SITUASI kereta bergegar ialah antara beberapa masalah biasa yang kerap dialami pemandu. Apa yang berlaku bukan saja mengganggu pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kereta yang sedang dipandu.
Jika mahu ambil mudah, hantar saja kereta ke bengkel untuk dibaiki. Untunglah kalau masalah dihadapi itu dapat diselesaikan, tetapi bagaimana pula kalau situasi serupa berlaku semula? Sudahlah sakit hati, wang poket pula terbang melayang.
PanduLaju kali ini berkongsi 5 sebab utama yang menyebabkan kereta anda bergegar dan anda tidak perlu menjadi pakar untuk melakukannya. Namun, ia bukanlah satu-satunya punca utama yang menyebabkan gegaran ke atas kereta. Jika masih ragu-ragu, idea terbaik masih lagi di tangan mekanik profesional.
Tip diberikan ini mampu membantu anda melakukan diagnosis awal yang mungkin menjimatkan wang dan masa. Teruskan membaca!
1. MASALAH ENJIN
Kadangkala gegaran berpunca daripada bahagian enjin disebabkan tidak cukup suapan udara, bahan api atau percikan api yang diperlukan untuk membolehkannya bergerak lancar. Simptom yang menunjukkan gegaran berpunca akibat masalah enjin dapat dikesan menerusi:
- Kereta bergegar dan berketar (jerking) semasa memecut.
- Kereta bergegar ketika melalui jalur derum (rumble strip) atau garisan kuning atas jalan yang digunakan untuk memperlahankan halaju kenderaan dalam kelajuan tertentu.
- Kereta dapat dihidupkan dan dipandu dengan baik buat seketika sebelum gegaran berlaku.
BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
Penyelesaiannya, cuba ganti palam pencucuh (spark plug) lama kepada baru. Jika masih elok, periksa wayar palam pencucuh sama ada ia disambung dengan baik atau perlu diganti. Penapis udara kotor atau penapis bahan api tersumbat boleh menyekat kemasukan udara atau bahan api mencukupi ke dalam enjin. Pastikan kedua-duanya diganti mengikut saranan standard pengeluar.
2. MASALAH GANDAR (AXLE)
Sesebuah kenderaan memiliki banyak bahagian berputar yang memerlukan unjuran atau toleran tertentu bagi membolehkannya beroperasi dengan baik. Kerosakan gandar mudah terjadi akibat kemalangan yang menyebabkan kereta menghadapi masalah gegaran, terutama apabila memecut laju.
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakan Bar Anti-Oleng Bekerja?
Pemeriksaan ke atas aci pacu (driveshaft) perlu dilakukan. Bagi kenderaan pacuan roda belakang (RWD), sebahagian besar bahagian berputar memindahkan kuasa enjin kereta ke gandar belakang dan roda. Jika bengkok, gegaran akan berlaku. Kehausan sendi halaju malar (constant velocity joint-CV) juga termasuk dalam kategori sama. Jika 'but' getah yang menutup hujung gandar pacu kekal kukuh, pengapit (clamp) adalah selamat dan tiada bendalir bocor, sekali gus tiada masalah.
Tetapi, jika 'but' sudah koyak, habuk dan kotoran jalan akan masuk dan merosakkan sendi. Bagi kenderaan pacuan roda depan (FWD), kerosakan sendi CV bermakna anda perlu memberi gandar pacu baru. Ini kerana gandar tidak seimbang mampu menyebabkan kereta anda bergegar.
3. BREK ROSAK
Apakah gegaran berlaku apabila anda menekan brek? Jika ya, ada kemungkinan besar masalah tersebut berpunca daripada rotor brek atau rotor. Rotor adalah komponen berbentuk cakera berwarna perak berkilat yang dipasang bersama sistem brek cakera.
Komponen berkenaan boleh bengkok atau 'lari' daripada bentuk asal disebabkan jangka hayat dan gaya pemanduan kereta. Kekerapan membrek mengakibatkan kepanasan ke atas rotor dan kerosakan berlaku apabila terjadi kepanasan melampau. Kerosakan rotor juga berpunca disebabkan permukaan jalan tidak rata.
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek Atas Jalan Basah Tanpa Bantuan ABS
Apabila rotor rosak, kaliper dan pad brek gagal mencengkam rotor dengan baik, sekali gus menyebabkan gegaran.
Idea terbaik adalah jumpa pakar brek yang akan memberitahu keadaan rotor atau brek dram kereta anda.
4. RODA GOYANG
Kadangkala gegaran kereta dapat dirasai secara terus dari roda stereng. Alasan paling munasabah difikirkan adalah isu penjajaran (alignment), tetapi pakar berfikir sebaliknya. Satu daripada roda lain mungkin mengalami masalah goyang (wobbly) yang menjurus kepada beberapa isu lain.
Langkah pertama adalah memastikan setiap roda diketatkan pada hab dengan bolt lug yang betul. Malah, masalah gegaran mungkin dapat diselesaikan dengan menggantikan bering roda. Bering roda bagi kenderaan moden hari ini diibaratkan bagai nyawa sesebuah kereta. Jika kereta anda dipandu bukan dalam kondisi normal seperti meredah laluan off-road, pemanduan ekstrem dan jarak jauh, kenderaan anda berisiko mengalami masalah bering.
BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar 2 Tayar Baharu - Mahu Pasang di Depan atau Belakang?
Seperkara lagi perlu dilihat adalah 'runout' atau habis. Terma ini menjelaskan berapa banyak roda membelok daripada putaran lingkar sempurna apabila dipandu. Mekanik roda menggunakan instrumen ketepatan untuk mengenal pasti jika 'runout' berlaku ke atas mana-mana roda yang melebihi setengah inci, tetapi bukan sepanjang masa. Penyelesaian terbaik adalah menukar roda baru.
Masalah lain bagi roda bergoyang adalah hujung rod-ikatan (tie-road) atau sendi bebola (ball join) yang menyebabkan gangguan gegaran ketika memandu laju. Roda adalah punca biasa yang perlu diberikan perhatian jika mahu mengesan punca kereta bergegar.
5. MASALAH TAYAR
Walaupun berada dalam senarai akhir, tayar adalah masalah nombor satu apabila berlaku gegaran kereta kerana ia adalah komponen utama pergerakan sesebuah kenderaan. Ada banyak senarai masalah tayar yang menyumbang kepada masalah gegaran, ketaran dan golengan sesebuah kereta. Namun, di bawah adalah masalah besar yang kerap berlaku:
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kedalaman Bunga Tayar Sangat Penting?
- Kereta bergegar pada kelajuan tertentu - imbangan (balancing) tayar diperlukan.
- Bunga tayar terpisah - tayar perlu ditukar.
- Tayar tidak rata - penjajaran (aligntment) tayar diperlukan.
- Tayar terkeluar dari pusingan dan bergolek tidak sama - tayar perlu ditukar.
Kadangkala, gegaran bukan berpunca daripada tayar, tetapi roda atau rim. Beri perhatian kepada jalan berlubang dan sedang dibaiki kerana kedua-duanya mampu merosakkan roda anda.
anuar says
saya nak tanya bila kita stay napa bgegar ya.......
anuar says
asal pagi saya start kereta mesti bgegar.....n then bila injin sudah panas betul......kan..gegaran itu hilang......
adakar masalah plug
AO says
Mungkin plug dan kabel, atau fuel pump
wan says
Assalamualaikum saya pakai myvi auto, baru reper enjin daripada kebocoran minyak hitam yang mana spark plug dah terendam dalam coil plug. Masalahnya sekarang kereta saya ade rasa jerking bila memecut lebih 80km/h. Ikut tanda2 camni rosaknya coil plug ke atau gear box, minyak hitam dan spark plug baru tukar.
Qib says
Assalamualaikum, ni dah settle ke? Sebab mengalami masalah yang sama sekarang, enjin jerking.
Niccolson Angki says
Halo, Berkemungkinan besar Coil Plug sudah rosak , tapi bukan semua. Rosak di sini bermaksud, tenaga elektrik tidak tetap di salurkan kepada palam pencucuh (spark plug).
Baihaqi says
Kebiasaan yer tapet tidak di setting dgn betul, kalaw kereta anda tapet yer hidrolid mugkin masalah lain
AFIQ FAHMI BIN AHMAD says
Situasi sy pula waja 1.6. Selepas 45 minit - 1 jam tetiba engin mcm semput mcm xcukup api. Bukak bonet,soket coil plug tercabut. Dah sambung pn tercabut jgk selepas 45 minit - 1 jam. Kenapa ea???
zharqie says
Kena jumpa bomoh
Fan Neo says
Keta begegar ni... ada beberapa sebab jg.. Mungkin ada org yg gegarkan tanpa anda sedari... LOL!! Ni masalah cold start idling.. cuba cek iacv/icv (intake air controller valve) yg tepacak di throttle body..
AO says
Engine mounting
KHAIRUL AZIM BIN SHARUDIN says
SAYA MENGALAMI MASALAH YANG SAMA. HIDUPKAN ENJIN, STERENG MULA GEGAR, ADAKAH ENJIN MOUNTING BERMASALAH ? JIKA YA, BUKANKAH STEERING AKAN TERUS GEGAR SELAGI ENJIN HIDUP ? SEDANGKAN APA BILA ENJIN DA PANAS, GEGAR AKAN HILANG.
PERLUKAN BANTUAN
AO says
Kena tanya mekanik. Ada banyak sebab. Rujuk jawapan atas
ABOY says
DAH SETEL KE MASALAH... APE MASALAHNYA ... LEH KONGSI X.. SEBB NGAH MENGALAMI MASALAH YANG SAMA
Zul says
Mounting enjin dh pecah atau rosak.tukar mounting selesai
Fik says
Nak tanya saya bwk kereta ada rasa kereta goyang kekiri dan kanan. Tapi stereng x goyang dan hanya berlaku bila bawa laju. Mngkinkah lower arm yg rosak atau tayar problem. Plz help.
ana says
Assalamualaikum saya nak tanya kereta saya di bahagian belakang kiri bergegar seolah olah ada barang yang yg terumbang ambing dalam bonet.tapi dengar betul2 belakang kiri.tak de kene mengena ngan barang..sentiasa bergegar.kalau jalan kawasan tak rata kuat dengar..boleh saya tahu maslaah tu atas sebab ape ye
nazri says
saya bawak saga..bile pecut lps tu brek je tayar blkg mcm bergegar..brek pun mcm xkuat..mslh brek ke cmne ye?
AO says
Brek atau suspensi
Ct says
Nak tanya lah bila kita bawa kereta nk ke kanan streeng tu mcm menendang semula bergegar lain mcm bila coner kanan pon perkara yg sama apa punya dia yer ? Ade ke driveshafts problem
AO says
Ya, mungkin driveshaft. Boleh tanya mekanik
Noor says
Kereta lerodua viva saya bila brek,berbunyi & bergegar....last week tayar nak tercabut dari drive shaft,tayar hadapan belah kiri..nasib cepat tahu,klu x,mmg menempah ajal lah jawabnya..
