• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan GT-R50 Italdesign Kini Sedia Ditempah, Cuma 50 Unit - RM4.73 Juta Sahaja!

Nissan GT-R50 Italdesign Kini Sedia Ditempah, Cuma 50 Unit - RM4.73 Juta Sahaja!

December 9, 2018 By Azhan O Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN mengesahkan model GT-R50 Italdesign dengan rupa serba radikal kini sudah pun memasuki barisan pengeluaran dan dikeluarkan terhad, iaitu 50 unit sahaja tidak lama lagi.

Nissan memperkenalkan R35 GT-R pada musim panas lalu menjelang debut umum di Goodwood Festival of Speed 2018. Menurut pengeluar automotif dari Jepun itu, model edisi khas tersebut dihasilkan secara buatan tangan dengan mendapat sentuhan rekabentuk dan kejuruteraan Italdesign di ibu pejabat syarikat itu di Turin, Itali.

BACA >>> Nissan GT-R50 Italdesign Tampil Mengancam di Goodwood, Rai Ulang Tahun ke-50

Ketua divisyen kereta sport, Bob Laishley dalam satu kenyataan mengakui terkejut dengan maklum balas peminat Nissan seluruh dunia, dan pelanggan berpotensi GT-R50 yang jauh mengatasi jangkaan Nissan.

"50 unit model ini, yang meraikan 50 tahun GT-R dan juga Italdesign, akan menjadi tribut kepada kepimpinan kejuruteraan dan warisan kereta sport Nissan yang kaya untuk jangka masa lama," katanya lagi.

LEBIH BERKUASA


GTR-50 Italdesign dibina berasaskan R35 GT-R NISMO yang dipadukan enjin 3.8L V6 pengecasturbo kembar berkuasa 710hp, meningkat 110hp daripada model standard (600hp). Nissan belum lagi mendedahkan angka prestasi rasmi GT-R50, tetapi apa yang boleh dipertaruhkan ialah model itu pastinya lebih pantas daripada GT-R NISMO standard.

Ruang dalaman juga dikemas kini dengan kerusi buket kemasan gentian karbo, trim emas, takometer merah, dan banyak lagi.

GT-R50 versi Italdesign ini akan dijual pada harga €999,000 (RM4.73 juta) dan pelanggan berminat boleh memulakan proses membeli dengan mengunjungi laman web GT-R50. Penghantaran dijadualkan bermula tahun depan hingga 2020.

BACA >>> Nissan GT-R50 Sentuhan Italdesign yang Serba Memukau

Mungkinkah model ini boleh dianggap sebagai tanda selamat tinggal untuk R35 GT-R yang sudah berada dalam pengeluaran sejak 2008? Nissan masih lagi membisu tentang generasi baharu model tersebut. Jadi apa yang boleh dilakukan setakat ini ialah tunggu dan lihat.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bob Laishley, Goodwood Festival of Speed 2018, Italdesign, Nismo, Nissan, Nissan GT-R, Nissan GT-R Nismo, Nissan GT-R50 Italdesign, Nissan R35 GT-R, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev