PENGELUAR motosikal dari India, Hero MotoCorp baru saja melancarkan sportbike Xtreme 200S yang dijual pada Rs98,500 (RM5,900) sahaja, menjadikan model ini paling mampu milik di negara Asia Selatan itu.
Xtreme 200S dibina berasaskan model naked bike Xtreme 200R dari segi casis dan trenkuasa 200cc yang digunakan. Ciri premium dapat dilihat pada lampu utama LED dan disepasukan bersama visor pengadang angin gelap.
Pemuka menampilkan konsol instrumen digital penuh, dipinjamkan daripada Hero XPulse 200 dan XPulse 200T. Panel meter Xtreme 200S juga lebih moden berbanding Xtreme 200R yang dipasangkan konsol instrumen digital-analog.
BACA >>> Ducati Jumpa Hero Rancang Jalin Kerjasama di India, Model 300cc Bakal Jadi Kenyataan?
Konsol instrumen dengan latar biru memaparkan halaju, rev enjin, indikator gear, tahap minyak, jarak perbatuan, trip odomoter dan indikator tempoh servis. Sambungan Bluetooth juga diberikan, termasuk paparan navigasi belok demi belok.
Sistem transmisi Xtreme 200S sama seperti Xtreme 200R, juga ada punat choke bentuk bulat pada bar hendal. Tangki minyak dipasangkan pad untuk mengelak calar, manakala penutup minyak direka gaya pesawat udara. Kapasiti tangki minyak sportbike ini ialah 12.5 liter.
Pelana didatangkan dalam bentuk tunggal, juga sama seperti Xtreme 200R dengan ketinggian 795mm dari permukaan jalan. Panel sisi nampak premium dengan kemasan gentian karbon berkilat. Rupa belakang mendapat lampu LED dan rel pegang terpisah (sama seperti Pulsar NS200).
BACA >>> Perbandingan Sportbike RM12K: Yamaha R15 atau Modenas Pulsar RS200?
Trenkuasa dijana enjin silinder tunggal 199.6cc penyejukan udara berkuasa 18.1hp @ 8,000rpm dan tork 17.1Nm@ 6,500rpm dengan kotak gear klac manual 5-kelajuan. Suspensi depan menggunakan teleskopik 37mm di depan, dan monoshock boleh laras prabeban 7 tetapan.
Xtreme 200S diberikan rim aloi 17 inci dan tayar tiubles MRF Nylogrip 100-80-17 (depan) dan 130/70-17 (belakang) MRF Nylogrip. Sistem brek menggunakan brek cakera 276mm di depan dan 220mm di belakang dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) channel tunggal sebagai standard.
BACA >>> Avanturaa Choppers - Pengeluar Motosikal Pertama India Hasilkan Chopper Premium
Berat kerb motosikal ini ialah 149kg, manakala jarak tinggi tanah 165mm. Ada tiga pilihan warna ditawarkan: Sports Red, Maple Brown dan Panther Black.
Leave a Reply