Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Shell Advance AX7 Tambah Dua Varian Baharu untuk Lebih Kilometer, Ekstra Perlindungan
Auto Terkini

Shell Advance AX7 Tambah Dua Varian Baharu untuk Lebih Kilometer, Ekstra Perlindungan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SHELL Malaysia Trading Sdn Bhd memperkenalkan dua varian baharu minyak enjin motosikal semi-sintetik, Shell Advance AX7 yang didatangkan dalam pek 1 liter: Shell Advance AX7 10W-30 dan 15W-50 berharga RM33.90.

Pengenalan varian baharu itu menambahkan barisan produk Shell Advance AX7 di pasaran kepada tiga gred kelikatan.

Produk pelengkap kepada Shell Advance AX7 10W-40 sedia ada itu dirumuskan dengan Teknologi Permbersihan Aktif untuk perlindungan lengkap motosikal dengan manfaat seperti berikut:

  • Enjin 33 peratus lebih bersih.
  • Perlindungan 29 peratus lebih baik pada suhu tinggi.
  • Penambahan jarak perjalanan sejauh 3km bagi setiap liter bahan api.
  • Perlindungan daripada masalah kehausan, 36 peratus lebih baik berbanding had industri.
  • Tiada simptom susut kuasa walaupun selepas perjalanan sejauh 12,000km.

Shell Advance AX7 15W-50 menawarkan tahap kelikatan tinggi yang menjanjikan kelancaran hantaran kuasa dan perlindungan enjin lebih baik dalam tempoh lama walaupun ketika enjin bertekanan tinggi.

Shell Advance AX7 10W-30, yang mempunyai kelikatan lebih rendah, mampu menawarkan ekonomi bahan api dan perlindungan enjin terbaik  untuk tambahan jarak perjalanan hingga lebih 3km berbanding minyak enjin mineral.

BACA >>> Inilah Punca Kenapa Saya Guna Minyak Pelincir Shell Advance Ultra

Sementara itu, Shell Advance AX7 10W-40 sedia ada di pasaran kini mempunyai formulasi seimbang bagi memenuhi keperluan hampir semua jenis motosikal untuk kegunaan harian. Produk ini sesuai untuk memberikan perlindungan diperlukan untuk pengguna yang setiap hari perlu berdepan dengan situas lalu lintas sesak dan tanpa henti.

Bagaimanapun, pengguna disarankan mengikut rekomendasi pengilang (OEM) tentang gred kelikatan dan penarafan kualiti minyak enjin jentera masing-masing seperti dinyatakan dalam manual pemilik untuk prestasi optimum.

KESAN PRODUK ASLI

Shell turut berkongsi tip mengenal pasti produk tulen Shell Advance yang diformulasi khas dan dipek di Malaysia. Ia sepatutnya ada tanda ‘Untuk Pasaran MALAYSIA’ pada label depan botol untuk tujuan pengecaman selain label baharu boleh tanggal untuk mendedahkan kod QR.

Label di belakang pula tertera maklumat produk dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

BACA >>> Shell Advance Perkenalkan Minyak Pelincir Khas Buat Pemilik Skuter

Auto Terkini minyak pelincir motosikal Minyak Pelincir Shell Helix Shell Advance Shell Advance 15W-50 Shell Advance AX7 10W-30 Shell Advance AX7 10W-40 Shell Malaysia Trading Sdn Bhd tukar minyak pelincir
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Triumph Daytona 660 2026 – Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    18/03/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027, Rekaan Ringkas Kurang Drama, Sasar Harga Mula RM126 k

    18/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.