• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aksi Marsyal GP Argentina Berswafoto Atas Motor Rossi Jadi Tular (Untunglaaa...)

Aksi Marsyal GP Argentina Berswafoto Atas Motor Rossi Jadi Tular (Untunglaaa...)

April 3, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS kempunan lama memijak podium (sejak Julai tahun lalu), kejayaan meraih tempat kedua pada GP Argentina, minggu lalu nyata menggembirakan kekanda Valentino Rossi. Sebaik saja melintasi grid penamat, beliau mengambil peluang berhenti di tepi trek untuk bersorak dan meraikan kejayaan manis itu bersama peminat setianya di teres penonton.

Seperti biasa di mana-mana acara MotoGP pun, pasti ada marsyal trek datang menyerbu mana-mana pelumba yang berhenti bersorak, dan tidak terkecuali di Litar Autódromo Termas de Río Hondo di Argentina.

Di GP Argentina kali ini, kekanda Rossi memilih turun daripada motosikalnya untuk bersorak lebih dekat dengan peminat. Sebelum turun, beliau sempat meminta seorang marsyal supaya menjaga sekejap motosikalnya itu. Lucunya, sebaik saja kekanda turun, terus si marsyal memanjat naik jentera tersebut dan berswafoto dengan penuh yakin dan girang.

BACA >>> #MotoGP2019: Marquez Selesa di Argentina, Rossi Raih Podium Pertama

Tiada aksi menunjal kepala berlaku seperti dilakukan beliau kepada marsyal di GP Malaysia tahun lalu. Jadi apa pengajarannya?

Pengajarannya, kalau hendak berswafoto dengan mana-mana pelumba nanti, sila pastikan dia menamatkan perlumbaan dalam ranking terbaik mengikut reputasi seseorang pelumba itu. Misalnya di GP Malaysia lalu, Rossi gagal menamatkan saingan ketika perlumbaan hanya berbaki lima pusingan lagi, dan lebih memilukan, beliau ketika itu sedang mendahului perlumbaan!

KOMEN KAMI

Terjatuh, dan gagal mengutip mata, lebih-lebih lagi ketika berada di kedudukan terbaik sentiasa jadi mimpi ngeri buat mana-mana pelumba. Ia meninggalkan kesan psikologi cukup mendalam dan tindakan Rossi menunjal kepala marsyal Malaysia ialah reaksi spontan walaupun beliau tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian.

Tetapi fakta yang selalu kita lupa, kekanda kita juga manusia biasa dan kita semua tahu tentang reputasi baik beliau dengan peminat sepanjang kariernya. Dan GP Argentina ialah contoh mudah tentang Rossi yang peminatnya kenal. Sporting, sentiasa meraikan peminat dan happy go lucky!

BACA >>> #2018MotoGP: GP Argentina 2018 yang Penuh Drama | 12 Fakta Pantas

Jangan marah naa... 😝

When @ValeYellow46 tells you to take care of his bike... 🤩

It's just not something that happens everyday! 😂#ArgentinaGP pic.twitter.com/isyC2VUkyg

— MotoGP™ 🇦🇷 (@MotoGP) 1 April 2019

SUMBER: GPOne

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Autódromo Termas de Río Hondo, GP Argentina, Marshall, Marsyal, MotoGP, MotoGP 2019, selfie, sukan permotoran, swafoto, The Doctor, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev