• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Konvoi Amal Pusat Tahfiz Himpun Lebih 50 Penunggang Modenas, Beri Sumbangan RM3k

Konvoi Amal Pusat Tahfiz Himpun Lebih 50 Penunggang Modenas, Beri Sumbangan RM3k

July 9, 2019 By ZY Leave a Comment

922
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODENAS bersama Modenas Pulsar Owners Club (MPOC), Dominar 400 Club Malaysia (D4CM) dan Modenas Elegan Downtown (MEDT) pada 21 Jun lalu mengadakan lawatan amal ke sekolah Tahfiz Ulum Ad Din Nur Ramadhan di Tanjung Malim dengan barisan konvoi yang terdiri daripada model Pulsar, Dominar dan Elegance sebanyak 150 unit.

Walaupun tempoh singkat, MPOC dalam konvoi kali ini masih dapat mengumpulkan lebih 50 unit Pulsar RS dan NS. Hujan pada hari konvoi turut tidak mematahkan semangat peserta untuk melepaskan gian memulas terotel masing-masing selepas berakhir Ramadan dan Aidilfitri.

BACA >>> Kawasaki Kuasai 30 Peratus Saham Modenas, Streetbike dan Sportbike Baharu Muncul?

DARI KANAN: Pengetua Tahfiz Ulum Ad Din Nur Ramadhan, Ust Abd Aziz, Presiden MPOC, Amirul Solihin, wakil LadyBikers MPOC, Nurzazalena Zulkifli, CEO Modenas, Roslan Roskan dan Setiausaha MPOC, Amril Norman

Konvoi rasmi melibatkan tiga kelab itu, bertujuan beramah mesra sesama pemilik motosikal dalam kelab yang bernaung bawah Modenas selain mengambil inisiatif melakukan kerja amal seperti seperti mengecat dewan dan menyampaikan sumbangan kepada wakil Tahfiz Ulum Ad Din Nur Ramadhan, Ustaz Abdul Aziz.

Sumbangan disampaikan Presiden MPOC, Amirul Solihin, berjumlah RM3,000 yang dikumpul daripada peserta MPOC menerusi akaun yang disediakan khas Norzazalena selaku wakil LadyBikers MPOC. MPOC juga turut menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan.

MPOC diberikan tanggungjawab untuk mengetuai konvoi kali ini selain membantu mengawal keselamatan peserta, diketuai Ketua Marsyal, Amril Norman bersama rakan marsyal lain, Sofian Akasah dan Mohd Ahtar yang dibantu  Tirmizi, Khairi Hussain (Sai) dan Presiden D4CM, Wan Botak.

BACA >>> Perbandingan Sportbike RM12K: Yamaha R15 atau Modenas Pulsar RS200?

LadyBikers turut serta dalam Konvoi Ride Amal kali ini.

Amirul berkata, aktiviti MPOC kali ini bertujuan memberikan sokongan kepada Modenas dalam menjalankan program khidmat sosial korporat  (CSR) dan MPOC sendiri turut mengumpul sedikit dana untuk disampaikan kepada pusat Tahfiz AnNur.

"Paling utama ialah mengekalkan silaturahim antara peserta MPOC dan membina hubungan baru dengan D4CM dan MEDT. Konvoi kali ini juga mendapat sokongan MPOC Perak dan MPOC Pahang yang turut hadir bersama.

"Selepas ini akan ada lagi beberapa siri konvoi bagi mengekalkan ukhuwah sesama peserta dan menyokong beberapa aktiviti Modenas pada masa akan datang," kata Amirul lagi.

BACA >>> 4 Reviu Pantas | Modenas Dominar D400 vs Pulsar NS200 vs Kawasaki Z250

Kepada mereka yang mahu terus menyumbang kepada pusat tahfiz ini, bolehlah salurkan ke akaun Maybank di bawah ini:

TAHFIZ DAN ULUM AD DIN NUR RAMADHAN
1580-8846-2815

GALERI

LAPORAN DISEDIAKAN: Amirul Solihin, Presiden Modenas Pulsar Owners Club (MPOC)
FOTO: Modenas | Mahathir Che Amad

Related

922
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, dominar, Dominar 400 Club Malaysia, Dominar 400 Club Malaysia (D4CM), konvoi, Lawatan Amal, Modenas, Modenas Elegan Downtown, Modenas Elegan Downtown (MEDT), modenas pulsar owners club, Modenas Pulsar Owners Club (MPOC), MPOC, Pusat Tahfiz Annur, Tahfiz Ulum Ad Din Nur Ramadhan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev