MINGGU ini minggu Kawasaki Ninja ZX-25R. Mungkin ada yang marah dan rasa hendak termuntah kerana kerap sangat keluar cerita pasal sportbike suku liter empat dapur ini. Tambahan lagi, berita itu pula dari negara jiran seberang sana.
Apa nak buat, hal-hal motosikal tempatan bukannya hari-hari sentiasa ada berita. Kalau ada, pasti kami kongsikan. Jadi buat masa sekarang apa yang kami boleh cakap, bawa bertenang dan selamat membaca.
Seperti mana kita tahu, Indonesia dijadualkan mempamerkan ZX-25R pada 4 April depan. Jika benar, Indonesia akan jadi negara kedua selepas Jepun. Tetapi manalah tahu kalau tiba-tiba Malaysia pula lebih dulu membawa masuk model hangat tersebut. Ingat, Malaysia bukannya tidak pernah langsung jadi destinasi untuk debut model motosikal peringkat global, Asia atau serantau!
BACA >>> Kawasaki ZX-25R Sudah Masuk Kilang?
HARGA BOCOR!
Apa lagi cerita pasal ZX-25R? Harga model itu dikatakan bocor di Indonesia. Menurut portal TMCblog, Badan Pendapatan Daerah (Bapenda) DKI Jakarta baru saja mendedahkan senarai harga dua kod baharu model Kawasaki, ZX250F dan ZX250G.
Berdasarkan data tersebut, harga ZX-250F adalah sekitar Rp73,200,000 (RM22,210), manakala ZX-250G pula Rp64,800,000 (RM19,660). Kedua-dua model di bawah RM30,000. Malah, maklumat yang dikatakan harga ZX-25R itu dilihat tidak terlalu jauh berbanding Ninja 250 versi 2-silinder untuk varian paling premium, EX-250W.
Mungkin perbezaan dua kod itu cuma ciri seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Bagaimanapun, harga tersebut cuma harga asas dan tidak termasuk caj lain seperti Pajak Kenderaan Bermotor (cukai kenderaan), iaitu 1.5 peratus, Pajak Penambahan Nilai (cukai tambah nilai), 10 peratus, serta lain-lain.
BACA >>> Rea, Lowes Tunggang Uji Kawasaki ZX-25R di Jerez
Jika semua caj tersebut diambil kira, maka harga atas jalan ZX-25R boleh mencapai Rp120,000,000 (RM36,414). Hmm... agak mahal juga.
Bagaimanakah pula sekiranya sportbike itu masuk pasaran Malaysia? Sebelum ini, Modenas ada mengesahkan Kawasaki 250cc dan Versys akan dipasang di Malaysia selepas termeterai kerjasama antara pengeluar nasional itu dan Kawasaki Heavy Industries, Ltd (KHI) kelak.
Jika benar, ZX-25R versi pemasangan tempatan (CKD) memang berpeluang untuk memasuki pasaran Malaysia. Apabila sudah dipasangkan dalam negara, sudah tentu harga dapat dikurangkan berbanding model import penuh (CBU). Sekali lagi diucapkan, kita tunggu sajaaa...
Jan says
Seperti yang dijangkakan, harga ZX25 tidak mungkin berada dibawah 30k. agak keterlaluan mahal untuk motor 250cc, tambah lagi dengan harga itu sudah boleh beli motor2 600++ 2 silinder, seperti ninja 650 dan MT07,
kalau tak salah, Benelli TNT600 4 silinder pun sekitar harga yang sama !