SEKALI pandang, Toyota Vios (2019) ini memang nampak menyerlah dengan rupa baharu yang funky dan moden.
Sebab tak tahan nafsu melihat rupa subkompak cun melecun ni, Dee pun ambil peluang nak pandu uji sendiri. Selepas lebih kurang seminggu dipandu ke sana sini, inilah pandangan ikhlas Dee mengenai pembaharuan dan penambahbaikan yang dilakukan Toyota ke atas Vios (2019).
RUPA DEPAN SERABUT SANGAT?
Berasarkan pemerhatian dan komen diterima, ramai mendakwa rupa dan rekabentuk depan Vios (2019) terlalu sofistikated. Namun, kalau sudah nama pun pendapat, ia tetap sesuatu yang sangat subjektif bagi setiap mata yang memandang.
Apa yang Dee boleh katakan, kebanyakan generasi muda masa kini mahukan kereta yang ada kelainan dengan rekabentuk sporty dan lebih agresif. Toyota nampaknya cuba sedaya upaya untuk menawarkan sesuatu yang unik dengan harga berpatutan.
Keseluruhannya, rekabentuk luaran Vios (2019) ini memang sedap mata memandang dan lebih canggih berbanding model generasi terdahulu. Didatangkan dalam tiga varian: 1.5J, 1.5E dan 1.5G, sedan segmen-B ini jual pada harga bermula RM77,200 hingga RM87,300.
BACA >>> Toyota Vios Kini di Pusat Jualan Seluruh Malaysia - Harga Bermula RM77,200
PRAKTIKALITI, RELIABILITI YANG DIPERCAYAI SEKIAN LAMA
Dalam masa 16 tahun, sejak generasi pertama diperkenalkan di pasaran Malaysia, lebih kurang setengah juta unit Vios sudah terjual di Malaysia. Rakyat Malaysia sentiasa mahukan kenderaan yang praktikal dan senang dijaga. Dan semua sedia maklum, Vios ialah antara model kereta yang paling kurang bermasalah, dan sangat reliabel.
Kesimpulannya, Vios ialah sedan praktikal yang menawarkan spesifikasi terkini dan terbaik dalam kelas baik, berharga patut, dan kos penyelenggaran pula rendah.
Adakah Vios (2019) pilihan terbaik dan mampu mencabar pesaing terdekatnya, Honda City? Bagi ulasan penuh pandu uji dan perincian spesifikasi Vios (2019), apa kata tengok video di bawah.
BACA >>> Lepas Pandu Uji, Inilah Pandangan Abang Mengenai Toyota Vios (2019)
Leave a Reply