Kes kereta saya ni berbunyi bila menekan brek apabila saya menukar bearing & drive shaft (pomen cakap dua2 dah rosak) tapi minyak gear box x tukar (sbb pomen pun x cakap perlu tukar @ tak)
skrg ni tau tau lah apa masalah kereta saya ni..boleh bagi hint x
faizal says
masalah stereng rack
Razak says
Saya menggunakan kereta gen manual keluaran 2004,masaalah saya apabila memandu dalam gear 5 menekan pedal minyak kereta saya jd semput2 seolah olah mcm x ada pickup.. Apa masaalah ini tlg beri jawapan.. T.kasih
Jc says
Saya mengyu akan kerera fd, sblm ni dah pernah tukar coil & spug plug, tetapi slepas lebih kirang 2/3 bulan blalu, kereta begetar semula.. sebab apa ye
AO says
Banyak punca kereta bergegar seperti yang ditulis dalam artikel. Kena kenal pasti gegaran tu datang dari mana sama ada enjin, stereng, casis atau tayar. Seeloknya tanya mekanik
adam says
Assalmualaikum Admin kereta Kenari auto saya bilah start saja Engine then masuk gear gegar pada bahagian engine macam kuat tehan bilah reverse engine mati sendiri macam tiada tenaga pada engine kereta saya ....adaka masalah berpunca darpada Engine Tidak cukup suapan udara, bahan api atau percikan api atau kena ganti spark plug ....kalau spark plug baru 4bulan yg laluh saya da tukar yg baru ...bilah lihat sahaja spark plug kadang2 ada minyak kotoran kena pada bahagian penyambung spark
Jake says
Ya sy jg sma.. Apabila masuk gear r akan semput.. Spark plug sdh ganti baru.. Check coil plug semua masih ok..
Yopyen80 says
Nk tnye ler..wira 1.6 sye auto..ble gear d kedudukan D...brenti d trafiklight enjin gegar meter rpm jatoh...
AO says
RPM jatuh mungkin ada kena mengena dengan setting computer box. Kenal pasti simptom gegar macam dalam artikel. Jangan lupa rujuk pomen
kaza says
itu body throttle punya problem
pangkin garage says
engine mounting problem..kereta auto mmg cmtu simtom bila mounting pecah?prob
John says
Honda civic fd2 bwk 130-150 bergegar kereta.. 160 steady pulak. Apakah itu?
Jeremy says
Dh setel x problem ni?
Mustafa says
Saya nak tanya, kereta exzora saya bila dipandu laju melebihi 90km mula tayar depan bergegar apa punca nya, balancing dah buat bagi kedua tayar depan ok, tapi masih ada gegaran lagi, bila berlaku pemanduani stering nak lari kekiri , boleh minta pencerahan dan nasihat tn.
sam says
As'salam.....kenapa kereta saya bila pandu 90km/h ke atas mesti body kereta bergegar....lagi tekan minyak lagi bergegar....
sham says
drive shaft rosak.cuba check dgn mekanik.
850ez2001 says
Salam tuan. Kancil850 auto gegar walau dlm gear N. Gegar lebih kuat bila reverse R. Pagi start enjin gegar pd timing rendah rpm bawah 1 kemudian naik 1.5 k 1.7. Kemudian turun setakat 1.5 shj bila enjin panas. On aircond turun 1.25. Bila kipas stop rpm naik semula 1.5. Ikut pengetahuan sy bila start rpm akan naik 1.5 kemudian perlahan2 turun 1.1 atau 1. Carburetor dah servis. Plak n cable plug & minyak enjin dah ditukar. Minyak gear juga ditukar. Pelarasan api & angin juga telah dibuat. Masalah masih sama. Adkah cadangan mekanik utk tukar carburetor baru betul?
1. Kancil 850 auto 2001 standard tiada modifikasi.
2. Mileage 300k +.
3. Satu rocker arm pernah patah bulan 4/2016.
T.kasih tuan.
AO says
Kena kenal pasti gegaran dari mana sama ada suspensi atau enjin. Kedua-duanya digantung kepada casis. Pastikan absorber, tayar, mounting dan bushing serta sistem gantungan lain masih elok dan diganti mana yang sudah uzur.
Jangan lupa mounting enjin. Pastikan ditukar untuk kurangkan gegaran. Rpm enjin tidak betul adalah masalah enjin, bukan masalah enjin bergegar. Kalau rpm betul pun tapi bermasalah mounting, kereta tetap bergegar.
nurfarhana nfj says
Assalamualaikum sy nak tanye sy pakai kereta waja 1 .6 tahun 2000 masalah kereta sy meter tak naik m8nyak isi penuh pon tetap tande kuning kuar tande minyak sudah nak abis boleh tolong sy ape masalah kereta sy ni dear terima ksih
Nasa says
Pelampung x berfungsi.cek ngan pomen
Am says
Hai. Nak tanya adakah lower arm bermasalah juga punca kereta bergegar?
KIMAI says
sya pakai kreta iswara LMST 2007,sy ada buka batry ,lepas tu pasang balik,lampu kecemasan hidup,biar pun tak on kreta,dan bila nak start kereta..xfungsi langsung,..apa masalanya,tlong2'dlu org susah..hee
Kucot says
Masalah kereta isuzu d-max 3.0..enjin dia jerking lpas tu pick-up pn tidak ada..apabila ditekan minyak rpm enjin mula bergetar...apa penyebab utama enjin tu...boleh kongsi2 sikit cara untuk mengatasinya masalah enjin bergetar kh..?
pudgey says
sy pkai exora 1.6.. massalah ble hdupkn enjin trus bergegar,,klau bkak aircond mkin kuat gegar..bleh tae ape mslh..??
Milah says
sy pun alami serupa exora , gegaran sepanjang masa dirasai pada stering. kalau laju dah rasa floating , alignment out sebelah kiri sejak awal. haram jadah proton. boleh repair ke stering gegar ni??
sham says
wira se manual, meter speed gegar bila bw lbh 120 dan kdg2 engin mati tiba2 terutama ketika nak berhenti ditraffik light atau nak masuk simpang
AO says
Ada banyak kemungkinan. Boleh jadi masalah spark plug, computer box, throttle body, fuel pump atau kabel plug. Elok tanya mekanik
san says
Kalau pasang aircond kereta gegar pasal apa boss...pegeout
san says
Kereta saya tu jenis auto dan inj
diskaun perodua says
terima kasih info yg sangat membantu..
