• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / YZR-M1 Kini Dipasangkan 'Holeshot' untuk Stabilkan Pecutan Petak Mula

YZR-M1 Kini Dipasangkan 'Holeshot' untuk Stabilkan Pecutan Petak Mula

February 10, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UJIAN pramusim MotoGP 2020 baru saja berakhir di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu lalu. Seperti kita tahu, Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) membenarkan penggunaan peranti aero pada jentera masing-masing yang dijangka menjadikan aksi musim ini lebih dramatik.

Pasukan Yamaha Factory Racing dilihat menggunakan komponen peranti holeshot seperti diminta pelumbanya, Maverick Vinales yang kali pertama digunakan Ducati untuk menstabilkan jentera ketika pecutan mula.

BACA >>> Regulasi MotoGP (2020) Diperbaharui, Peranti Swingarm Kini Boleh Digunakan

Holeshot Devices Yamaha M1 #sepangTest
vid : @Vi3Mu pic.twitter.com/Wyniq6FU8K

— tmcblog | taufik 🇮🇩 (@motoupdate) February 8, 2020

Peranti holeshot adalah antara komponen yang dibangunkan untuk menangani pecutan awal di petak mula. Vinales sebelum ini pernah mengadu yang jentera Yamaha sedikit bergelut ketika awal perlumbaan untuk merebut kelompok pelumba depan.

Kelihatan juga kemas kini tambahan lain pada kowl depan menerusi komponen spoiler aero dipasangkan pada sisi kowl depan. Komponen aerodinamik itu berfungsi sebagai sokongan untuk menambah baik aliran udara dari fairing depan/kowl depan.

BACA >>> Rossi Nak Lumba Lagi? Yamaha Sanggup Sediakan YZR-M1 Spec Kilang!

holeshot-yamaha-2020-6
holeshot-yamaha-2020-5

Peranti itu juga berperanan mengurangkan gelora udara pada bar hendal yang berisiko mengurangkan kelajuan maksimum akibat masalah seretan. Spoiler aero tersebut adalah  salah satu percubaan Yamaha untuk meningkatkan kelajuan maksimum YZR-M1.

Ujian pramusim di Sepang sangat penting buat Vinales dan Valentino Rossi kerana dua pelumba itu perlu yakin yang komponen dipasang itu berupaya membantu sektor aerodinamik, sekali gus memberikan kesan positif ke atas prestasi jentera.

Berdasarkan regulasi FIM, setiap pasukan dihadkan melakukan kemas kini aerodinamik badan sekali sahaja.

BACA >>> Mahkamah Rayuan MotoGP: Dovizioso Kekal Juara, Peranti Swingarm Boleh Digunakan

GALERI
holeshot-yamaha-2020-5
Yamaha Ujian Pra Musim Sepang MotoGP (2020)_2
Yamaha Ujian Pra Musim Sepang MotoGP (2020)_5
Yamaha Ujian Pra Musim Sepang MotoGP (2020)_6
holeshot-yamaha-2020-1
holeshot-yamaha-2020-2
holeshot-yamaha-2020-3
holeshot-yamaha-2020-4
holeshot-yamaha-2020-6
holeshot-yamaha-2020-7
holeshot-yamaha-2020-8
holeshot-yamaha-2020-9
holeshot-yamaha-2020-10

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2020 MotoGP, Auto Terkini, Maverick Viñales, MotoGP, MotoGP 2020, peranti, peranti holeshot, roda2, sukan permotoran, Ujian Pramusim MotoGP 2020, Ujian Pramusim Sepang 2020, Valention Rossi, Yamaha, Yamaha Factory Racing MotoGP Team

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev