• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CEO Honda Tidak Minat Tubuh Pakatan Automotif, Yakin Potensi Hibrid Atasi EV

CEO Honda Tidak Minat Tubuh Pakatan Automotif, Yakin Potensi Hibrid Atasi EV

January 6, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

324
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUNIA semakin pantas berubah dan begitu juga lapangan automotif. Perubahan masa memerlukan perubahan taktik. Bagi memastikan kelancaran aliran pendapatan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Motor Co Ltd, Takahiro Hachigo perlu melakukan apa saja demi survival jenama itu.

Selain memerlukan sesebuah pengeluar menjalinkan perkongsian dengan rakan sekutu untuk memanfaatkan teknologi baharu, pada masa sama terpaksa melepaskan pegangan saham yang secara langsung akan melemahkan kebebasan. Hari ini, banyak pengeluar sudah saling bekerjasama dan membentuk pakatan automotid bagi memastikan kelangsungan jenama masing-masing.

Namun, Honda kekal mahu bersendirian dan enggan mengikuti rentak arus perdana, termasuk tidak mahu melepaskan kuasa veto dimiliki syarikat itu dalam membuat sesuatu keputusan. Takahiro ada alasan tersendiri mengenai masa depan Honda, termasuk perkembangan segmen kenderaan elektrik (EV).

BACA >>> Apakah Itu 'Honda Sensing' pada Honda CR-V (2017) - Power Sangat Ke?

ceo-honda-takahiro-hachigo-1
ceo-honda-takahiro-hachigo-2
HONDA MAHU 2/3 JUALAN GLOBAL DISUMBANGKAN MODEL EV MENJELANG 2030. APAKAH PELAN ANDA KERANA PERMINTAAN HIBRID DAN ELEKTRIK MASIH BELUM BERKEMBANG?

Saya percaya kenderaan hibrid akan memainkan peranan kritikal. Objektifnya bukan elektrik, tetapi meningkatkan kecekapan bahan bakar. Kami percaya kenderaan hibrid adalah cara untuk mematuhi syarat alam sekitar berbeza.

BAGAIMANAKAH DENGAN EV PENUH?

Adakah pelanggan betul-betul mahukan EV? Saya tak pasti kerana ada banyak masalah mengenai infrastruktur dan perkakasan. Saya tak percaya akan berlaku peningkatan dramatik bagi permintaan bateri kereta dan saya yakin situasi itu sama saja di seluruh dunia. Ada peraturan berbeza setiap negara yang kami perlu patuhi.

Sudah kewajipan kami melakukan R&D (kajian dan penyelidikan). Tapi saya tak percaya EV akan jadi arus perdana dalam masa terdekat.

APAKAH HONDA PEROLEH DARIPADA PELABURAN DALAM CRUISE, SEBAGAI FIRMA PEMACU AUTONOMI DI AS?

Kami ada pelaburan ekuiti kecil dalam firma Cruise. Asasnya, kami tak begitu aktif atau agresif dalam pengurusan perniagaan Cruise. Tiada pertukaran kakitangan.

Ada pembahagian pekerja membabitkan kedua-dua pihak. Cruise bertanggungjawab ke atas platform membabitkan casis, unit kuasa dan komponen mengenai stereng. Honda pula bertanggungjawab terhadap hal bukan platform, terdiri daripada dua bidang, rekabentuk dalaman dan luaran, dan kejuruteraan. Di kemudian hari, saya harap kami dapat belajar daripada usaha tersebut.

BACA >>> Apakah Itu Honda Sensing pada Honda CR-V (2017) - Power Sangat Ke?

46 All-New CR-V_Honda SENSING Road Departure Mitigation (RDM)
honda accord 2017
50 All-New CR-V_Honda SENSING Low Speed Follow (LSF)
BAGAIMANAKAH PELAN HALA TUJU HONDA DALAM MEMPERKENALKAN PEMANDUAN AUTONOMI?

Objektif utama Honda, mencapai pembuatan kereta tanpa kemalangan. Bagi mencapai objektif itu, kami perlu mengurangkan kesilapan manusia, mengurangkan keletihan pemandu dan menjadikan pemanduan lebih selesa.

Jadi, kami beri tumpuan kepada Honda Sensing dengan meningkatkan setiap elemen dalam teknologi keselamatan  itu. Kini, kami ada kepakaran yang mantap dalam sistem penukaran lorong automatik dan stereng bebas tangan.

Namun pada masa sama, anda juga perlu fikirkan tuntutan sosial dan undang-undang persekitaran. Sekarang masa untuk kami fikirkan bagaimanakah memperkenalkan teknologi tersebut ke pasaran. Kami melihat pada masa tepat dan model yang betul.

APAKAH PELAN HONDA UNTUK MEMPOSISIKAN HONDA SENSING TERSEBUT?

Rancangan kami, menyesuaikan Honda Sensing untuk model pasaran massa seperti Civic dan Accord. Daripada membuat persediaan yang memerlukan radar atau lidar mahal, kami mahu mengembangkan teknologi itu dalam julat harga berpatutan.

Apabila pemanduan autonomi sudah sampai hingga Tahap 3, anda perlukan sistem ADAS yang lebih mahal untuk merealisasikannya. Kami akan berhati-hati mengenal pasti model kenderaan yang sesuai dan optimum untuk teknologi berkenaan. Jadi, saya tiada garis masa atau pilihan kenderaan autonomi untuk Tahap 3.

BACA >>> Tentang Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control) yang Lebih Maju dan Cekap

INDUSTRI AUTOMOTIF JEPUN KINI BERGABUNG. BERAPA LAMAKAH HONDA MAHU KEKAL BEBAS?

Asasnya, kami tiada niat untuk ada gabungan modal. Sebabnya, pihak lain akan mempunyai suara dalam pengurusan Honda yang dalam beberapa situasi kami mungkin tidak dapat bergerak ke arah dimahukan. Bagaimanakah kami akan bertahan dalam persekitaran itu?

Contohnya, hubungan Honda dan GM, dengan kerjasama menang-menang dan bukan modal. Kami bekerjasama dalam susunan sel bahan bakar hidrogen, komponen kereta elektrik dan Cruise. Kami terbuka kepada jenis perkongsian seperti itu. Kami mahu modal bebas. Selagi dapat terus mengemukakan cadangan-cadangan baharu, saya percaya dengan saiz syarikat sekarang, kami boleh terus mempunyai perniagaan yang berdaya maju pada masa akan datang.

TAHUN INI, HONDA LANCAR ARKITEKTUR KENDERAAN GLOBAL BAHARU. APAKAH KELEBIHANNYA?

Dalam aspek pengeluaran,  pembangunan dan rakan kongsi, semua akan dapat manfaat. Konsepnya, membahagikan arkitektur kepada zon berbeza. Jadi jam berkerja dapat dikurangkan.

Kami berhasrat mengurangkan pembangunan jam-manusia sebanyak 30 peratus menjelang 2025. Jadi kami mampu memudahkan dan menghasilkan pengeluaran yang lebih cekap. Menjelang 2030, kami mahu mengurangkan kos kilang dalaman sebanyak 10 peratus.

BACA >>> Honda Civic Type R TC yang Dibikin untuk Perlumbaan Sahaja!

SUMBER: AutoNews

Related

324
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: apa itu honda sensing, Auto Terkini, CEO Honda, CEO Honda Motor Co Ltd, elektrik, Honda, Honda Malaysia, honda sensing, kereta elektrik, kereta hibrid, Roda4, Takahiro Hachigo, Wawancara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev