MALAYSIA Airlines Bhd (MAS) menawarkan potongan hingga 30 peratus untuk tambang Kelas Ekonomi, dan sehingga 35 peratus untuk Kelas Perniagaan bagi semua destinasi bermula 5-18 November ini sempena promosi Jualan Akhir Tahun (YES).
Dalam kenyataan semalam, syarikat penerbangan itu berkata promosi tersebut sah untuk perjalanan 5 November 2019 - 30 September 2020.
BACA >>> Syarikat AS Buka Tempahan Speeder, Motor Terbang Ala Pesawat Star Wars
Kempen itu menawarkan tambang Kelas Ekonomi pergi-balik serendah:
- RM661 (Bali)
- RM1,299 (Seoul)
- RM1,569 (Tokyo)
- RM1,699 (Sydney)
- RM2,999 (London)
* Dari lokasi pelepasan di Kuala Lumpur
Pembeli tambang Kelas Ekonomi sehala ke destinasi tempatan pula ditawarkan tambang serendah:
- RM89 (Pulau Pinang)
- RM129 (Kuching)
- RM179 (Kota Kinabalu)
* Dari lokasi pelepasan di Kuala Lumpur
Menurut MAS, promosi itu terpakai untuk semua kategori tambang Kelas Ekonomi: Basic, Smart dan Flex, perjalanan antarabangsa dan Economy Lite untuk perjalanan tempatan sahaja. Semua kategori tambang Kelas Ekonomi turut ditawarkan hidangan ringan dan hiburan dalam penerbangan secara percuma.
SEMPENA KEMPEN FLY MALAYSIA UNTUK TAHUN MELAWAT MALAYSIA
Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan, Lau Yin May berkata, promosi jualan akhir tahun itu dibuat sempena kempen Fly Malaysia dalam usaha menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.
“Cara terbaik menikmati keindahan Malaysia, adalah terbang bersama MAS, jadi tempahlah sekarang dan nikmati hospitaliti Malaysia pada harga terbaik,” katanya.
Beliau berkata, tambang itu turut ditawarkan bersama hidangan ringan percuma dan elaun bagasi daftar masuk (kecuali Economy Lite) tanpa caj tersembunyi bagi pembelian secara atas talian.
DISKAUN HINGGA 50% UNTUK TAMBANG+HOTEL
Sepanjang tempoh kempen berkenaan, Malaysia Airlines Holidays (MHholidays) secara eksklusif juga menawarkan potongan hingga 50 peratus untuk pakej penerbangan dan hotel untuk semua penerbangan di bawah MAS.
MAS juga menawarkan pelbagai perkhidmatan nilai tambah kepada pelanggan seperti diskaun 22 peratus ke atas MHinsure dengan memasukkan kod promosi MHINSURE22 di pautan https://mas-mawl.poweredbycovermore.com/, pakej nilai untuk tambahan berat bagasi 10kg, tempat duduk standard dan pakej premium dengan akses ke Golden Lounge Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selain tempat duduk dengan ruang kaki lebih luas.
Potongan 11 peratus juga diberikan bagi perkhidmatan pengangkutan dari lapangan terbang ke tempat penginapan dengan memasukkan kod promosi MHYEARENDSALE di https://malaysiaairlines.conxxe.com/en/.
BACA >>> Syarikat Belanda Lancar Kereta Terbang Komersial Pertama, Mula Beroperasi Tahun Depan
SUMBER: Bernama
Amirul says
kencing jaa..check la