• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Honda e Akan Gantikan Cermin Sisi Konvensional dengan Teknologi Kamera Sisi

Honda e Akan Gantikan Cermin Sisi Konvensional dengan Teknologi Kamera Sisi

May 28, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

438
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA bakal melancarkan kereta elektrik (EV) pertama dengan nama 'e' pada tahun depan. Walaupun terlambat berbanding pesaing lain seperti Nissan Leaf yang sudah pun memasuki generasi kedua, Honda tetap gigih berusaha meraih sebanyak mungkin pelanggan yang berminat dengan EV jenama itu.

Pendaftaran awal berjaya berminat menarik ribuan pelanggan Eropah dan Honda kini dalam fasa membuka tempahan awal pula.

Serentak itu, Honda mula melancarkan kempen publisiti. Pertama sekali, pengeluar itu memperkenalkan Urban EV Concept di Jerman pada 2017 sebelum membawa prototaip prapengeluaran ke Geneva, Mac lalu.

BACA >>> Honda Namakan Model Baharu dengan Huruf 'e' Sahaja

CERMIN SISI BERKAMERA

Terkini, Honda mengumumkan pula ciri canggih Honda e, iaitu fungsi cermin sisi yang digantikan dengan 'Sistem Cermin Kamera Sisi'. Komponen tersebut asalnya memang ada pada model prototaip, tetapi rupa-rupanya ia bukan hiasan sahaja.

Ini bermakna Honda e tidak mempunyai cermin sisi, sebaliknya menggunakan kamera. Menurut Honda, teknologi tersebut ialah ciri pertama digunakan dalam segmen kompak yang memberikan manfaat signifikan dari segi gaya, keselamatan, aerodinamik dan perincian.

Kamera itu, yang dipasang pada sisi kereta, mampu memaparkan imej secara langsung pada dua skrin 6 inci dalam kereta. Skrin itu pula ditempatkan pada sudut kiri dan kanan papan pemuka supaya pemandu serasi dan tidak kekok. Selain kamera sisi, Honda turut mengesahkan hendal pintu ialah jenis terbenam, dan  ini menjadikan permukaan pintu dan badan kereta nampak rata dan kemas

BACA >>> Honda Patenkan Winglet Cermin Sisi untuk CBR1000RR

Selain menambah baik kadar penglihatan, kamera digunakan direka kompak untuk mengurangkan seretan aerodinamik hingga 90 peratus berbanding cermin sisi biasa. Penggunaan kamera menyumbang kepada penambahbaikan aerodinamik kereta sebanyak 3.8 peratus, sekali gus meningkatkan kecekapan dan jarak perjalanan.

Bunyi angin juga dikurangkan berbanding cermin sisi konvensional ketika kereta dipandu laju.

CIRI KAMERA SISI HONDA e

  • Bentuk perumah kamera direka supaya air tidak memasuki lensa kamera.
  • Lapisan kalis air pada permukaan lensa mencegah air terkumpul.
  • Pemandu boleh memilih pandangan normal atau lebar, dan mengurangkan kadar titik buta hingga 10 peratus (normal) dan 50 peratus (lebar).
  • Apabila berada dalam gear undur, garisan panduan akan dipaparkan pada skrin pandangan lebar sebagai tambahan kepada sudut kamera.
  • Tahap kecerahan pada paparan dalaman dilaraskan automatik mengikut kadar cahaya sekeliling.

Sebelum menggunakan teknologi ini, Honda terlebih dulu melakukan ujian lanjutan, termasuk proses pembangunan yang mengambil kira keupayaan sistem supaya dapat memberikan tahap penglihatan cemerlang ketika cuaca buruk, cahaya rendah dan waktu malam tanpa silau.

Honda e akan dilancarkan di Eropah pada penggal pertama 2020, dan setakat ini belum ada sebarang pengumuman yang ia akan ditawarkan di rantau lain.

BACA >>> #BikinMotor: Honda PCX 150 Guna Tukar Rim RCB Yamaha NMax, Pasang Tayar Zeneos

GALERI

Related

438
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: EV, Honda, Honda E, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev