• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota-Suzuki Tubuh Perikatan untuk Teroka Pasaran Baharu India, Afrika

Toyota-Suzuki Tubuh Perikatan untuk Teroka Pasaran Baharu India, Afrika

August 30, 2019 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


DALAM tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini, hubungan sesama Toyota dan Suzuki dilihat harmoni apabila dua pengeluar itu saling bekerjasama. Ini boleh dilihat di India dan Afrika.

Khabar terkini mengatakan kedua-dua pengeluar automotif sedang berpakat mahu membentuk perikatan baharu yang akan menumpukan kepada pertumbuhan teknologi kereta autonomi. Ini bakal menyaksikan dua jenama saling berkongsi trenkuasa dan sistem sokongan lain.

Dalam kesepakatan membentuk perikatan khas, Toyota dan Suzuki juga saling membeli saham satu sama lain.

suzuki-motor-logo
toyota-logo

Toyota dilaporkan membeli 4.94 peratus saham Suzuki, bernilai 96 bilion yen (RM3.79 bilion), manakala Suzuki membeli 0.2 peratus saham Toyota dengan anggaran nilai 48 bilion yen (RM1.89 bilion) yang secara tidak langsung mengukuhkan perikatan sesama pemegang saham.

Dua pengeluar itu turut berkongsi objektif utama yang mahu dicapai daripada perikatan tersebut, iaitu mensasarkan pertumbuhan berterusan dalam menghadapi cabaran baharu industri automotif menerusi pembangunan dan memperhalusi hubungan kerjasaam bidang baharu seperti kenderaan autonomi.

BACA >>> Renault Tidak Minat Lagi Masuk Pasaran Amerika, Lebih Teruja dengan China, Rusia
BACA >>> Mitsubishi Pindah Ibu Pejabat di Amerika, Kini Lebih Dekat dengan Nissan

BERKONGSI TEKNOLOGI BANGUNKAN KERETA ELEKTRIK

Berdasarkan maklumat awal 2019, Suzuki akan mendapat peluang menggunakan teknologi enjin elektrik Toyota, dan sebagai balasan, Toyota diberikan akses kepada enjin Suzuki untuk mengembangkan model kompak jenama itu.

Antara produk diperkenalkan Toyota ialah Glanza, iaitu model rebadge daripada hatchback Suzuki Baleno. Pada masa depan, Suzuki akan melakukan rebadge Toyota RAV4 dan Toyota Corolla Wagon yang akan dipasarkan di Eropah.

Toyota juga akan terbabit dalam pengeluaran produk Suzuki di Poland. Kerjasama Suzuki-Toyota sendiri makin meluas menerusi jaringan kerjasama dibangunkan Toyota. Seperti diketahui, Toyota adalah syarikat induk yang memiliki subsidiari seperti Daihatsu dan Hino, termasuk memegang 16 peratus saham Subaru dan 5 peratus saham Mazda.

BACA >>> Toyota Buka Kilang di Myanmar Walaupun Pasaran Kecil, Signal untuk Pengeluar Lain?

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Perikatan Nissan-Renault-Mitsubishi, Perikatan Suzuki-Toyota, Suzuki, Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
    Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
  • Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
    Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my