Siti says
Tayar belakang bergegar..kenapa boss..pda hal kereta baru keluar sebulan dari produa
AO says
Rujuk pusat servis Perodua
Nick says
apa masalahnya, semasa bawa keta akan lari ke kanan n ke kiri?
nad says
Assalam. Sy pakai wira 1.5 (A) (2002), enjin kereta start jerking teruk. Bila bawak laju takde gegar. Tapi bila tekan brek n berhenti, gegar teruk sgt. Benda jadi after tukar tayar depan dua biji. Pomen 1st tu cakap brake pad kena tukar. Tp sy hold dulu. Then pergi survey kat 2nd pomen, katanya gegar pasal mounting. Kena tukar 4 biji tu. Then pergi 3rd pomen, dia kata plug n distributor pulak. Adudu pening kepalaa. Takut kena kencing dgn pomen je
Vina says
Kereta saya saga blm sama cam awak.. dia jerking masa berhenti.. ada yg cakap plug, ada pulak brake pad.
anthony says
Kereta sya bergegar bahagian dashbord and stering apabila aircond dihidupkan. Sebelum ini tidak terjadi tetapi selepas BREAK BOOSTER ditukar baru perkara ini terjadi. Dan bunyi engine turut berubah. Mohon pencerahan kawan-kawan. Tq
hafiz says
Satria 1.8, kereta gegar masa pijak klac utk drop gear 3 - 2-1-N
mohd Firdaus says
assalam tuan,,sy nk tanya tuan 2 masalah kereta waja keluaran thn 2001,,
1.enjin selalu je semput2 walau baru tukar plak,,adakah ia lazim x tahan lama utk kereta sy tu ye tuan? biasa dpt tahan 2,3 bln je,lps tu semput2 semula,,
2.sekarang meter panas sy lbih dr 70c,adakah ia Lazim ye tuan?
Nasa says
Cube cek distributer
rie says
kenapa ada bunyi ketukan di bahagian depan tayar kiri kereta kenari saya sedangkan saya dah tukan absober, mounting absober, lower arm, tie rod inner dan outer.
toyo says
sy dulu pon pernah kena mcm tuan hampir setahun mencari punca rupanya skeru dekat axle hampir tercabut.
Wan says
Saya pakai honda fd taon 2008. Kereta saya bergegar mcm gempa bumi sejak akhir2 ni..4 biji rim sy mmg ade sikit bengkok..taon lps x gegar pn wlpn rim tu bengkok..sjak bulan lps,gegar die mmg kuat..kalo nak sabitkan rim,knp selama ni ok je sy bwk, tak gegar pun..tu yg pelik..bwk sekitar 100km/j je..kalo lebih,rase mcm nk runtuh keketa,
AO says
Kesan rim bengkok boleh melarat ke banyak komponen lain macam suspension, bushing, mounting, dll. Boleh jadi condition tayar dah tak bagus (gelong, bengkak, dll). Sebab itu dulu kita rasa ok ja, tapi sekarang bergegar lain macam.
Roy says
Salam .. sya pakai kembara auto . Masa parking Gear p atau n enjin stabil .. bila masuk d atau r enjin x stabil .rpm turun naik mcm nak mati tak mati je anjin tu ..apa masalh ye
Che' Mat says
As Salam. Kereta saya pun menghadapi masalah yang sama. Gegaran berlaku pada sebarang kelajuan. Gegaran lebih terasa bila bawa pada kelajuan 100 km sejam. Pada kelajuan ini gegarannya sgt kuat dan apabila melalui jalan yanh tidak rata terasa kereta membuai ke kiri dan kanan. Apabila membrek, kereta seperti sukar untuk dikawal disebabkan ianya membuai dengan lebih kuat.
Shahnaz Zain says
Salam Tuan, Kereta proton wira saya 1.5L special edition engine selalu mati bila berhenti. Throttle control, engine coil dan cable engine dah ganti. 2 mechanic berbeza dah check kata tiada masalah.selalu rasa masa gear auto bertukar. Mintak tolong penjelasan sikit. terima kasih
AO says
Check computer box. Mungkin kena remap balik throttle response. Boleh jadi fuel pump. Kadang-kadang bukan silap mekanik, cuma simptom (enjin mati bila berhenti). Ada banyak sebab jadi macam tu. Kena trial and error. Biasalah, kereta berusia
Shahnaz Zain says
Terima Kasih Tuan
Shahnaz Zain says
Dah jumpa punca sebab engine mati, sensor cam shaft rosak mechanic test selama dua hari baru jumpa punca nya. Terima kasih kerana memberi nasihat kepada saya, Betullah kereta lama susah nak detect problem.
Juka says
Salam boss. nak tny .sy ad msalah bile kereta bawak jer laju .mesti jd gegar hbis kat bhagian depan..knpa ea bos? klau slow ok ja .kereta myvi .bwak jer dekt 100..start gegar .
azura says
salam tuan,
saya pakai persona auto. ketika kelajuan 100km/j kereta akan bergetar kuat. penumpang pon dapat rasa..apakah punca masalah ini. apa yang perlu ditukar dan berapa kos..mohon tunjuk ajar tuan.
tq
toyo says
driveshaft bos.
md says
Nak tanya tanda tanda lower arm rosak dia berbunyi ke mcm bearing pecah
mohon pencerahan..
tukar gransaff baru still bunyi
mula mula ingatkan gransaff sebab dari dulu tak penah tukar baru..tayar depan berbunyi mcm bearing pecah
model honda vtec
daud zaini says
HAI MAHU TANYA SAMA OTAI2 KERETA MYVI SE LAGI BEST kalo sya pecut 80kmk ke 100km ada gegar tak tau yg mana . Bawa slow2 okey ...
Syahrun says
Nak tanya kenapa kereta saya bila pandu 100km/j atau lebih tayar belakang akan rasa bergegar terutamanya tayar sebelah kiri dan mengeluarkan bunyi seperti diketuk, apa masalahnya? Kereta saya ford focus
mustaffana says
Assalam tuan..nk minta padangan tuan..sy bru pakai honda city 2015..second..masalah yg dialami bila permulaan kereta nk bergerak..ada jerk(tersentak2)..bila slow kt trafic light pun jadi..klau dlm keadaan laju xde rasa..kereta auto..dah tkar plug..
peter says
kereta auto.... tersentak apabila baru nak mula jalan bila berhenti dekat trafic light? gi la kamu check gearbox mana tahu minyak kurang... cara check... awal pagi... 1) check minyak gearbox (KOMPOR MACAM PENUH) Tapi ??????? 2) panaskan enjin.... 3) tekan brek... 4) masuk gear R tggu 5 saat dan masukan gear N tggu 5 saat dan lagi masukan ke gear D... ulang 3 kali R,N dan D... 5) check minyak gearbox... kompom kurang... hahahaha... selamat mencuba.... kecuali gearbox tu memang dah nak di belai dgn gaji sebulan... 🙂
Zam says
Salam...dah tukar sport rim dan tayar baru...bwak 120km steering gegar...130 ke 140 km ok tak gegar..masa pakai sport rim original ok takde gegar...dah buat balancing tyar depan pun masih sama...ada apa2 idea tak...
riduanCoway says
saya pakai Viva 1.0 manual,enjin mounting dah tukar baru,air filter masih baru...tapi bila enjin panas dan on air aircond enjin bergegar...bila off aircond..timing enjin jadi rendah dari aras 1000.
Cuma fuel filter aja belom saya check dan plug...
cuma satu saya perasan,masa air cond hidup...timing enjin pada aras 1500rpm.Saya pernah alami pada Saga Blm saya,masalah sama...bila on air cond,timing naik sedikit disebabkan timing air cond naik pada aras 200,puncanya releigh rosak...
tapi berbalik pada Viva ni,releigh masih elok dan baru ditukar...
saya akan cuba chek plug dan cable plug serta fuel fiter...jika masih berulang redho ajalah nampaknya.
Zul says
Salam Admun nak tanya kereta saya kalau speed bawah 100 ok lancar..tapi bula speed lebih 100 ke atas bergegar stereng adakah masalah rim bengkok atau driveshaft?
alfaizal says
asslam tuan..kereta saga blm saya bila nk mula dari traffic light semput..tapi selepas 5,6 saat baru gerak mcm biasa..tapi bila bawa laju xde masalah pula..benda yg saya dah cek ok..spark plug..cable coil,fuel filter,trothle body..cuma fuel pump belum cek..adakah fuel pump juga berpunca dari masalah tersebut
NORIDAH WAHID says
nak tanya, kereta saya jenis auto, semasa start kereta bergegar dan kelajuan kurang..apa masalah ka itu?
Mohd Salleh Ali says
nak tanya,kereta naza citra auto, Tayar kereta semacam jalan tak lurus
stereng berbuai macam pantu atas air apa masalahnya?
Nasri says
Saya nk tanya.apa masalahnya kalau start engin,pusing je stering kiri & kanan meter rpm tak stabil(drop)
Che Rosna says
Kereta saya Kembara Perodua. Baru saja jadi bergoyang sakan bila start enjin. Break ada bunyi bila tekan kadang tu. Bila tekan minyak pula ada bunyi mcm air mendidih. Tlg post mortem kenapa jadi mcm nih.
Shahrul says
Waja sy thn 2005
Masalah hari ni...engine start gegar kuat tekan minyak engine mati.....auto
Faez says
Salam, saya nak tanya pasal kereta. Saya pakai axia, and bila on jea aircond and masukkan gear dye mcm ad bunyi cit cit cit, kalau xon aircond masuk gear xbunyi, kalau bukak aircond and xmasuk gear dye xbu yi cit cit, so ap yea masalah dye. Harap dpt membantu
Sera says
Sy pakai Axia SE auto yg baru - bila masuk gear reverse, akan ade gegar2 and sangkut2. time nk lepas break tu, dia akan gegar2 sangkut2. bila dah lepas break sepenuhnya, akan jd smooth blk. Bende ni akan jadi bila masuk gear reverse je. Taktau apa problem dia sebenarnya.
azim says
Salam, saya azim.. saya guna satria lama.. masalahnya bila berhenti, stereng akan bergegar.. kalau nak kata masalah mounting enjin, body lain takda gegar.. hanya bahagian stereng sahaja.. bila pegang, gegaran berkurang..bila lepas, gegaran kuat.. apa kemungkinan masalahnya ya?
mohd kuzaini bin Ibrahim says
Assalam. saya kuzaini. pakai kereta inspira 1.8(m) tahun 2013. masalah kereta saya adalah bila kereta berjalan dijalan raya biasa yg berturap (bukan highway) akan berbunyi 'guk-guk' kasar pada bhg depan dan belakang kiri kanan tayar, dan kesan dia boleh dirasai pd setering (turut bergegar).
Dila says
Assalammualaikum.....sy nak tanya la...sy dh tukar disc,brek pad dn juga tayar..tetapi masih lgi bergegar bile brek...ad msalah apa yer..
ina says
saya nak tanya. tayar kereta bahagian belakang belah kiri kereta saya goyang/gelong.ape yang saya kena buat ??. sebab sebelum nie kereta tu pernah eksiden n rim bengkok
izuwan says
Saya nak tanya wira 1.3 bila pasang airCom enjin boleh jadi bergegar tutup airCom ok takde bergegar
wynne says
tayar bergegar selepas tukar rim dari 14inch ke 15 inch.
apek says
Waja (A) 2005 kereta rasa gegar dan berdengung semasa memandu. Masa idling lagi lah kedap terus telinga. Baru lepas tukar mounting, lower arm, bearing tayar tapi tetap kecewa.
ed says
Salam
Masaalahnya gegar deshboard ikut sekali gegar apabila start tekan minyak untuk jalan,
Dan...bahgian bawah..tak tau,kat ubsobor ke,drivshaft ke,arm ke,,bunyi berketuk kuat skali...
Mohon bantuan apa problem ni..
Terima kasih.
ari says
kereta sy haritu rotate tyr belakang bawak ke depan,dan sekarang bila bwk 90 dan ke ats kereta jadi bergegar..sbb time tkr tyr tu x buat balancing and aligment ke?
Din says
Sepatutnya kena buat balancing dan alignment
Farid says
Assalam n salam happy
Saya pakai honda jazz idsi..auto
Nak tanye..
Kereta hidup..bile gear masuk D tekan je pedal pecut hampir sparuh..ade gegaran pada sebelah kiri depan tayar..or engine (xpasti).bile tekan prdal minyak sikit2 xde gegaran plak..ade ke untuk jawapan soalan saya ni? Terima kasih
azroy says
Rim sebelah kiri panas sgt sgt sgt otai2 sekalian bole tolong knp bole jadi sebegitu rupa..
Ahmad says
bro da setel blom masalah ko? aku hadapai masalah yang sama ...ape masalhnya ye?
mamat says
sy hadapi masalah kereta grandlivina...slps repair aircond enjin rasa x best dan makin lama kalau permulaan nk bergerak rasa gegar x cukup kuat...naik bukit pun x kuat sbb kalau tekan minyak rasa gegar...tapi kalau bawa laju x rasa...dh tukar 1 mounting tp makin teruk...tukar driveshaf pun teruk gak...ni tgh pening...duit dh byk hbs...
qaiser says
driveshaft da tukar,tayar baru 4 biji,engine mounting pun da tukar,bila ats 120kmh dia gegar mcm nk tercabut dashboard,bila ats 140kmh dia kurang sikit je gegar,knp yea ??
yuki says
sama. sudah settle blom ?
shahmir says
salam yang arif..kancil 660 saya masuk enjin kelisa..saya dah tukar sport rim 14 skali tayar baru, msuk spring sport, steering rack dah tukar, absober dah tukar 4btg, lower arm dah tukar, driveshaf recon balik, alignmnt n balacing dah buat..balancing 2 kali buat..tetapi problem skarang, steering still woobly ataupun vibrate kiri kanan..kenapa ya tuan yang arif..mohon bantuan..takut nnt tayar cabut jalan kdepan dulu..hehe
fendy says
bro..msalah kreta dah setel ke? mohon share dgn sy..sbb msalah kreta kita sama
mohon whatsapp trus pun blh.. 0168369714..fendy
Izzul says
Salam dan Selamat Sejahtera,
Saya nak tanya,,, saya menggunakan kenderaan jenis Proton Saga FLX SE.. apabila saya tekan brek, ada bunyi yang dihasilkan seperti diketuk..mohon penjelasan jika ada yang tahu sebab berlakunya bunyi tersebut.
Terima kasih
apecawoo says
enjin gegar klau da check atau repair mounting ok drive shaft ok absorber pun ok atau hal2 kecik mcm plug rim dan benda2 kcil masih lg xhilang gegar jgk..jadi bersiap sedia lah wang besar anda ..check ler gearbox anda yer.klau bnasib baek xbyk dan masih boleh d baiki ok ler..klau x harap maklum ler..pengalaman kereta gegar pomen check gearbox problems(cvt) baru harga rm12k klau recon 3k blom upah psang..
Melly says
Salam.n salam sejahtera...
Keta saya viva 1.0 manual.. Baru tukar compresor ekon.. On ekon..ada bunyi..enjin gegar macam nak mati..tapi x mati..dan bila drive ada bunyi mcm cencorot..x selesa bila memandu..apa problem ye..bleh bg pendapat x...
Red says
Assalamualaikum?? Nk tanya, kereta satria sy begegar bahagian depan bila tekan pdel minyak n kalau lepas pdel minyak tak ada gegar plak...makin tekan makin trsa brgegar...ada time2 ada bunyi bila lepas cluct tkar gear masa drive..tak brani nk bawak laju2..heheee..apa sebab nye ekk??harap dpt bantu...
AO says
Engine mounting
rizal says
Assalam, perodua Alza bergegar didepan bila kelajuan 120km/h, adakah masalah plug, air filter, atau rims bengkok
Siti Nuraini says
Salam,sy pakai kereta VIVA 1.0,..bila sy bwk kereta yg ada penumpang 3org (dewasa) tayar bahagian belakang jadi goyang habis,padahal bwk slow..jadi sy nk thu ape mslh...tmksh
Zulkifli says
Salam. Sy pengguna myvi lgi best klrn tahun 2010. Masalah gegaran kuat terjadi bila melalui permukaan jalan yg kurang rata.gegaran kuat terasa seumpama kereta lansung x mengerap gegaran dan getaran yg berterusan di jln x rata jga menyebabkan kebanyakan komponen dlm kereta spt cermin tingkap& dashboard trt bergetar.lbh teruk lgi keadaan tayar belakang sblh kiri mengalami kehausan bungga plg teruk berbanding tayar2 lain..mohon pencerahan.
fendy says
saya pakai kereta perodua kancil..bhagian depan sy baru ganti tayar..lower arm..bush stabilizer..absorber baru..drive shaft b..mounting absorber..lpas alignment sy pandu dlm 100kmh gegaran kuat bhagian depan sbelah kiri..enjin mounting smua ok..tie rod in ok..stering tidak goyang..apa lg puncanya sifu2 sekalian ??
