• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Pelik Tapi Benar, Modifikasi Vespa Terbalik yang Lain Daripada Lain

#BikinMotor: Pelik Tapi Benar, Modifikasi Vespa Terbalik yang Lain Daripada Lain

June 4, 2019 By AI Leave a Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK pernah lagi kita lihat modifikasi luar biasa yang mana bahagian hendal diubah dari depan ke belakang. Ini yang dilakukan pada motosikal Vespa milik jejaka asal Medan, Indonesia ini. Ya, kedudukan hendal depan Vespa Excel 150 (1996) ini diletakkan terbalik. Cuba lihat kedudukan hendal yang menjulur keluar dari celahan pelana dalam gambar di atas.

BACA >>> #BikinMotor: Honda PCX 150 Guna Tukar Rim RCB Yamaha NMax, Pasang Tayar Zeneos

Menurut Adi Risky Rangkuti, dia membayangkan bagaimanakah agaknya jika Vespanya boleh ditunggang secara mengundur, dan dari situlah bermula modifikasi Vespa terbalik.

Ubah suai utama dapat dilihat pada bahagian depan yang mana enjin dialih dari depan dan menghadap ke belakang.

Bahagian sisi pula diubah suai sebagai tangki minyak berkapasiti 1.5 liter yang menurut Adi mampu memberikan jarak perjalanan sejauh 20km. Bahagian fork dipindahkan ke belakang untuk menggantikan hendal supaya nampak terbalik.

BACA >>> 5 Fakta Pantas: Vespa GTS 300 HPE yang Paling Berkuasa dalam Sejarah Vespa

Bahagan lantai kaki dijadikan bahagian pelana baharu penunggang. Menariknya, brek depan dan belakang digabungkan pada hendal kanan secara bertindan. Ia diubah suai jadi fleksibel untuk memudahkan kerja membrek depan/belakang. Hmm...

BACA >>> #BikinMotor: Honda Bulat Jadi Trail Cub 55, Kapcai Rare untuk Penggemar Aktiviti Lasak

Masih sama seperti Vespa terdahulu, cuma bahagian hendal yang mengalami banyak perubahan dari segi posisi dan fungsi. Lampu belakang misalnya dijadikan lampu depan tanpa mengubah rupa lampu.

Bagi merealisasikan idea Vespa terbalik ini, Adi mendakwa hanya memerlukan masa dua hari dengan kos Rp3 juta (RM870) sahaja. Tidaklah mahal sangatkan?

SUMBER: NaikMotor

Artikel Berkaitan

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, bikinmotor, kustom, Modifikasi, Piaggio Vespa, roda2, Vespa, Vespa Excel 150

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
  • #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
    #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my