HIGHWAYS England kini sedang menguji material baharu untuk menurap permukaan jalan yang menjadikan getah tayar terpakai sebagai kompaun asfal di beberapa seksyen di lebuh raya negara itu.
Percubaan itu adalah inisiatif kerajaan untuk menjimatkan kos pembinaan jalan dan bertujuan membantu melestarikan alam sekitar.
BACA >>> Benarkah Material Jalan Raya Malaysia Tidak Direka untuk Pandu Laju?
Sama seperti Malaysia, tugas menyelenggara jalan raya diuruskan badan kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), dan spesifik untuk jenis jalan raya A dan Rangkaian Jalan Raya Strategik (SRN) seluruh Britain. Ujian material itu pula dilakukan di seksyen M1, menghala ke selatan antara Junction 23 dan 22.
Sebahagian material turapan dikatakan menggunakan getah daripada tayar terpakai yang dibangunkan syarikat pembinaan, Tarmac yang menumpukan kepada penggunaan bahan binaan mesra alam dan ekonomi.
BACA >>> Menteri: Tiada Lagi Lorong Smart Tag di Lebuh Raya Dua Tahun Lagi
Di Britain, ada kira-kira 40 juta tayar terpakai dibuang setiap tahun, dan lebih 500,000 unit dihantar ke luar negara untuk dilupuskan. Ini kerana peraturan Kesatuan Eropah (EU) melarang ia dilakukan dalam negara EU.
Jadi apa yang dilakukan adalah menghantar ke negara Asia dan Timur Tengah, dengan 7 juta sahaja dilambakkan di Kuwait yang kini terkenal dengan julukan 'tanah perkuburan tayar'.
Tarmac menganggarkan ada kira-kira 750 tayar terpakai boleh digunakan untuk setiap kilometer permukaan jalan dengan kompaun baharu, bergantung ketebalan. Percubaan dilakukan di jalan M1 akan menguji ketahanan kompaun tersebut di kawasan laluan awam yang sibuk.
BACA >>> #TahukahAnda: Mangsa Kemalangan Boleh Saman Syarikat Lebuh Raya
SUMBER: AutoExpress
Leave a Reply