R6. Di belakang, swingarm dua sisi menggantikan unit tunggal daripada Honda VFR dengan tambahan absorber Buell Cyclone Showa.
Rekabentuk rim kustom dihasilkan menggunakan jejari Honda NSR dan rim VFR. Bagi menambah baik penampilan badan, semua fairing ditanggalkan yang langsung mendedahkan tetapan suspensi, manakala frem asal bentuk-C dicat merah terang.
Frugaroli turut menggunakan pod lampu Piaggio Beverly yang dipasangkan dalam frem kustom. Bahagian mekanikal masih sama, dijana enjin empat sebaris GTS 1000cc, tetapi unit suntikan pancitan bahan api elektronik (EFI) digantikan dengan karburetor Yamaha FZR1000 (1987). Ini bermaksa kuasa maksimum dapat dikekalkan pada 102hp @ 9,000rpm dan tork 106Nm @ 6,500rm.
Tangki minyak ditanggalkan dan digantikan dengan komponen fairing untuk memuatkan unit karburetor baharu. Kaca pleksi (plexiglass) yang transparen, kuat dan fleksibel ditambah untuk sengaja mendedahkan visual dua karburetor, manakala tangki minyak baharu diposisikan pada panel belakang.
Frugaroli merancang membawa GTS1000 Italian Resilience ke acara pertandingan AMD World Championship of Custom Bike Building, Oktober depan.
BACA>>>#BikinMotor: Yamaha R15 V3 dengan Kit Badan R1M
GALERI
SUMBER: DriveMag
Leave a Reply