• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-Benz EQV - MPV Gaya Konvensional dengan Kuasa Elektrik

Mercedes-Benz EQV - MPV Gaya Konvensional dengan Kuasa Elektrik

August 28, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


RAMAI cakap kereta Jerman memang bagus dari segi kejuruteraan hingga membanggakan sesiapa saja yang memilikinya. Antara jenama Jerman yang selalu menjadi sebutan ialah Volkswagen, Mercedes-Benz, BMW dan Audi.

Tetapi itu dalam aspek teknologi enjin pembakaran dalaman. Bagaimanakah pula tanggapan umum terhadap kejuruteraan Jerman dalam teknologi kenderaan elektrik (EV)?

Setakat ini masih terlalu awal untuk dinilai, dan boleh dikatakan rata-rata pengeluar masa kini berada atas padang rata. Sebagai contoh, Tesla. Walaupun jenama itu masih baharu tanpa legasi hebat, tetapi pencapaian yang dicapai cukup membanggakan, malah lebih ke depan dalam teknologi EV berbanding pengeluar ternama lain.

Nissan pula mencorak kemajuan dalam bidang EV menerusi dua generasi Leaf yang sudah terjual lebih 400,000 unit. Bagaimanakah empat jenama Jerman yang disebutkan di atas?

Ya, masing-masing berada atas laluan sama dengan memperkenalkan produk sendiri, seperti Volkswagen I.D., BMW i, Audi E-Tron dan Mercedes-Benz EQC. Perhatikan tiga akronim: I.D., i dan EQC sebagai nama pengenalan barisan famili EV. Ini bermakna Volkswagen, BMW dan Mercedes-Benz sudah atau bakal memperkenalkan beberapa model elektrik pada masa akan datang.

BACA >>> Volkswagen ID Buggy - Ilham Kereta Bugi Pantai California Era 1960-an

GAYA KONSERVATIF DENGAN TERKNOLOGI EV TERMAJU

Terbaharu, Mercedes-Benz bakal mempamerkan kenderaan pelbagai guna (MPV) EQV sempena Pameran Motor Frankfurt (IAA) bermula 12 September nanti.

EQV ialah MPV EV yang mempunyai jarak pemanduan sejauh 405km (belum rasmi) dengan kemampuan pengecasan pantas 10-80 peratus di bawah sejam. MPV ini turut dibekalkan pengecas terbina dalam (on-board charger, OBC) penyejukan air dengan kapasiti 11kW yang sesuai dicas di rumah atau premis awam.

Trenkuasa elektrik (eATS) dipasangkan pada gandar depan dan mempunyai output maksimum 150kW (201hp). Motor elektrik, transmisi dengan nisbah gear tetap, sistem penyejukan dan elektronik kuasa pula disepadukan dalam bentuk kompak.

BACA >>> #PanduUji: Hatchback Mewah Mercedes-Benz A250 AMG Line yang Berdesup Laju!

Mercedes-Benz EQV.03
Mercedes-Benz EQV.02

Bateri litium-ion dengan kapasiti 90kWh dipasangkan bawah lantai supaya tidak mengganggu ruang kabin. Kedudukan bateri di tengah kereta dan diletakkan rendah turut memberikan impak positif kepada karakter pengendalian EQV.

EQV didatangkan dalam dua opsyen konfigurasi tempat duduk, iaitu 6-kerusi individu atau diubah menjadi 7- dan 8-kerusi secara bersambung.

Menerusi EQV, Mercedes-Benz maju selangkah lagi dalam merintis segmen MPV premium dengan teknologi dimiliki. Pengeluar jenama mewah ini berjaya membawa teknologi EV kepada segmen kenderaan kovensional. Perkembangan ini wajar disambut baik pengeluar lain seperti Toyota untuk Vellfire dan Alphard, atau Lexus untuk MPV mewah LM.

BACA >>> Mercedes-Benz V-Class (2019) - 'Toyota Vellfire' untuk Famili Eropah

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Jerman, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), kereta elektrik, Mercedes-benz, Mercedes-Benz EQV, MPV, MPV EV, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev