• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MAS Lancar Kempen Tambang Murah Hingga 35 Peratus!

MAS Lancar Kempen Tambang Murah Hingga 35 Peratus!

November 5, 2019 By AO 1 Comment

FacebookTwitter


MALAYSIA Airlines Bhd (MAS) menawarkan potongan hingga 30 peratus untuk tambang Kelas Ekonomi, dan sehingga 35 peratus untuk Kelas Perniagaan bagi semua destinasi bermula 5-18 November ini sempena promosi Jualan Akhir Tahun (YES).

Dalam kenyataan semalam, syarikat penerbangan itu berkata promosi tersebut sah untuk perjalanan 5 November 2019 - 30 September 2020.

BACA >>> Syarikat AS Buka Tempahan Speeder, Motor Terbang Ala Pesawat Star Wars

Kempen itu menawarkan tambang Kelas Ekonomi pergi-balik  serendah:

  • RM661 (Bali)
  • RM1,299 (Seoul)
  • RM1,569 (Tokyo)
  • RM1,699 (Sydney)
  • RM2,999 (London)

* Dari lokasi pelepasan di Kuala Lumpur

Pembeli tambang Kelas Ekonomi sehala ke destinasi tempatan pula ditawarkan tambang serendah:

  • RM89 (Pulau Pinang)
  • RM129 (Kuching)
  • RM179 (Kota Kinabalu)

* Dari lokasi pelepasan di Kuala Lumpur

Menurut MAS, promosi itu terpakai untuk semua kategori tambang Kelas Ekonomi: Basic, Smart dan Flex, perjalanan antarabangsa dan Economy Lite untuk perjalanan tempatan sahaja. Semua kategori tambang Kelas Ekonomi turut ditawarkan hidangan ringan dan hiburan dalam penerbangan secara percuma.

SEMPENA KEMPEN FLY MALAYSIA UNTUK TAHUN MELAWAT MALAYSIA

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan, Lau Yin May berkata, promosi jualan akhir tahun itu dibuat sempena kempen Fly Malaysia dalam usaha menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Cara terbaik menikmati keindahan Malaysia, adalah terbang bersama MAS, jadi tempahlah sekarang dan nikmati hospitaliti Malaysia pada harga terbaik,” katanya.

Beliau berkata, tambang itu turut ditawarkan bersama hidangan ringan percuma dan elaun bagasi daftar masuk (kecuali Economy Lite) tanpa caj tersembunyi bagi pembelian secara atas talian.

DISKAUN HINGGA 50% UNTUK TAMBANG+HOTEL

Sepanjang tempoh kempen berkenaan, Malaysia Airlines Holidays (MHholidays) secara eksklusif juga menawarkan potongan hingga 50 peratus untuk pakej penerbangan dan hotel untuk semua penerbangan di bawah MAS.

MAS juga menawarkan pelbagai perkhidmatan nilai tambah kepada pelanggan seperti diskaun 22 peratus ke atas MHinsure dengan memasukkan kod promosi MHINSURE22 di pautan https://mas-mawl.poweredbycovermore.com/, pakej nilai untuk tambahan berat bagasi 10kg, tempat duduk standard dan pakej premium dengan akses ke Golden Lounge Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selain tempat duduk dengan ruang kaki lebih luas.

Potongan 11 peratus juga diberikan bagi perkhidmatan pengangkutan dari lapangan terbang ke tempat penginapan dengan memasukkan kod promosi MHYEARENDSALE di https://malaysiaairlines.conxxe.com/en/.

BACA >>> Syarikat Belanda Lancar Kereta Terbang Komersial Pertama, Mula Beroperasi Tahun Depan

SUMBER: Bernama

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Fly Malaysia, Kapal Terbang, Lau Yin May, Malaysia Airlines, Malaysia Airlines (MAS), Malaysia Airlines Bhd, MAS, Pesawat Penerbangan, Promosi Akhir Tahun MAS, Tahun Melawat Malaysia 2020

Comments

  1. Amirul says

    November 5, 2019 at 1:50 PM

    kencing jaa..check la

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my