Zimah says
Salam tuan,
Kereta saya nissan xtrail 2015.
Kenapa bila kereta jalan tempat yang berbukit.. Kereta mula begegar dgn kuat? Apa masalah kereta saya tuan.
Zulfah says
Assalamualaikum
Kereta saya gen2 bila kelajuan melebihi 100km dia bergegar dibahagian hadapan. Ada yang mengatakan drive shaft ( yg panjang tu)
Kenapa ya?
Mohamad Shahrul Senawi says
Saya guna kereta kancil 660 auto. Bila kereta berhenti dalam gear D, bergegar. Bila tukar ke gear N, tiada gegaran. Boleh bagi advice?
Wam says
Sama dgn kereta myvi auto saya..bila N..ok...bila masuk gear D @ R...ada gegaran kecil...
Azrie says
Salam.. Sy guna viva850 2009 asal start je rpm naik melebihi 2k kemudian turun ke 1.3k.. Dimana masalah agaknya tu?
lizasaaban says
Sy gn preve auto 2012 ...Sekarang klu sy bwk lebih Dari 80km kereta xbergegar....tp bwak bawah 80 km kereta akan bergegar....apa masaalahnye ye
Yeop boden says
Saya ada satu masaalah pada exora saya. Bila saya mulakan perjalanan jarak jauh... dgn kelajuan tertentu contohnya 100km/h di atas highway. Bila dah memandu dalam 30minit gegaran ni akan muncul ketika saya menekan pedal minyak. Bila saya lepaskan minyak atau mantain pada kelajuan yg tidak memerlukan menekan minyak lebih Gegaran akan hilang.. bila hendak memotong bas atau lori kita mesti menekan minyak lebih sikit dari biasa dan gegaran pasti terjadi.. gegaran ni terjadi bahagian hadapan. Xpasti bahagian mana.. dan gegaran ni bukan di steering tetapi bahagian hadapan kereta.
Super says
Mcm mana nak detect nisbah minyak dan udara tak seimbang ya?payung dulu
Safwan says
Assalamualaikum..maap saya bertya..sya guna kerta saga iswara 1.3. Masalah nya... Bila ujan.. Tyar depqn x belah air la.. Tya masih baru...
Omey says
Kenapa kereta bwk lbih 140km akn bergegar!!
Angah black says
Tumpang lalu
Nak Tanya sikit Kereta persona baru siap buat top ovohol tapi engine gegar Dan susah hidup
jasmi says
saya guna perodua Alza baru 2015..... bila tahun kedua pakai dah rasa gegar brek bila laju melebihi 60km/h
dah buat skim 2X ..tukar brek pad dan tayar baru masih lagi x licin dan masih ada gegaran sehingga
kini bila brek.
adakah saya perlu tukar disk brek baru untuk menyelesaikan masalah saya ini.
Mohon dapatkan penjelasan berhubung masalah brek sistem kereta saya.
Zainal says
Gen 2 1.6 auto keluaran 2005
Masaalah enjin mati dalam keadaan berjalan slow atau berhenti di trafik light selepas top overhaul.
Pomen tukar pump minyak, oil filter, radiotor services, hose valve cover, skim head, plug cable, ignation coil.
Mohon bantuan
Syaufi says
Mounting dh tukar tapi still gegar enjin
Ariffin kabri says
Salam...sy nk tye..grandlivina sy bila berhenti di traffic light kereta da gegaran..aritu dh tukar spark plug ...ok xde gegaran..lps 3/4 bln jadi lg...apa mslh sebenar nya....dan klau sy tukar spark plug lg pastu tiada gegaran apakah puncanya mmg dr spark plug atau ada sbb2 yg lain ...mohon pencerahan..
Nurul says
Assalamualaikum,
Mohon pencerahan.
Gearbox gegar kuat. Idle pun da gegar.
Rpm 2500 sudah bunyi kuat dlm cabin.
Bila free gear masa jalan. Trus senyap bunyi dan gegar..
Reverse ok je. Senyap
Masuk D je trus gegar. Rpm tggi bunyi berdegung dalam cabin. Xjalan pun sama.
Saya baru ambil kereta second grandlivina sabtu 14hb sept 2019.
Masih ada beberapa hari warranty kedai.
Tapi bila bagitau car dealer tu,macam banyak alasan pula.
Cik puan Murni says
Slm sy start keta. Gegar skit n enjin ade bobok mcm plug kong.. Tp dh penah cek plug, coil n cable... Ok semua... Air flow pun ok. Tapi bila keta cecah 80km/jam...keta mule gegar mcm goncang selaras dgn bobok makin kuat. Kejadian ni jd lepas sy swap absorber dua2 perdana sy... Perdana A ke B... Tp bobok ni dari seminggu sebelum swap absorber... Bahaya rase mse drive sbb sy bwk ank... Adakah ni penyakit v6... Sbb perdana lagi satu enjin SEi.. Tak penah pulak jd mcm ni...
Faiz says
Kereta sy bergegar stereng bila Tekan minyak.. Terutama bila lebih 60...da tukar rim n tayar.. Tp gegar lg? Kreta pesona..
AO says
Boleh jadi engine mounting atau bushing pada steering. Tapi gegar stereng ni ada banyak sebab. Boleh jadi juga wear n tear bahagian suspension macam lower arm, atau absorber mounting. Kena minta mekanik check.
Zulkefli says
Kereta nazaria saya bergegar walaupun sudah buat aligment balancing serta tukar tayar baru . Apakah masalahnya .. Terima kasih
noreyl says
saya nak tanya, kereta waja 1.6 enjin campro, fuel pump dah ganti, cable plug ngn plug pon dah tukar...tapi bila bawa kereta di kawasan yang berbukit enjin bergegar dan mati. Pernah juga bila time jammed dalam keadaan kereta tak bergerak tiba-tiba enjin mati. bila start balik, hidup. Apa masalah ye?
