• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bilstein Cuba Nasib Hasilkan Sistem Suspensi Motosikal, Sasar Jadi Produk OEM

Bilstein Cuba Nasib Hasilkan Sistem Suspensi Motosikal, Sasar Jadi Produk OEM

April 20, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA sebelum ini, Bilstein terkenal sebagai pengeluar suspensi untuk kenderaan empat roda, tetapi syarikat dari Jerman itu kini menyatakan hasrat mahu meneroka komponen untuk segmen motosikal.

Bilstein sebenarnya sudah menjalankan kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) sistem suspensi untuk motosikal daripada model streetbike jalanan hingga jentera trek sejak lima tahun lalu. Produk jenama itu dijangka didedahkan selewatnya penghujung tahun ini.

Sebagai permulaan, Bilstein menjadikan motosikal Jerman sebagai model pemasangan awal produk suspensi tersebut, iaitu BMW S1000RR edisi 2009 hingga sekarang.

BACA >>> Honda Supercub Guna Suspensi Double Wishbone Macam Gold Wing?

Dengan tawaran fork dan monoshock untuk suspensi depan dan belakang, Bilstein nampaknya bakal bersaing secara langsung dengan jenama popular seperti Öhlins, Showa, Sachs dan WP untuk menjadi komponen pengilang asli (OEM) pada masa akan datang.

Kemungkinan besar, barisan motosikal BMW Motorrad akan tersenarai dalam program OEM komponen Bilstein. Fork depan Bilstein mempunyai rekaan monotiub gas mampatan dan tugas damper diuruskan bahagian tunggal sistem suspensi.

Penunggang boleh buat pelarasan dengan memulas tombol pada permukaan atas batang fork kiri. Sistem suspensi belakang jenis absorber dengan spring dan fungsi talaan mampatan dan lantunan, juga boleh dilaraskan dengan memusingkan tombol.

BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Periksa Absorber Motosikal, Masih OK Atau KO?

GALERI
Bilstein-motorcycle-suspension-BMW-S1000RR-04-scaled
Bilstein-motorcycle-suspension-BMW-S1000RR-07-scaled
Bilstein-motorcycle-suspension-BMW-S1000RR-05-scaled
Bilstein-motorcycle-suspension-BMW-S1000RR-08-scaled
Bilstein-motorcycle-suspension-BMW-S1000RR-03-scaled
Bilstein-motorcycle-suspension-BMW-S1000RR-06-scaled
Bilstein-motorcycle-suspension-BMW-S1000RR-14-scaled
Bilstein-motorcycle-suspension-BMW-S1000RR-15-scaled
Bilstein-motorcycle-suspension-BMW-S1000RR-09-scaled
Bilstein-motorcycle-suspension-BMW-S1000RR-16
Bilstein-motorcycle-suspension-BMW-S1000RR-13-scaled
Bilstein-motorcycle-suspension-BMW-S1000RR-11
Bilstein-motorcycle-suspension-BMW-S1000RR-10-scaled
Bilstein-motorcycle-suspension-BMW-S1000RR-12-scaled
Bilstein-motorcycle-suspension-BMW-S1000RR-02-scaled

SUMBER: AsphaltAndRubber

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: aksesori, Bilstein, BMW S1000RR, fork, monoshock, OEM, Pengeluar Suspensi Motosikal, roda2, sistem suspensi, Sistem Suspensi Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev