• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Perlu Rajin Periksa Paras Minyak Enjin Kereta, Motor?

#TahukahAnda: Kenapa Perlu Rajin Periksa Paras Minyak Enjin Kereta, Motor?

December 16, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBAGAI pemilik kenderaan, anda sepatutnya ada pengetahuan asas mengenai minyak enjin (juga dipanggil minyak hitam).

Antaranya, anda perlu tahu membezakan kelikatan dan mengukur paras minyak dalam enjin. Anda juga digalakkan memeriksa minyak enjin secara berkala dan bukan hanya ketika hendak memandu jarak jauh seperti balik kampung atau pergi bercuti.

Pemeriksaan berkala boleh membantu kita mengesan situasi minyak enjin berkurangan mendadak yang mungkin disebabkan kebocoran enjin. Apabila ini berlaku, kenderaan anda itu, tidak kira motosikal atau kereta, mungkin rasa lebih ringan, tetapi sebenarnya berisiko memudaratkan komponen enjin.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Risiko Jika Sengaja Lambatkan Tukar Minyak Enjin Motor?

GELANG PISTON ROSAK, HAUS

ekzos-asap-putih
piston-ring-gelang-piston-rosak-haus

Jika itu berlaku, anda perlu segera mengenal pasti punca kebocoran itu yang mana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan anda menanggung kos baik pulih lebih tinggi.

Minyak enjin boleh berkurangan, atau menyusut disebabkan beberapa perkara, seperti kerosakan atau kehausan gelang piston (piston ring) (lihat foto atas).

Salah satu fungsi gelang piston adalah mengekalkan nisbah mampatan enjin selain mengawal input minyak dalam kebuk pembakaran. Gelang piston yang lemah akan menyebabkan minyak enjin mengalir masuk ke dalam kebuk pembakaran, sekali gus minyak enjin boleh hilang atau susut lebih pantas.

Antara tanda minyak enjin sudah memasuki kebuk pembakaran adalah ekzos mengeluarkan asap putih.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tanda Minyak Enjin Kereta Anda Kena Tukar Cepat!

BAGAIMANAKAH MENGESAN MINYAK ENJIN MASUK KEBUK PEMBAKARAN?

periksa minyak enjin (6)
minyak-enjin-bocor

Selain itu,kedap minyak (oil seal) atau gasket bocor juga boleh menyebabkan kehilangan minyak enjin. Kadar kehilangan minyak membabitkan dua perantara itu bergantung kepada tahap kerosakan. Jika kebocoran kedap minyak teruk, minyak enjin akan berkurangan lebih cepat.

Jadi, sila periksa minyak enjin kenderaan anda walaupun kereta atau motosikal anda itu masih baharu atau selalu diservis. Ini kerana kerosakan seperti sebegitu sukar dijangka. Jika masih was-was atau gagal mengesan ke mana hilang minyak enjin, segeralah hantar kenderaan anda ke pusat servis bertauliah, atau bengkel dipercayai.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Tukar Minyak Enjin Mineral ke Sintetik, atau Sebaliknya?

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Gelang Piston, minyak enjin, minyak hitam, Periksa Minyak Enjin, Piston Ring, tahukah anda, Tip Penyenggaraan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev