Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Model ‘Oldskool’ Jadi Ilham, Kereta Konsep Daihatsu Imbau Rekabentuk Retro
Roda4

Model ‘Oldskool’ Jadi Ilham, Kereta Konsep Daihatsu Imbau Rekabentuk Retro

Han OthmanBy Han Othman11/10/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DAIHATSU menjadi pengeluar automotif Jepun terbaharu mendedahkan barisan kereta yang bakal ditayangkan sempena Pameran Motor Tokyo 2017 pada hujung bulan ini. Dimulakan DN Compagno berenjin 1.0L pengecas turbo dengan mengambil semangat model Daihatsu 1960-an yang ketika itu mendapat sentuhan rekaan firma rekabentuk dari Itali, Vignale.

Konsep baharu itu menampilkan bentuk pelik sebuah kereta coupe empat pintu dengan trim metalik cerah dari sil sisi hingga ke rel bumbung yang mengadunkan elemen moden dan klasik. Ruang kabin menumpukan kepada penumpang depan, tetapi kerusi belakang juga ada pintu sendiri yang disorokkan di frem tingkap.

ILHAM RETRO

DN Pro Cargo pula diilhamkan daripada model Midget 1957 yang dibina dalam bentuk van komersil kompak. Dengan penampilan seperti kenderaan dalam file Pixar, model konsep itu dipasangkan tayar bersaiz comel dan disertakan pemijak kaki di bahagian pintu but. Tinggi kabin dikatakan cukup untuk orang dewasa bersaiz 5 kaki 3 inci berdiri, iaitu purata ketinggian wanita Jepun.

Bersama DN Compagno dan DN Pro Cargo, Daihatsu turut menyegarkan semula model konsep lain sempena pameran kali ini, seperti DN U-Space dan DN Multisix. Pengunjung juga berkesempatan menyaksikan contoh model pengeluaran Daihatsu seperti Copen, Hijet, Boon, Move dan Tanto. 

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Daihatsu Daihatsu DN Compagno Daihatsu DN Multisix Daihatsu DN Pro Cargo Daihatsu DN U-Space Jepun Kereta kompak kereta konsep Pameran Motor Tokyo 2017 Roda4 Vignale
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Pandu uji Kia Carnival 2026 ke Janda Baik
Pandu Uji

#PanduUji: Kia Carnival 2026 yang Selesa dan Praktikal, Tapi Belum ‘Premium’ Penuh?

20/04/2026
Lepas L6 2026 Euro
Elektrifikasi

Lepas L6 Masuk UK, Bila Giliran Malaysia?

20/04/2026
Syarat MITI ke atas BYD | DS Johari Abdul Ghani
Auto Terkini

Syarat MITI Terlalu Ketat, Pelaburan BYD di Perak Bakal Terjejas?

20/04/2026
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Kenderaan Elektrik (EV)

Honda Insight 2026 Lancar di Jepun, Jarak Sehingga 535km, Harga RM137k

17/04/2026

1 Comment

  1. lim lee chin on 26/12/2017 11:44

    daihatsu dn-u-space and dn-pro-cargo want to know the price in rm

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.