• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan GT-R 50th Anniversary - Sempena Ulangtahun Separuh Abad yang Kekal Relevan

Nissan GT-R 50th Anniversary - Sempena Ulangtahun Separuh Abad yang Kekal Relevan

September 4, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN ini, 2019, ialah tahun ke-12 Nissan GT-R di pasaran sejak kali pertama dilancarkan di Jepun pada Disember 2007 dan dianggap pencapaian membanggakan. Malah peminat supercar itu seakan memberi restu kepada Nissan untuk mengekalkan model itu di pasaran.

Malah, Nissan sendiri tidak memberikan sebarang petanda GT-R akan dihentikan pengeluaran. Paling terbaharu, pengeluar itu memperkenalkan GT-R (2020) untuk pasaran Britain, sekali gus memberi isyarat yang model tersebut akan terus kekal di pasaran.

Lebih mengujakan, Nissan turut menyambut ulangtahun semua siri GT-R yang ke-50, dan sempena meraikan tempoh penting tersebut, GTR (2020) dikemas kini dengan memperbaharui bahagian mekanikal seperti unit turbo, manifold, tetapan suspensi, brek dan warna baharu.

BACA >>> Nissan Skyline GT-R V.Spec II Nür (2002) yang Masih Berbau Kedai Ini Bakal Dilelong!

ENJIN DIPERBAHARUI, LEBIH RESPON

Trenkuasa turbo kembar pada enjin 3.8L V6 digantikan dengan set baharu bagi meningkatkan respon enjin pada rev rendah, hasil daripada kedap lelas (abradable seal) untuk kelegaan lebih ketat (tighter clearances) dan 5 peratus lebih cekap.

Manifold ekzos diperbaharui dengan mengambil ilham rekabentuk teknologi lumba menerusi skru bebibir (flange exhaust) yang dioptimumkan supaya senang disenggara tanpa perlu menyentuh manifold ekzos tersebut. Peredam bunyi titanium juga baharu dengan muncung ekzos warna hangus kebiruan.

Suspensi kawalan elektrik ditala semula supaya lebih stabil ketika membelok dan menjadikan pemanduan lebih lancar. Stereng juga lebih linear dan tajam, serta hanya memerlukan tetapan pembetulan minimum pada kelajuan hingga 300kmj.

Nissan turut menggunakan pendesak (booster) brek baharu bagi meningkatkan respon awal brek dengan mengurangkan injakan pedal dan kuasa henti, termasuk memberikan pengalaman membrek lebih baik.

BACA >>> Nissan Skyline (2020) - Kini Tampil Sebagai Sedan Eksekutif dengan DNA GT-R

WARNA KLASIK KINI KEMBALI

Satu lagi ciri penting yang membangkitkan nostalgia ialah warna Bayside Blue yang kali terakhir digunakan pada R34 GT-R. Warna itu kini kembali pada model 2020. Istilah popular digunakan ialah biru Skyline yang cukup popular dan digemari ramai hingga turut digunakan pemilik kereta jenama lain.

Bagi mendapatkan warna seperti itu, ia perlu menjalani proses rawatan pemanasan berganda dengan empat lapisan warna untuk biru terang (vivid blue) dengan efek menyerlah dan bayang gelap. Perkara lain diperbaharui adalah rim aloi 20 rongga bersaiz 20 inci.

BACA >>> Nissan GT-R50 Italdesign Kini Sedia Ditempah, Cuma 50 Unit - RM4.73 Juta Sahaja!

Bahagian dalaman turut disentuh dengan upholsteri kulit kelabu bagi menggantikan pilihan warna putih ivory. Skema warna baharu tersebut akan menyertai pilihan warna sedia ada seperti hitam, perang dan merah untuk GT-R varian Prestige.

Pelanggan Britain kini sudah boleh memesan GT-R (2020) idaman, yang mana proses penghantaran pertama akan bermula November nanti. Harga bermula £83,995 (RM429,470) untuk varian V6 Pure 570, hingga £99,995 (RM511,280) untuk varian V6 Track Edition 570.

Kepada pelanggan yang mahukan versi lebih berkuasa, Nissan menawarkan GT-R V6 NISMO 600 pada harga sekali ganda tinggi, £174,995 (RM894,760).

Bagi edisi khas GT-R 50th Anniversary pula, cuma 50 unit dihasilkan untuk pasaran Eropah, dan 18 unit daripadanya untuk pembeli Britain yang dijual pada harga £92,995 (RM477,390).

BACA >>> Nissan Navara (2019) Eropah Kini Cuma Ada Enjin 2.3L Twin Turbo, Tetapi Berkuasa!

GALERI

Related

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Nissan, Nissan GT-R, Nissan GT-R 2020, Nissan UK, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev