• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Bangunkan Sistem VVT Elektro-Hidraulik yang Lebih Versatil

Suzuki Bangunkan Sistem VVT Elektro-Hidraulik yang Lebih Versatil

February 25, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini ada laporan mendakwa Suzuki akan mengikut trend teknologi terkini dalam membangunkan sistem pemasaan injap variabel (VVT) untuk produk superbike jenama itu.

Awalnya, Suzuki membangunkan sistem VVT menggunakan daya sentrifugal daripada pusingan gear-sesondol-sproket (gear-cam-sprocket), sama seperti jentera MotoGP Suzuki, GSX-RR.

Namun, kelemahan sistem tersebut ialah pengaktifan perubahan pemasaan injap yang tidak dapat dilakukan mengikut kehendak penunggang. Ini kerana perubahan pemasaan sistem VVT bergantung kepada halaju GSX-R1000R. Ketika memecut laju, barulah sistem itu diaktifkan.

BACA >>> Giliran Suzuki GSX-R1000 dapat Sentuhan Ilmberger Carbon

Jadi, Suzuki memerlukan penyelesaian teknologi yang bebas menetapkan pemasaan daripada injap. Penyelesaiannya dapat dilihat pada beberapa gambarajah paten yang mendedahkan produk Gixxer dengan enjin VVT Elektro-Hidraulik.

Berdasarkan gambarajah, sistem VVT versi kemas kini itu kelihatan lebih sederhana tanpa kehadiran kabel sela hidraulik yang rumit berbanding paten terdahulu. Ada solenoid terkawal-komputer (computer-controlled solenoid, CCS) di kanan dari kepala silinder.

BACA >>> Suzuki Filipina Lancar Raider J Crossover (2020), Harga RM5.3k

Geseran pemasaan rod aci sesondol (camshaft) diatur seberapa besar tekanan yang disalurkan minyak ke solenoid (menggunakan komputer/unit kawalan). Ini bermakna jentera Suzuki nanti mampu menguruskan sepenuhnya perubahan VVT pada aci sesondol menerusi aturan tekanan yang disalurkan solenoid. Malah, perubahan pemasaan pun boleh divariasikan mengikut kesesuaian tunggangan.

BACA >>> Suzuki Hayabusa Serba Baharu Kembali Pada 2019, Kini Sedang dalam Pembikinan

SUMBER: Bennetts.co.uk

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Gambarajah Paten, gear-cam-sprocket, paten, roda2, Suzuki, Suzuki GSX-R1000

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my