• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Semua Jentera Ducati Boleh Lepas 350kmj, Rossi Dah Mula Risau

Semua Jentera Ducati Boleh Lepas 350kmj, Rossi Dah Mula Risau

February 28, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

10.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA pasukan lain mula risau selepas melihat kelajuan maksimum dicapai Ducati. Ini diakui sendiri pelumba veteran, Valentino Rossi yang musim ini akan berlumba dengan jentera YZR-M1 edisi 2020.

Rossi berkata;

Susah, di laluan lurus (Johann) Zarco semakin menghilang dan aku risau motor aku tak boleh ligan dia. Top speed Yamaha M1 sudah semakin laju, tapi masih tak cukup sebab semua pasukan pun buat benda sama. Ini yang aku risau bak hang..."

Selepas data kelajuan maksimum didedahkan, memang ketara sekali Ducati sukar didekati Yamaha dan Suzuki, termasuk Honda. Ternyata, bos Ducati, Gigi Dall’Igna mahu menebus kelemahan top speed yang dihadapi pasukan itu tahun lalu.

BACA >>> Bos Ducati: Pencapaian Apa Kalau Pelumba Sama Saja Naik Podium?

Dari segi data kelajuan maksimum dikeluarkan pada ujian pramusim Qatar, hampir semua pasukan menunjukkan peningkatan prestasi. Honda antara pasukan yang tidak banyak mengalami penambahan kelajuan maksimum berbanding pasukan lain. Mungkin ledakan kuasa yang ada sekarang sudah mencukupi.

Sebaliknya, pasukan lain seperti Yamaha, Suzuki, Aprilia dan KTM melakukan banyak penambahbaikan yang mana jurang kuasa antara 2019 dan 2020 agak besar. Sayangnya, itupun masih tidak cukup mengejar Ducati yang meningkatkan kelajuan maksimum jentera hingga 355kmj!

Jack Miller saja memecahkan had 350kmj dengan rekod kelajuan maksimum 355.2kmj, meningkat hingga 12.4 kmj berbanding musim lalu. Ini disusuli Danilo Petrucci dengan kelajuan 352.9kmj, meningkat 13.3 peratus. Malah, enam daripada tujuh pelumba terpantas didominasi pasukan Ducati.

BACA >>> Lorenzo Jawab 11 Soalan: Rossi Paling Konsisten, Marquez Paling Agresif

DUCATI MOTOGP 2020_4
ROSSI
Suzuki Ecstar Test MotoGP 2020_1

 

Cuma Ducati mampu mencapai angka kelajuan sekitar 350kmj yang jelas berada dalam kelas berbeza. Tidak ketinggalan, Aprilia turut meningkatkan enjin V4 pasukan itu tahun ini, sekaligus mengalahkan pengeluar Jepun. Menerusi Alex Espargaro, Aprilia berjaya memecah kelajuan maksimum 349.5kmj, dan disusuli jentera Honda ditunggang Cal Cruthlow (348.3kmj).

Di manakah pula posisi Maverick Vinales yang sering menjadi pelumba terpantas pada ujian pramusim?

Kelajuan maksimum jentera Vinales cuma berada di tangga ke ke-10 dengan kelajuan 346.1kmj, diikuti adik-beradik Marquez dengan kelajuan sama. Rossi pula mengisi slot ke-16 terpantas dengan kelajuan 343.9kmj. Mungkin postur badan yang sedikit melengkung mengurangkan efek aerodinamik. Dua lagi pelumba Yamaha, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo pun tidak laju, berapa di dua ranking paling bawah.

Related

10.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2020 MotoGP, Ducati, Ducati Desmosedici, Johann Zarco, MotoGP, roda2, Suzuki, Valentino Rossi, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev