• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Tentang Minyak Brek yang Perlu Anda Tahu, Apakah Itu DOT?

#TahukahAnda: Tentang Minyak Brek yang Perlu Anda Tahu, Apakah Itu DOT?

January 8, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

15.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APAKAH jenis minyak brek yang ideal untuk kenderaan anda? DOT 3, 4, 5 atau 5.1?

Sebenarnya istilah 'minyak brek' kurang tepat kerana ia bukan sejenis 'minyak'. Inilah sebab kenapa label pada botol ditulis 'brake fluid' (bendalir brek), dan bukan 'brake oil' (minyak brek). Tetapi untuk istilah tempatan dan urusan jual beli di Malaysia, istilah minyak brek (juga disebut brake oil) adalah merujuk produk yang sama.

Jadi kami kekalkan istilah minyak brek untuk memudahkan pemahaman dan bacaan. Sila jangan bergaduh... 😆

BACA >>> #ApaNakBuat: Brek Depan atau Belakang? Mana Lebih Berkesan?

TITIK DIDIH KERING VS BASAH?

Ada banyak jenis minyak brek di pasaran yang dibezakan mengikut DOT (Department of Transportation), iaitu gred spesifikasi berasaskan piawaian Amerika Syarikat mengikut standard titik didih (boiling point).

Titik didih pula terbahagi kepada dua jenis: kering dan basah.

Titik didih kering ialah titik didih minyak brek ketika bendalir itu dalam kondisi baharu. Titik didih basah pula bermakna minyak brek itu sudah lama digunakan (sekitar 1-2 tahun), atau terdedah dalam bekas terbuka.

Berdasarkan jaduah di atas, kita dapat lihat penurunan titik didih hingga 60-80ºC, yakni julat angka yang besar. Jadi, memang penting untuk kita menukar minyak brek baharu.

Ketika membrek, geseran antara cakera (disc) dan pad akan menghasilkan haba. Haba panas itu akan dipindahkan kepada kaliper dan minyak brek. Membrek secara keras mampu membuatkan minyak brek mendidih, sekali gus menyebabkan gelembung udara terbentuk dan boleh menjejaskan fungsi brek.

Situasi ini sangat bahaya kerana brek boleh hilang kuasa cengkaman. Bab penyenggaraan yang satu ini memang tiada kompromi kerana keselamatan lebih utama dan anda perlu segera menukarkan minyak brek baharu!

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Minyak Brek Boleh Berubah Jadi Teruk?

APAKAH DOT?

Sekarang lihat pada angka DOT. Semakin besar nombor di belakang, maka titik didih juga tinggi. Jika mahu kenderaan anda digunakan untuk berlumba yang memerlukan operasi pembrekan maksimum, maka disarankan menggunakan DOT 5 dengan titik didih 260ºC.

Namun, anda juga perlu tahu DOT 5 terbahagi kepada dua jenis: DOT 5 dan DOT 5.1. Namun, titik didih kedua-dua jenis DOT 5 itu asasnya adalah sama, cuma jenis bendalir yang berbeza. DOT 5 berasaskan silikon, manakala DOT 5.1, glikol etilena (ethylene glycol).

Bendalir berasaskan silikon bersifat tidak lelas (abrasive) terhadap cat, serta tidak higroskopik, iaitu tidak berterusan menyerap air seperti glikol. Jadi DOT 5 lebih tumpat yang mana pengguna dapat rasa sedikit 'anjal' ketika menginjak brek, tetapi tidak disarankan untuk perlumbaan.

Sebaliknya DOT 5.1 mampu menyalut bahagian getah dalam sistem brek. Asasnya, DOT 5 memiliki karakter bendalir yang lebih konsisten pada suhu rendah yang sesuai untuk Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Masalah DOT 5.1 pula, minyak brek ini lebih higroskopik berbanding DOT 4 dan perlu kerap diganti.

Apapun, pastikan baca buku manual dan maklumat sistem brek hidraulik dengan minyak brek, termasuk jenis yang direkomenkan pengeluar.

BACA >>> #ApaNakBuat: Mahu Prestasi Brek Cakera Motosikal Anda Kekal Optimum? Buat 3 Tip Ini!

BILA PERLU GANTI MINYAK BREK?

Anda perlu menukar minyak brek dan melihat komponen brek aftermarket pada kenderaan supaya dapat disesuaikan dengan jenis gred. Ini diperlukan supaya kenderaan anda dapat bekerja dengan cekap dan optimum serta tidak membahayakan keselamatan.

Kebanyakan minyak brek yang digunakan adalah berasaskan glikol dan menyerap air hingga lama-kelamaan operasi brek merosot, dan begitu juga titik didih.

Masalahnya, kita sendiri tidak tahu adakah dalam pemanduan biasa akan menyebabkan geseran yang menghasilkan panas lebih 140ºC (paras maksimum untuk DOT 3). Suhu panas, minyak brek mendidih, berlaku gelembung udara, sistem brek 'masuk angin' dan brek rasa tiada cengkaman adalah kombinasi masalah brek yang cukup bahaya.

Bagi kegunaan normal, alangkah baiknya anda menukar minyak brek setiap setahun atau dua tahun sekali.

BACA >>> #ApaNakBuat: Proses Bleeding Bantu Pulihkan Semula Prestasi Enjin Diesel

Related

15.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Apakah DOT, apanakbuat, autotainment, Bendalir Brek, brek, dot, DOT 3, DOT 4, DOT 5, DOT 5.1, minyak brek, sistem brek, tahukah anda, Tukar Minyak Brek, Tukar Pad Brek

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my