MENTERI Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, inovasi kereta terbang negara kini sudah mencapai 75 peratus kemajuan
Menurutnya, pembuatan dan inovasi kereta terbang itu ialah projek dibangunkan syarikat start-up tempatan yang turut tersenarai dalam Bursa Saham New York (NYSE).
“Saya tidak boleh sebut nama syarikat itu kerana tidak mahu ia dispekulasikan,” kata Mohd Redzuan dipetik BHarian selepas pelancaran BXCESS, iaitu aplikasi dan perisian yang dibangunkan untuk memperkasakan Program Transformasi Usahawan Digital, cetusan Fintech Capital Group Bhd (FCGB), semalam.
BACA >>> Aerodyne Group: Bukan Kereta Terbang, Sebetulnya Kereta Konsep Dron
Hadir sama ialah Pengarah FCGB, Mohd Hafiz M Said@Mohd Shaikh dan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Isarji Sarudin.
Mohd Redzuan berkata, pihaknya berharap inovasi itu dapat diterima positif dalam kalangan peserta industri.
“Apa saya lihat, golongan muda dan kanak-kanak teruja untuk melihat teknologi kereta terbang ini. Sekarang, kita hanya mahu dapatkan penerimaan piawaian dan peraturan daripada agensi berkenaan untuk membenarkan inovasi (kereta terbang) itu dapat diterbangkan.
“Kita harap, ada ruang mencukupi untuk menjalankan ujian penerbangan kereta tersebut, jika Kerajaan sudah luluskan,” katanya.
BACA >>> Syarikat Belanda Lancar Kereta Terbang Komersial Pertama, Mula Beroperasi Tahun Depan
Mohd Redzuan sebelum ini dilaporkan berkata, prototaip kereta terbang pertama negara dijangka dilancarkan seawal Oktober depan. Menurutnya lagi, kenderaan canggih itu akan menggunakan teknologi dron dan kepintaran buatan (AI) yang kini berkembang pesat.
Leave a Reply