PEMILIK Mazda2 di Thailand ini mungkin menyesal kerana sengaja ingkar perintah berkurung dikuatkuasakan Kerajaan apabila sengaja berhenti di sebatang jalan di tengah Bangkok untuk menangkap gambar kereta sendiri.
Malangnya, aksinya itu dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) dan polis kini sedang menimbangkan kemungkinan menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas suspek selepas didapati memuat naik imej berkenaan di media sosial.
BACA >>> Mazda2 Remuk Teruk, Tetapi Pemandu Hanya Luka Kecil
Melihat video berdurasi 1:27 minit itu, suspek keluar dari kereta sambil memastikan tiada kereta lain di sekeliling. Tindakannya itu sebenarnya cukup berbahaya kepada pengguna jalan raya lain kerana boleh mengundang kecelakaan.
Jika kejadian itu berlaku ketika perintah berkurung, suspek boleh didenda hingga RM7,000 atau dua tahun penjara. Namun, video tersebut menunjukkan ia berlaku 29 Mac lalu, iaitu sebelum perintah berkurung dikuatkuasakan Kerajaan Bangkok.
Mungkin inilah yang dikatakan malang tidak berbau.
BACA >>> Mazda2 (2020) Facelift dengan Gaya Ala Mazda6 Kini Buka Tempahan di Jepun
Leave a Reply