• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Avanturaa Choppers - Pengeluar Motosikal Pertama India Hasilkan Chopper Premium

Avanturaa Choppers - Pengeluar Motosikal Pertama India Hasilkan Chopper Premium

August 27, 2018 By Azhan O Leave a Comment

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUKAN lagi rahsia India ialah pasaran motosikal paling hangat ketika ini yang menarik perhatian banyak pengeluar dua roda untuk membuka fasiliti di sana. Bersama pertumbuhan pasaran yang kian pesat, ia juga datang bersama trend invidualiti di kalangan penunggang negara Asia Selatan itu.

Di Amerika Syarikat (AS), trend menunggang jentera seperti chopper yang diberikan personaliti tersendiri sudah sekian lama menjadi buday popular atau pop culture. Kini, ia mula berkembang di India yang menyaksikan banyak pengeluar mula menawarkan jentera bercita rasa Amerika.


Avanturaa Choppers baru saja membuka premis jualan pertama di Bangalore, India dan itu baru permulaan kerana syarikat itu sedang merancang membuka lebih banyak premis, termasuk di Hyderabad dan Delhi. Tetapi, apakah yang istimewa tentang jenama tersebut.

Avanturaa Choppers ialah syarikat motosikal berdaftar dan kelima di India dengan menumpukan kepada pembuatan chopper, juga satu-satunya pengeluar negara itu yang menghasilkan segmen motosikal tersebut. Syarikat itu juga  menerima sijil pengiktirafan daripada Persatuan Penyelidikan Automotif India (ARAI) yang mengesahkan status produk-produk jenama itu sebagai jentera sah atas jalan.

BACA >>> #BikinMotor: Chopper Jurutera Nasa Kalahkan 100 Pereka Kustom Indian Motorcycle

Kini, syarikat dengan 25 staf itu bersedia menawarkan barisan jentera istimewa untuk ditunggang menerusi dua model: Rudra dan Pravega.

avanturaa-choppers-3
avanturaa-choppers-2
avanturaa-choppers-1

Kedua-dua model menampilkan enjin berkapasiti 2000cc. Penampilan  Pravega lebih kepada chopper standard, manakala rekabentuk Rudra agak sofistikated dengan enjin dikelilingi frem cembung. Namun, walaupun pasaran India terkenal dengan harga motosikal murah yang tidak masuk akal, tetapi dua model tersebut bukanlah dijual pada harga marhaen.

Pravega yang lebih murah itu saja sudah berharga Rs21,40,000 (RM125,304) yang semestinya hanya mampu dimiliki golongan elit atau selebriti seperti Shah Rukh Khan.

BACA >>> Ducati Jumpa Hero Rancang Jalin Kerjasama di India, Model 300cc Bakal Jadi Kenyataan?

Menambahkan lagi nilai premium model jenama itu ialah penggunaan alat ganti daripada pengeluar antarabangsa seperti pelana Mustang, tayar Avon, brak Beringer dan suspensi Kellerman and Progressive. Buat masa sekarang, kilang Vasai mampu menghasilkan kira-kira 10 unit jentera sebulan dengan kapasiti pengeluaran boleh ditingkatkan hingga 400 unit sebulan.

Tempahan pula mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.  Avanturaa mensasarkan jualan dalam 3-4 unit motosikal sebulan, dan 40 unit motosikal setahun.

GALERI

AVANTURAA RUDRA

avanturaa-rudra-2
avanturaa-rudra-1
avanturaa-rudra-7
avanturaa-rudra-5
avanturaa-rudra-6
avanturaa-rudra-4
avanturaa-rudra-3

AVANTURAA PRAVEGA

avanturaa-pravega-1
avanturaa-pravega-6
avanturaa-pravega-4
avanturaa-pravega-3
avanturaa-pravega-2
avanturaa-pravega-7
avanturaa-pravega-5

SUMBER: RideApart

Artikel Berkaitan

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Avanturaa Choppers, Avanturaa Pravega, Avanturaa Rudra, chopper, India, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my