• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi Janji Bangkit Semula di Catalunya, Mahu Lupakan Prestasi Buruk di GP Itali

Rossi Janji Bangkit Semula di Catalunya, Mahu Lupakan Prestasi Buruk di GP Itali

June 14, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

315
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS beraksi buruk pada saingan MotoGP dua minggu lalu di negara kelahirannya, Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha MotoGP) kini sedia bersiap untuk saingan di Catalunya, Sepanyol minggu ini.

Aksi di Mugello dianggap detik sukar buat Rossi kerana gagal berada dalam kelompok 10 terbaik ketika Latihan Bebas dan Kelayakan hingga memaksa dia bermula di grid ke-18.

Bermula dari petak belakang bukan mudah dan pelumba veteran itu memerlukan dua lap sebelum dapat memintas Jorge Lorenzo di kedudukan ke-15. Kemudian berlaku insiden tidak diingini ketika beliau dia cuba memotong Joan Mir daripada pasukan Suzuki Ecstar.

BACA >>> Rossi: Zarco Tak Ada Feeling dengan KTM

Mir yang cuba mengekalkan kedudukan bersentuhan dengan Rossi hingga kedua-duanya terbabas. Walaupun dapat kembali semula ke litar, The Doctor sekali lagi terbabas ketika perlumbaan baru berjalan lapan lap. Memang malang tidak berbau.

AKSI BURUK DI DEPAN PEMINAT SENDIRI

Tidak seperti kebiasaan, Rossi tampil buruk di depan peminat negara sendiri. Malah, ketika menempuh masa sukar bersama Ducati (2011-2012) dulu, dia masih tidak pernah ketinggalan di bawah kedudukan 15.

Aksi rakan pasukan, Maverick Vinales dan duo pasukan satelit, Petronas Yamaha SRT juga tidak sesukar dihadapi Rossi. Namun apabila tiba aksi final, masing-masing juga tidak terlawan. Mujurlah ramai terbabas, kalau tidak memang mustahil Yamaha berada ranking enam teratas.

BACA >>> Rossi Kekal Tenang dan Bersahaja Ambil Trofi 'Si Gagal Tahunan'

Jika mengikuti MotoGP 2019, anda tentu saja betapa pasukan Yamaha sangat ketinggalan dari segi top speed berbanding Ducati, Honda, Suzuki, termasuk KTM sendiri (🤔).

Namun, Rossi enggan memandang belakang dan nekad melupakan apa yang menimpanya di Mugello, dan mula fokus untuk aksi di GP Sepanyol, Catalunya, Barcelona.

Walaupun Rossi ialah pelumba paling sukses di Catalunya dengan 10 kemenangan sebelum ini, dan ditambah rekod epik memijak podium Catalunya sebanyak empat kali dalam lima tahun terakhir, tetapi itu tetap bukan jaminan untuk beliau terus melakar kejayaan di litar negara kelahiran seterunya, Lorenzo.

Tambahan lagi, trek Catalunya memiliki karakter yang mirip Mugello dengan banyak laluan lurus yang tidak banyak memberi kelebihan kepada Yamaha.

BACA >>> Rossi Kagum dengan Pelumba Petronas Yamaha, Baru 19 Tahun Sudah Lumba MotoGP

JANJI KERJA KERAS

Bagaimanapun, Rossi menegaskan beliau kini sedang berusaha keras utnuk menjadikan Catalunya sebagai pencabar baharu buat dirinya.

"Selepas masa sukar di Mugello kami ke Catalunya. Trek yang saya suka ini akan jadi minggu sengit di Sepanyol kerana kami tidak begitu kompetitif di beberapa pusingan terakhir. Kami akan berusaha keras buat yang terbaik, menangani masalah dan mendapatkan hasil sebaik mungkin," tegas Rossi.

BACA >>> Aksi Marsyal GP Argentina Berswafoto Atas Motor Rossi Jadi Tular (Untunglaaa...)

Buat masa ini, Rossi masih pelumba terbaik Yamaha dengan mengumpul 72 mata, mengungguli 32 mata di depan rakan pasukannya, Vinales. Jika menyalahkan Rossi semata-mata, itu mungkin silap besar kerana beliau masih dapat membuktikan dirinya sebagai pelumba terbaik pasukan pengilang itu walaupun prestasi jentera ditunggangnya kurang sempurna.

Related

315
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 MotoGP, Auto Terkini, Litar Catalunya, Litar Mugello, MotoGP, MotoGP Mugello, roda2, sukan permotoran, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my