• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Pindah Ibu Pejabat di Amerika, Kini Lebih Dekat dengan Nissan

Mitsubishi Pindah Ibu Pejabat di Amerika, Kini Lebih Dekat dengan Nissan

July 3, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors North America (MMNA)
memutuskan memindahkan ibu pejabat di Cypress, California ke Franklin, Tennessee, Amerika Syarikat (AS) yang kini terletak berdekatan ibu pejabat Nissan.

MMNA beroperasi di dua lokasi di California sejak 1988. Kerja-kerja pemindahan akan bermula Ogos ini dan dijangka selesai sebelum penghujung 2019.

Pemindahan operasi ialah sebahagian perancangan berterusan untuk mengubah aspek perjalanan Mitsubishi Motors di AS selain menambah baik fokus terhadap perkembangan masa depan dan inovasi syarikat itu.

BACA >>> #PanduUji: Mitsubishi Outlander 2.4L 4WD (2019) CKD dengan Ciri Dipertingkat

Dalam skala lebih spesifik, ia berkait rapat dengan pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi yang mahu membawa rakan sekutu lebih dekat dalam bidang utama seperti perolehan, pembangunan dan kecekapan kos. Semua itu dapat dicapai sekiranya dua syarikat sekutu berada berhampiran.

SEMAKIN BERKEMBANG BAIK

nissan_logo_1
Mitsubishi-Logo-2

Operasi MMNA kini semakin baik apabila mencatatkan peningkatan jualan untuk enam tahun berturut-turut dengan lebih 100,000 unit jualan sepanjang dua tahun kebelakangan ini. Mitsubishi juga mengekalkan status sebagai jenama Asia paling pantas berkembang buat tahun kedua.

Barisan kepimpinan MMNA terdiri daripada 80 peratus muka baharu atau baru dilantik ke jawatan tertentu. MMNA turut menambah 34 pengedar baharu seluruh AS dan empat pejabat serantau (berbanding dua sebelum ini).

Mitsubishi juga menjadi jenama yang menunjukkan peningkatan ketara dalam Indeks Kepuasan Pelanggan, JD Power and Associates' 2018.

BACA >>> Mitsubishi Tamatkan Pajero di Jepun, Perkenalkan Model Selamat Tinggal, Final Edition

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mitsubishi, Mitsubishi Motors, Mitsubishi Motors Corporation (MMC), Mitsubishi Motors North America, MMNA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my