BEBERAPA bulan lalu, Harley-Davidson menyatakan minat untuk menghasilkan motosikal mampu milik dengan pengeluar Asia Selatan yang memberikan bayangan tentang syarikat di India.
Namun, berita terbaharu mengesahkan yang pengeluar motosikal dari Amerika Syarikat (AS) sudah memeterai perjanjian dengan rakan kongsi dari China, Qianjang Motorcycle.
BACA >>> Harley-Davidson Paling Mampu Milik Lancar Tahun Depan, Harga Dijangka RM30k?
DEBUT PENGHUJUNG 2020
Sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik itu, kedua-dua pengeluar bersetuju membangunkan motosikal paling mampu milik bersesaran 338cc yang akan dihasilkan di China dan dieksport ke seluruh dunia. Harley-Davidson memutuskan pergi ke China selepas mengambil kira pengalaman Qianjang dalam menghasilkan motosikal sesaran kecil premium, selain kemampuan memenuhi permintaan pelanggan dan sudah memiliki sumber bekalan siap ada.
Harley-Davidson menyiarkan foto prototaip motosikal 338cc dengan menampilkan gaya cruiser tradisional yang diadun bersama rupa streetfighter moden. Jentera itu nampak bakal dibina berasaskan frem trellis dan dipacu enjin Parallel-Twin penyejukan cecair, termasuk dipasangkan suspensi fork terbalik (USD), dwi cakera di depan dan lampu utama LED. Bagaimanapun versi final mungkin mengalami perubahan.
Model tersebut khabarnya akan dilancarkan di China menjelang penghujung 2020, disusuli pelancaran di beberapa negara Asia. Memandangkan Malaysia memiliki wakil pengedar Harley-Davidson dan kelompok peminat jenama itu yang boleh tahan besar, model ini dijangka memasuki pasaran tempatan pada awal atau pertengahan 2021.
BACA >>> Harley-Davidson Beli Syarikat Basikal Elektrik Kanak-Kanak, StaCyc
Berapakah agaknya harga Harley-Davidson mampu milik ini?
Leave a Reply