• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #Spyhot: Kelibat Mahindra XUV300 Ditemui Sedang Jalani Penggambaran Iklan

#Spyhot: Kelibat Mahindra XUV300 Ditemui Sedang Jalani Penggambaran Iklan

December 24, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBELUM rasmi dilancarkan ke pasaran, kelibat Mahindra XUV300 bocor di alam maya tanpa sebarang penyamaran menerusi laman Instagram pemandu rali legenda India, Gaurav Gill. Gambar itu diambil ketika penggambaran iklan kereta berkenaan. Model kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak itu bakal bersaing dengan Maruti Vitara Brezza dan Ford EcoSport.

BACA >>> Mahindra Dedah Enjin Jawa Baharu - Silinder Tunggal 300cc dengan Ekzos Kembar

Penampilan XUV300 diilhamkan daripada rekabentuk Cheetah dan dilengkapkan teknologi terkini berbanding Mahindra TUV300. Dibina atas platform  X100 SsangYong Tivoli, bahagian depan SUV itu menampilkan  lampu projektor dan dua lampu siang (DRL) LED rekaan unik.

Lubang radiator kecil dengan kemasan krom digabungkan gril 6-slot dan intake udara besar renda yang disematkan dengan panel horizontal berkrom. Bahagian sisi SUV kecil itu diserlahkan menerusi rim aloi 17-inci dan pilar belakang hitam. Bahagian belakang juga menggunakan lampu LED penuh yang mirip Mahindra Alturas G4.

Kabin dihiasi padanan dua warna mirip SsangYong Tivoli. Trenkuasa XUV300 ditawarkan dalam dua pilihan enjin: 1.2L turbo petrol dan 1.5L turbo diesel. Kedua-dua enjin dipadankan transmisi manual 6-kelajuan. Pilihan AMT khabarnya akan ditawarkan beberapa bulan akan datang.

BACA >>> SsangYong Rexton Baharu Rentas Laluan Sutera, dari Korea Selatan ke Jerman!

Mahindra bakal melancarkan XUV300 di pasaran India pada Februari 2019 sebelum menjengah pasaran Afrika Selatan.

SUMBER: IndianAutosBlog

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Gaurav Gill, Mahindra, Mahindra Alturas G4, Mahindra Auto, Mahindra XUV300, Roda4, SsangYong Tivoli, SUV, SUV kompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my