• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengeluaran Volkswagen Beetle Ditamatkan, Unit Paling Akhir Dikeluarkan di Mexico

Pengeluaran Volkswagen Beetle Ditamatkan, Unit Paling Akhir Dikeluarkan di Mexico

July 11, 2019 By Han Othman Leave a Comment

466
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN akhirnya menamatkan pengeluaran Beetle di kilang Mexico, sekali gus secara rasmi mengakhiri legasi model ikonik itu di pasaran antarabangsa.

Walaupun Beetle generasi ketiga tidak begitu popular di Amerika Syarikat, tetapi hampir 5 juta unit sudah terjual di negara itu, menjadikan sebahagian daripada 21.5 juta unit yang sudah dijual di peringkat antarabangsa.

BACA >>> #RetroAuto: Cerita di Sebalik Moyang Sebenar kepada Volkswagen Beetle

Grafik beberapa model Volkswagen Beetle dulu dan sekarang.

Beetle mencetuskan fenomena ketika awal kemunculan pada dekad selepas Perang Dunia, tetapi gagal mengulangi kegemilangan tersebut menerusi model generasi kedua yang diperkenalkan pada 1998. Bagaimanapun, jualan Beetle sepanjang 1998-2010  masih mampu mencapai angka lebih 1.2 juta unit seluruh dunia.

Namun, Beetle generasi ketiga yang debut pada 2011 cuma terjual lebih 500,000 unit hingga hari ini.

VW Beetle edisi terakhir (kanan) diletakkan bersebelahan Beetle terakhir model terdahulu.
Foto VW Beetle edisi terakhir dari dalam kilang Puebla, Mexico.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Volkswagen Group of America, Scott Keogh mengakui memang sukar membayangkan situasi Volkswagen tanpa Beetle.

"Apabila masa itu datang, peranan yang dimainkan Beetle dalam evolusi jenama kami akan kekal dikenang selamanya." kata Keogh.

Beetle edisi terakhir dalam warna Denim Blue akan dipamerkan di muzium Volkswagen di Puebla, Mexico. Syarikat itu juga membina sepasang model 'Kings Red Beetles' yang dibina khas untuk Amerika. Model itu akan menjadi sebahagian koleksi sejarah Volkswagen Amerika. Model itu didatangkan dengan papan pemuka kustom, kemasan kerusi kulit quilt dan kunci khas.

BACA >>> Volkswagen Beetle Final Edition Akhiri Legasi Model Ikonik 70 Tahun

Selepas pengeluaran Beetle ditamatkan, kilang Volkswagen di Puebla akan digunakan untuk membina crossover baharu untuk pasaran Amerika Utara. Model tersebut akan diselitkan di bawah Tiguan dengan nama cadangan Tarek.

GALERI
volkswagen-beetle-terakhir-mexico-5
volkswagen-beetle-terakhir-mexico-6
VW Beetle edisi terakhir (kanan) diletakkan bersebelahan Beetle terakhir model terdahulu.
VW Beetle edisi terakhir (kanan) diletakkan bersebelahan Beetle terakhir model terdahulu.
Foto VW Beetle edisi terakhir dari dalam kilang Puebla, Mexico.
Foto VW Beetle edisi terakhir dari dalam kilang Puebla, Mexico.
volkswagen-beetle-terakhir-mexico-3
volkswagen-beetle-terakhir-mexico-4

Related

466
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kings Red Beetles, Roda4, Scott Keogh, Volkswagen Beetle, Volkswagen Beetle Terakhir, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev