• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Inilah 5 Superbike Paling Seksi 2020!

Inilah 5 Superbike Paling Seksi 2020!

March 13, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

11.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KELIBAT superbike atas jalan raya Malaysia bukan lagi pemandangan yang jarang dilihat. Kalau anda masuk ke lebuh raya utama setiap hujung minggu, pasti akan terserempak dengan kelibat penunggang superbike. Ada yang menunggang bersendirian, dan ada yang berkonvoi berkumpulan.

Sepanjang tahun lalu, setakat bulan ini, muncul banyak superbike menarik yang menjadi perhatian umum dan disebut-sebut peminat permotoran sedunia. Agaknya model superbike mana satukah boleh dianggap paling seksi antara paling seksi?

Di sini kami senaraikan  lima 5 superbike dipetik RideApart yang kami juga setuju untuk dikatakan model superbike paling seksi sepanjang tahun ini.

BACA >>> Inilah 5 Realiti Sebenar Tentang 'Superbike 250cc' yang Nubis Perlu Tahu

1. BIMOTA TESI H2

Bimota memperkenalkan Tesi H2 pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, November tahun lalu. Lekuk agresif dan tajam sepanjang sisi badan membuatkan model tampil sebagai antara karya paling menarik di Milan.

Tesi H2 memiliki berat kasar 214kg, lebih ringan daripada Ninja H2 (238kg), berkurangan 24kg yang banyak disumbangkan penggunaan material gentian karbon. Model ini menggunakan talaan enjin sama seperti Ninja H2 dengan angka kuasa 228hp @ 11,500rpm.

BACA >>> #EICMA2019: Bimota Tesi H2 (2020) dengan Enjin Supercas Kawasaki

2. HONDA FIREBLADE CBR1000RR-R SP (2021)

Trenkuasa Honda CBR1000RR-R Fireblade SP mempunyai gerek dan lejang sama seperti jentera RC213V-S. Ini bermakna piston superbike ini sebesar 81mm yang ditolak naik rod, dengan lejang 48.5mm. Enjin 4-silinder sebaris itu mampu menjana kuasa setinggi 213hp @ 14,500rpm dan tork 12.7Nm @ 12,500rpm.

Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan melalui transmisi klac manual 6-kelajuan dengan ciri Quickshifter dengan padanan klac hidraulik multiplat basah dan klac bantuan anti-gelincir (A&S).

3. TRIUMPH DAYTONA 765 (2020)

Model ini memang istimewa kerana bertanggungjawab menaikkan nama Triumph dalam arena perlumbaan sejak berdekad lama. Kejuaraan Moto2 adalah salah satu penyumbang kepada populariti dan reputasi Triumph.

Enjin baharu 765cc Triple daripada Moto2 menawarkan kuasa 128hp @ 12,250rpm dan tork 79.9Nm @ 9,750, iaitu angka paling tinggi berbanding mana-mana jentera 765cc yang dibina setakat ini.

Penunggang juga diberikan opsyen lima mod tunggangan baharu yang dikawal menerusi ciri kawalan terotel elektronik Ride-by-Wire, terdiri daripada Rain, Road, Rider Configurable, Sport dan Track. Setiap mod tunggangan yang dipilih akan mengubah pemetaan terotel, Kawalan Traksi, dan tetapan ABS.

BACA >>> Triumph Daytona Moto2 765 Limited Edition yang Paling Hampir dengan Jentera Lumba

4. APRILIA RS 660 (2020)

Kehadiran RS 660 sangat dinantikan peminat Aprilia seluruh dunia, termasuk Malaysia. Walaupun dianggap sebagai adik kepada RSV4, sportbike middleweight ini direka khas untuk generasi baru yang mahukan keseronokan menunggang di jalan raya dan litar. Model ini dikuasakan enjin 660cc Parallel-Twin serba baharu yang patuh standard emisi Euro 5.

RS 660 juga  diberikan fungsi kawalan jelajah sebagai ciri standard yang biasanya tidak ditawarkan untuk sportbike middleweight. Selain itu, jentera ini juga dilengkapi ciri Kawalan Traksi, ABS Belok, 5 mod tunggangan (3 untuk jalanan; 2 untuk trek), Quickshift, Kawalan Wheelie dan Brek Enjin.

Supersport ini menampilkan rekabentuk 'fairing ganda' yang mirip superbike RSV4. Fairing luar tambahan membantu meningkatkan daya junam  (downforce) bagi membantu kestabilan jentera pada halaju tinggi.

5. DUCATI SUPERLEGGERA V4 (2020)

Jika anda suka rupa Ducati Panigale V4 baru, maka Superleggera V4 adalah versi Gucci ke Joe Fresh Panigale. Ducati akhirnya melancarkan tambahan terbaru kepada barisan Superleggera yang sangat eksklusif dan sangat mahal, kali ini berdasarkan casis V4.

Jentera ini dikatakan mampu meledakkan kuasa hingga 224hp @ 15,250rpm dan tork 115.6Nm @ 11,750rpm. Jika dipasangkan sistem ekzos lumba penuh Akrapovic titanium, kuasa yang terhasil mampu ditingkatkan hingga 234hp @ 15,500rpm dan tork 117.7Nm @ 11,750rpm.

Berat Superleggera V4 mungkin lebih ringan berbanding V4. Sebagai rekod, berat Panigale 1299 S ialah 190kg, manakala 1299 Superleggera cuma 167kg yang membolehkan model itu tersenarai sebagai superbike pengeluaran paling ringan.

BACA >>> Spyshot: Ducati Panigale V4 Superleggera Akan Jadi Superbike Pengeluaran Paling Ringan?

SUMBER: RideApart

Related

11.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: 5 Superbike mengancam (2020), Aprilia RS 660 (2020), autotainment, Bimota Tesi H2, Ducati Superleggera V4 (2020), Honda Fireblade CBR1000rr-r SP (2021), Roda 2, Triumph Daytona 765 (2020)

Comments

  1. Jan says

    March 14, 2020 at 4:43 PM

    Ada sedikit kesalahan pada artikel, dimana saudara menyatakan tentang horsepower triumph daytona 765 :

    "Enjin baharu 765cc Triple daripada Moto2 menawarkan kuasa 128hp @ 12,250rpm dan tork 79.9Nm @ 9,750, iaitu angka paling tinggi berbanding mana-mana jentera 765cc yang dibina setakat ini."

    Angka paling tinggi adalah milik Suzuki GSX-R 750, dimana motosikal tersebut menghasilkan lebih dari 140 horsepower, dengan jumlah CC yg lebih kecil berbanding triumph.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev