MUNGKIN ada kalangan penunggang pernah mengalami masalah fork bocor sambil tertanya-tanya, apakah punca kerosakan itu? Apakah yang kita sudah buat hingga menyebabkan komponen suspensi depan itu rosak?
Berikut penjelasan yang perlu anda fikir dan pertimbangkan.
BACA >>> #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar ke Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
KENAPA FORK BOLEH BOCOR?
Fork boleh bocor disebabkan ada kotoran yang melekat pada komponen tersebut. Ditambah pula apabila menunggang pada musim hujan, sudah tentu ada beberapa kawasan jalan yang memerlukan kita meredah lopak air, banjir dan air bertakung.
Percikan air pada fork boleh menyebabkan kebocoran atau kerosakan pada komponen itu kerana air tersebut bukan hanya air kosong, tetapi mengandungi bendasing lain seperti minyak, pasir, debu, habus atau batu halus. Jadi, semua elemen bendasing itu boleh diibaratkan sebagai pisau yang akan mencalarkan dan mengoyakkan kedap (seal) fork.
BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Periksa Absorber Motosikal, Masih OK Atau KO?
APAKAH SIMPTOM FORK ROSAK?
Antara simptom dapat dilihat adalah kesan lelehan minyak pada bahagian kedap fork. Jika tidak segera diatasi, ia boleh jadi semakin buruk kerana minyak yang bocor itu memudahkan lebih banyak kotoran melekat.
Ini akan menyebabkan kedap koyak dan bocor, dan kalau dibiarkan berlarutan lama membuatkan fork rosak sepenuhnya walaupun kedap diganti baharu. Padahnya, terpaksalah ganti fork baharu.
BACA >>> #ApaNakBuat: 2 Cara Mudah Periksa Absorber Belakang, Perlu Ganti Baharu atau Tidak?
BAGAIMANAKAH MENCEGAH FORK BOCOR?
Mudah saja sebenarnya. Caranya, selepas meredah hujan, sila jangan simpan terus motosikal anda. Tetapi siram, jirus atau cucilah motosikal anda, termasuk bahagian fork, dan pastikan tiada kotoran melekat. Inilah cara meminimumkan risiko fork bocor.
Selain itu, pastikan motosikal anda disenggara mengikut jadual supaya apa saja kerosakan dapat dikesan awal. Ini kerana fork juga boleh bocor kerana kedap sudah haus atas faktor usia motosikal yang lama digunakan atau selalu terdedah kepada persekitaran. Baiki segera sebelum parah!
SUMBER: Suzuki.co.id
Leave a Reply