• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mahindra Mahu Miliki 100 Peratus Saham Peugeot Motocycles

Mahindra Mahu Miliki 100 Peratus Saham Peugeot Motocycles

October 29, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAHINDRA Two Wheelers Europe (MTWE)
, yang juga subsidiari kepada Mahindra & Mahindra Ltd (M&M Ltd), mengumumkan hasrat mahu membeli baki saham Peugeot Motocycles (PMTC) daripada PSA Group pada 25 Oktober lalu.

Ini bukan pembelian baharu kerana MTWE sudah pun memiliki 51 peratus pegangan saham dalam Peugeot Motocycles daripada PSA pada Januari 2015. Kini subsidiari dua roda itu mensasarkan mahu mengembangkan lagi perniagaan syarikat itu.

Pembelian terbaharu itu mengesahkan komitmen Mahindra Group terhadap masa depan Peugeot Motocycles yang berpangkalan di Perancis.

BACA >>> Mahindra-Ford Umum Perjanjian Usahasama Strategik

mahindra-logo
peugeot-motorcycles-logo-2

Peugeot Motocycles bukan syarikat baharu kerana sudah ditubuhkan sejak 1898 yang turut mengeluarkan model pertama pada tahun sama. Model jenama itu turut melibatkan pelbagai versi motosikal tiga roda, cuma pasaran lebih menumpukan negara terpilih sahaja. Paling hampir dipasarkan di pasaran Asean ialah negara jiran, Indonesia.

Antara portfolio Peugeot Motocycles ialah Django, Metropolis, Kissbee dan sebagainya. Sejak bersama MTWE, kedua-dua syarikat itu sudah bekerjasama dalam menyusun semula dan membangunkan pelan 'Performance 2020’ yang diperkenalkan pada Julai 2018.

BACA >>> #Spyhot: Kelibat Mahindra XUV300 Ditemui Sedang Jalani Penggambaran Iklan

MAHU LANCAR 7 MODEL BAHARU

Peugeot Django
Peugeot Metropolis
Peugeot Kisbee

Pelan tersebut melibatkan pengukuhan operasi syarikat dalam usaha mengembangkan masa depan syarikat di pasaran utama seperti G7 (Eropah) dan meluaskan pasaran termasuk negara Asia terpilih.

Antara perancangan terperinci ialah pelaburan untuk pelancaran tujuh model baharu antara 2019 dan 2021. Kehadiran di Eropah akan dikukuhkan dengan mengekalkan Perancis sebagai pasaran utama dan Mandeure, timur Perancis sebagai ibu pejabat Peugeot Motocycles.

Jenama Peugeot pula akan terus digunakan di bawah Perjanjian Perlesenan Perdagangan antara Peugeot Motocycles dan Peugeot. Bahagian rekabentuk Peugeot akan memberikan bantuan rekabentuk dan pembangunan produk menerusi kerjasama rapat antara pengurusan Peugeot Motocycles dan Mahindra Group.

BACA >>> Peugeot Django Independence Tawar 17 Pilihan Warna Sempena Bulan Merdeka Indonesia

Related

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mahindra, Mahindra Group, Mahindra Two Wheelers Europe, MTWE, Peugeot, Peugeot Motocycles, PSA Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev