• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Perkenal Model Konsep Retro Moden, Waku SPO dan Hanare

Suzuki Perkenal Model Konsep Retro Moden, Waku SPO dan Hanare

October 3, 2019 By Han Othman Leave a Comment

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI mendedahkan dua model konsep gaya retro yang akan ditayangkan di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, hujung bulan ini. Kebetulan, pengeluar automotif dari Jepun itu bakal meraikan ulang tahun ke-100, tahun depan.

Justeru acara tahunan di laman sendiri itu nanti akan digunakan Suzuki sebaiknya untuk mempersembahkan produk-produk masa depan jenama pengeluar itu.

BACA >>> Model 'Oldskool' Jadi Ilham, Kereta Konsep Daihatsu Imbau Rekabentuk Retro

Kereta konsep pertama ialah model coupe 2-pintu hibrid plug-in, dipanggil Waku SPO dengan rekabentuk diilhamkan daripada Suzuki Fronte (1967) yang berkongsi konsep hidung panjang, belakang kontot dan bingkai cermin tingkap belakang (glasshouse)

Juga ada gril radiator Fronte digayakan semula dan sepasang kamera pandang belakang yang dipasangkan pada posisi sama seperti cermin sisi atas bonet Fronte.

Menurut Suzuki, konsep Waku SPO direka untuk menawarkan kegembiraan dan keterujaan merentasi generasi untuk keggunaan harian dan keseronokan. Memandangkan ia dalam kategori segmen-A, jadi ia boleh dibuatkan perbandingan dimensi dengan Honda e.

BACA >>> Maruti Suzuki S-Presso Lancar di India, SUV Keicar Bawah RM30k

Model konsep kedua ialah 'bilik bergerak autonomi', dipanggil Hanare (diterjemahkan sebagai kotej terpisah dalam Jepun). Ia juga mengambil ilham rekabentuk daripada model terdahulu, iaitu trak keicar, Suzuki Carry generasi keempat (1969-1972).

Carry direka pereka legenda dari Itali, Giorgetto Giugiaro, dan model interpretasi moden ini berkongsi gaya kereta yang sama, gril radiator hitam dan garis pinggang tajam. Menurut Suzuki, sama seperti Waku SPO, model Hanare juga direka untuk kegembiraan dan keterujaan pemanduan.

Hanare mungkin memerlukan masa untuk direalisasikan kerana van ini perlu melepasi pelbagai ujian autonomi sebelum dibenarkan didaftarkan. Bagaimanapun, bagi model konsep seperti Waku SPO, pasaran untuk kereta dengan rekabentuk begini memang ada dan cukup dinanti-nantikan.

BACA >>> UK Buka Tempahan Honda e, Harga Bermula £26k (RM135k)

SUMBER: AutoExpress

Related

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Giorgetto Giugiaro, Pameran Auto, Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, Roda4, Suzuki Carry, Suzuki Forte, Suzuki Hanare, Suzuki Waku SPO, Tokyo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev