• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Dedah Lakaran Acah Golf Mk8 (2020), Debut 24 Oktober Ini!

Volkswagen Dedah Lakaran Acah Golf Mk8 (2020), Debut 24 Oktober Ini!

October 14, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


TINGGAL 10 hari saja lagi sebelum kita dapa lihat rupa sebenar Volkswagen Golf Mk8 (2020) yang dijadualkan debut pada 24 Oktober nanti.

Sebelum ini, imej hot-hatch Volkswagen popular itu sudah bocor di media sosial yang dirakamkan sedang menjalani iklan komersial di Sepanyol, Ogos lalu.

BACA >>> #Spyshot: Bocor Gambar Penuh Volkswagen Golf 8 (2020) Jalani Rakaman Komersial

Golf (2020) menampilkan perubahan rekabentuk luaran signifikan dengan profil lebih rendah bersama lampu utama tirus. Rekabentuk model generasi kelapan itu juga lebih tajam yang dipadankan dua ambilan udara.

Rekabentuk belakang Golf (2020) menampilkan lampu bentuk L, diambil daripada model Tiguan. Keseluruhannya, perubahan itu menjadikan hatchback segmen-C ini lebih sporty dan agresif berbanding generasi terdahulu. Khabarnya ia akan diperkenalkan dalam versi 5-pintu sahaja.

Mengenai rekabentuk dalaman, seperti kita tahu, Volkswagen biasanya akan mengetengahkan rekaan ringkas dan minimalis. Tentunya kabin kini lebih lapang menerusi saiz dimensi dipertingkat. Tidak ketinggalan, Golf (2020) akan menerima sistem infotainment daripada famili MIB3 dengan sambungan Internet dan paparan dongak (HUD).

Dibina atas platform MQB, Golf (2020) didatangkan dengan empat varian enjin:

  • 3-silinder 1.0L petrol
  • 4-silinder 1.5L TSI petrol
  • 1.5L TDI diesel (enjin baharu)
  • 2.0L TDI diesel (enjin baharu)

BACA>>>Volkswagen Golf 8 Akan Debut Penghujung 2019, Perlu Selesaikan Dulu Isu Hibrid
BACA>>>Tentang Volkswagen Golf: 45 Tahun daripada Mk1 hingga Mk7, dan 35 Juta Jualan

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Foto Acah, Lakaran Acah, Roda4, teaser, Volkswagen, Volkswagen Golf 8, Volkswagen Golf Mk8, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my