• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Vyrus Alyen - Superbike Stereng Hab-Tengah dengan Enjin Ducati 1199 Panigale

Vyrus Alyen - Superbike Stereng Hab-Tengah dengan Enjin Ducati 1199 Panigale

April 7, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

966
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VYRUS dari Itali kini muncul dengan satu lagi model baharu yang menampilkan rekabentuk unik dan luar biasa berasaskan enjin superbike Ducati.

Dikenali sebagai Alyen, model baharu ini dipacu unit enjin Ducati 1199 Panigale edisi 2014 yang ditala untuk menghasilkan kuasa setinggi 205hp @ 10,500rpm berbanding kuasa asal 195hp.

Trenkuasa V-Twin itu dipasangkan pada frem bentuk 'omega kembar' yang diperbuat daripada material magnesium. Sistem suspensi tidak menggunakan fork konvesional, sebaliknya jenis stereng hab-tengah (hub-centre steering) yang direka sendiri Ketua Projek Vyrus, Ascanio Rodorigo.

Rodorigo ialah salah seorang kru unit lumba Bimota dan dikatakan individu bertanggungjawab di sebalik pembuatan komponen sama untuk Bimota Tesi 2D (2004).

BACA >>> #EICMA2019: Bimota Tesi H2 (2020) dengan Enjin Supercas Kawasaki

Stereng hab-tengah sebenarnya memisahkan fungsi pengendalian dan suspensi. Ia membantu mengasingkan pergerakan suspensi dan daya membrek yang membolehkan sesebuah motosikal mampu ditunggang lebih lincah di selekoh.

Binaan badan Alyen nyata bukan gaya superbike konvensional. Rekabentuk lampu utama berkonsepkan minimalis dengan gad tangan yang disepadukan dengan lampu signal belok.

Komponen panel badan diperbuat daripada gentian karbon, termasuk rim menerusi proses tempaan unit karbon 'Bullet' daripada Rotobox. Sistem ekzos hasil evolusi daripada model Vyrus 982 M2, dan komponen brek jenis Brembo GP4, manakala kedua-dua suspensi buatan Vyrus (Push Rod Twin Pivot).

Setakat ini, tiada maklumat didedahkan mengenai harga, berat atau jumlah unit yang akan dihasilkan. Besar kemungkinan, Alyen ialah superbike edisi terhad.

BACA >>> Spesifikasi Bimota Tesi H2 Bocor? Sama Kuasa, Tetapi Lebih Ringan daripada H2

SPESIFIKASI

  • ENJIN: 4-lejang dwi-silinder Ducati Desmo L 90° penyejukan cecair
  • GEREK x LEJANG: 116mm x 70.8mm
  • SESARAN: 1,285 cc
  • NISBAH MAMPATAN: 11.3 : 1
  • KUASA: 205hp @ 10.500rpm
  • TRANSMISI: klac basah 6-kelajuan
  • BAHAN API: Suntikan kawalan elektronik
  • SUSPENSI: Push Rod Twin Pivot Vyrus (depan); Push Rod Twin Pivot Vyrus (belakang)
  • TAYAR: 120/70 ZR 17 (depan); 200/60 ZR17 (belakang)
  • KAPASITI TANGKI: 11 liter
  • JARAK RODA: 1,575mm
GALERI

SUMBER: DriveMag

Related

966
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ascanio Rodorigo, Bimota, Ducati Panigale 1199, Hub-Centre Steering, roda2, Stereng Hab-Tengah, superbike, Vyrus Alyen, Vyrus Alyen (2020)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my