PT SUZUKI Indomobil Sales (SIS) memperkenalkan Baleno generasi ke-6 dengan penampilan luaran dan dalaman yang lebih premium dan moden.
Model hatchback subkompak itu hadir dengan slogan The Complete Hatchback (Hatchback Lengkap), memberikan gambaran tentang sebuah kereta yang mampu melengkapi gaya hidup urban dan keluarga muda masa kini
BACA >>> Toyota-Suzuki Tubuh Perikatan untuk Teroka Pasaran Baharu India, Afrika
Kemas kini luaran dapat dilihat pada penampilan lampu depan projektor LED, rim aloi digilap sporty hitam, rekaan dan warna gril sporty, rekaan bezel lampu kabus baharu, lampu kombi belakang LED, bampar belakang sporty, sensor parkir belakang 4-poin dan penghidup tanpa kunci (keyless).
Ruang kabin nampak lebih luas dengan fabrik dan warna kerusi baharu, panel instrumen moden, kapasiti but luas dan kerusi belakang boleh dilipat 60:40.
Trenkuasa dijana enjin 16 injap 4-silinder sebaris K14B 1,373cc DOHC berkuasa 91hp @ 6,000rpm dan tork 130Nm @ 4,200rpm. Hantaran kuasa lancar disalurkan transmisi manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan.
Baleno (2020) juga dilengkapi ciri kereta moden masa kini seperti punat tekan mula (push start/stop), stereng teleskopik/boleh condong, stereng kulit dengan butang kawalan audio dan sambungan Bluetooth, paparan multi-info (MID) menarik, dan unit infotainment skrin sentuh dengan kawalan penyaman udara auto-iklim, .
Antara ciri keselamatan dibekalkan ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), 2 beg udara SRS dan pautan kerusi keselamatan kanak-kanak ISOFIX serta platform generasi baharu, HEARTECT yang lebih rigid dan ringan.
Ada enam pilihan warna baharu ditawarkan, termasuk satu warna baharu, Metallic Magma Grey (kelabu), manakala warna lain ialah Solid Fire Red (merah), Prime Stargaze Blue (biru), Pearl Midnight Black (hitam), Metallic Premium Silver (perak) dan Pearl Artic White (putih).
Harga atas jalan Baleno ialah Rp233.5 juta (RM69,140) untuk automatik, dan Rp221 juta (RM65,440) untuk manual. Sejak kali pertama diperkenalkan di Indonesia pada 1996, lebih 51,000 unit Baleno sudah dijual.
BACA >>> Suzuki Swift Extreme Concept - Hatchback Standard Versi Crossover
GALERI
SUMBER: Suzuki.co.id
Leave a Reply