Muhammad Faredzuan says
1. saya pakai perodua viva. lepas tukar rim dan tayar baru, bila memandu 100kmj stereng ada sikit bergegar. centre cone dah letak, balancing dan aligment pun dah buat. still sama.
2.bila memandu 100kmj ke atas, handling kereta tidak memuaskan.. rasa stereng ringan..
Mrs Satria Neo says
Salam
Keta saya satria neo, kalau berhenti, steering begegar, kalau jalan.. Tak gegar! Masalah prob?
Azrul maulud says
Salam nak bertanya..saya pakai viva 850 dan meter kanan saya tidak bergerak.apa punca nya dan jalan penyelesaian.terima kasih
Mohamad says
Assalammualaikum. Minta pandangan semua kereta sy mitsubishi triton manual(4×4) bergegar bila drive 90-120kmj. Gegaran boleh d rasa satu badan kereta. Tayar da tukar 4 biji, alignment dan balancing da buat, bearing depan da tukar, ball joint dan arm depan semua da tukar tapi gegaran tak hilang. Dah beribu duit terbang sampai skg x jumpa masalah nya. Mounting enjin masih ok, mounting gearbox pun da tukar baru. Check coupling semua ok. Bush semua da ganti. Absorber pn suda gak.. Ada sesiapa boleh bantu?
Razy says
Salam...mayvi auto pandu dalam 90kmj keatas bila nk change gear enjin jadi drop...blh bg pencerahan sebab apa.?tq
Mohamad aluai says
Daihatsu Kembara 1.3cc manual saya Jalan tiga selinder plug coil Dan spark plug dah ganti apa yg perlu saya buat. Tq
md azman says
salam sy azman sy pakai kembara auto masalah sy apabila sy berhenti enjinnkasar dan bergegar macam tiga selinder begitu juga masa saya brekbpun bergetar juga apa masalah sila reply tq
Suhaimi says
Saya nak tanya kenapa bila time nak jalan tekan pedal kereta bergegar stering pun bergegar..apa puncanye..lower arm dah tukar baru tie end rod ok lg..dalam.keadaa meter 20km kalau tekan bedal je jd bergegar dasbort n stering..makin lgu makin kuat gegarnye.ada kah masalah tayar atau kena belincing ..
Thayalan Mogan says
Hi, saya pakai keta myvi SE 2010.. bulan lepas saya tukar tayar depan good year 205/ 45 r 16. Belakang pakai tayar falken saiz sama.. dulu bawa x rasa sakit badan.. selepas tukar tayar rasa sakit badan. Bukan driver sahaja, penumpang/ family pun rasa sakit badan.. x tau punca apa? Pls.. need comment.. tq
Mas Afizah says
Hai saya menggunakn kereta kancil 850 Auto.. Masalah kereta kedudukan stereng lari tak seimbang bila jalan lurus. Baru2..ini
Ketika saya memandu,streng sukar untuk diluruskan kembali bila jalan lurus. Streng jadi pusing menegak ke atas.
Kenapa ini berlaku?. Apa yang perlu di baiki?. Caj RM dikenakan.?
Harap sangat pihak Tuan dapat reply mesej ini segera. Terimakasih.
feev says
Hi,
saya ada masalah dengan kereta Proton Saga BLM FL.... masalah bila laju lebih 80km dia gegar kuat....adakah masalah enjin atau tayar??
Zaid says
Hi,
saya ada masalah dengan kereta Proton Saga BLM FL…. masalah bila memandu 80kmh -110kmh dia gegar kuat ….adakah masalah enjin atau tayar??
pdaus says
sy naik kereta viva. enjin ok x de nk mati cume ade gegar skit.kereta umur 2012. slepas mati enjin ade bunyi sekejap dkat trottle bodi adakah ia normal
shariffuddin aziz says
bila pandu kereta stereng kereta sy gegar dan bila berhenti sy kesan ada bau hangit..adakah bearing?
is says
hai nk tnya bila sy bawa kereta 100 km keatas oermukaan jalan mcm mandaki bukit bergegar bila tekan pedal , bila jln landai tekan minyak mcm biasa xde masalah, apakah punca kereta brv
fendi says
jika mula start enjn kereta steering bergegar apa masalahnya ye. Bila sudah start bergerak gegaran tu mula hilang
AO says
Kemungkinan engine mounting atau atau steering bush.
Shah says
Salam.. Mohon pencerahan... Saya terlanggar batu size lebih kurang besar kepala pada tayar kanan dan selepas itu stereng dan kereta bergegar bila saya bawa laju... Apakah punca dia.. Samaada tayar allignment lari atau masalah lain
Farhan says
Naik kereta bergegar... 😆Kereta auto.
MAZLAN BIN OTHMAN says
Salam..nak tanya nissan g.livina 1.6 saya kalau bwk sorg2 dashbord mcm begegar..tp bila bwk penuh org dlm keta x gegar pulak... Apo problem tu...🤔
Abang GYL says
Yang itu Tuan kena check di bengkel, ada kebarangkalian berlaku
Halim says
Saya baru tukar sport rim terus jadi gegar bile 120 keatas sebelum tukar ok je. Apakah punca nya saiz tayar semasa 195 55 15 jenis kereta Alza
Muhamad Qadri Zackry Bin Azman says
kenapa yeee...bila kita lepas jek minyak...dan kelajuan berkurangan...gegaran makin kuat...bukan itu saja...kadang kala time belok pown ade gegaran jgk...
Mohamad Alauddin says
Kereta saya 'membuang' bila connering. Dah tukar tayar depan baru dan brake pad lining.masih keadaan yang sama. Boleh tahu kenapa